Followers

Monday, 20 November 2017

Wakil DAP Buka Mulut Tuntut Mahathir Mohon Maaf


Wakil rakyat DAP, Dr Boo Cheng Hau hari ini mahu Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada Sultan Selangor dan Johor berikutan kenyataannya tentang masyarakat Bugis yang mencetuskan kontroversi.

Adun Skudai, Johor itu berkata, Mahathir, Pengerusi PH tidak seharusnya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berasal daripada keturunan ‘lanun Bugis’.

Baginya, kenyataan bekas perdana menteri itu  tidak sensitif apabila mempersoalkan perkara tersebut dan menuntut Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada Sultan.

“Penghinaan bernada perkauman itu telah mencetuskan rasa tidak senang, dan dilihat menggalakkan semangat kepuakan dan perpecahan rakyat Malaysia pelbagai keturunan.

“HARAPAN sepatutnya memberi harapan untuk menyatukan rakyat Malaysia pelbagai kaum dengan tidak terikut-ikut dengan retorik perkauman UMNO dan Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mahathir menerima kecaman pelbagai pihak berikutan kenyataannya itu, termasuk Sultan Selangor yang menyifatkannya sebagai keterlaluan dan cuba menghasut rakyat membenci masyarakat itu.

Namun Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM menjelaskan kenyataannya hanya ditujukan kepada Najib dan bukannya kepada masyarakat Bugis secara keseluruhan.

Bekas pengerusi DAP Johor itu berkata, rakyat perlu memilih dan menilai pemimpin berdasarkan kebolehan dan integriti, bukannya keturunan.

“DAP sendiri patut berpegang teguh terhadap prinsip ‘Malaysian Malaysia’ iaitu politik yang tidak berasaskan kaum,” katanya lagi. rujukan 

MMI kata bila DAP bersuara agak-agak ampa Mahathir nak mohon maaf tak ?

Kalau tak mohon maaf maka DAP perlu sedar apa yang bakal berlaku dalam Pakatan Haprak !

Kalau mohon maaf maka jelas Mahathir hanya akur kepada DAP parti cauvinis yang pernah beliau musuhi satu ketika dulu !

Atau apa yang sedang berlaku itu hanyalah satu lagi retorik politik maklumlah nak dapatkan simpati dan sokongan orang Melayu dan kumpulan yang terkesan dengan penghinaan Tun Mahathir.

Apa pun wakil DAP itu ada menyentuh tentang retorik perkauman UMNO , perkauman yang bagaimana UMNO ni ??

MMI jelaskan ... DAP antara parti yang sering membuat tuduhan bahawa UMNO rasis !

Rasis dalam erti kata lain adalah sikap menjaga dan memelihara kaum tertentu seperti mana yang diamalkan oleh parti UMNO tetapi tidak sampai ke tahap menjauhkan atau mensasarkan kaum lain dengan menganggap mereka adalah musuh !

UMNO bersama-sama dengan parti-parti yang lain dalam Barisan Nasional dan disinilah budaya kepelbagaian kaum itu dibentuk dan dipelihara.Malah walaupun hak dan kedudukan orang Melayu berada dikedudukan yang tersendiri dalam Perlembagaan Persekutuan, UMNO dan orang Melayu tidak pernah menggunakan kedudukan itu untuk menghukum kaum-kaum lain.

Itu perbezaan antara UMNO dengan DAP ! Baca Selanjutnya

So apa pun hati-hati sebab RETORIK itu makanan puak-puak pembangkang !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels