Followers

Friday 8 December 2017

Baitulmaqdis - Rakyat Bangkit Bantah Keputusan Amerika


Keangkuhan Amerika Syarikat sebenarnya adalah pencetus kepada berlakunya konflik yang mengorbankan jutaan nyawa di dunia.Walaupun Amerika Syarikat dilihat sebagai antara negara-negara besar dan kuasa dunia yang punya kepentingan ekonomi misalnya tindakan seolah-olah Amerika adalah POLIS DUNIA atau HAKIM DUNIA bukanlah tindakan yang diterima oleh banyak pihak.

Malahan Amerika Syarikat telah banyak kali sebenarnya melanggar undang-undang antarabangsa malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilihat sekadar boneka kepada kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat.MMI akan ulas isu ini dalam artikel yang akan datang kerana penulisan ini lebih menjurus kepada respon rakyat Malaysia terhadap satu keputusan paling dangkal dan bahaya yang telah dibuat oleh Amerika Syarikat dalam isu Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara Israel.


KUALA LUMPUR: Ribuan rakyat Malaysia, mengenepikan perbezaan kaum, agama dan pendirian parti apabila bersama mengecam kebiadapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, hari ini.

Orang ramai berarak bermula di hadapan ibu pejabat Tabung Haji usai solat Jumaat, kira-kira jam 1.45 petang menuju ke Kedutaan AS.

Perarakan disambut teriakan 'Allahuakbar' dan 'Hidup Palestin' dan ada membawa sepanduk 'Selamatkan Palestin' serta 'Hancur Zionis' sepanjang perarakan menuju ke Kedutaan AS itu.

Pada mulanya, demonstrasi berjalan lancar sehingga berlaku sedikit kekecohan apabila jalan utama di hadapan Kedutaan AS yang perlu dikosongkan dirempuh masuk sekumpulan peserta himpunan itu.

Lebih 200 anggota polis termasuk Pasukan Tindakan Ringan (LSF) menutup kawasan hadapan Kedutaan AS tetapi arahan polis tidak dipedulikan sehingga berlaku tolak-menolak antara polis dan orang ramai.

Bagaimanapun, keadaan kembali reda selepas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyerahkan memorandum kepada wakil Kedutaan AS pada kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Antara kepemimpinan politik lain yang hadir adalah Naib Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun; Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Hadir sama wakil NGO dan rakyat Palestin.

Peserta demonstrasi bersurai kira-kira jam 3 petang tadi tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Bagaimanapun, demonstrasi menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Tun Razak sejak jam 1.30 petang sehingga demonstrasi berkenaan selesai. -Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Labels