Followers

Saturday, 16 December 2017

Cukuplah Dah Sampai Masa Rafizi Bayar Hutang FITNAHnya !


MMI menyambut baik keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang sedang berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap Rafizi Ramli manusia paling hipokrit dan kaki putar belit sepanjang zaman.

Dari pemerhatian MMI sendiri malah seluruh rakyat Malaysia pasti sedar bahawa kehadiran manusia bernama Rafizi Ramli dalam politik tanahair bukanlah menyumbang kepada kemajuan dan kebaikan sama ada untuk negara mahupun rakyat.

Kehadiran Rafizi sebenarnya sudah terpesong sama sekali jika kita merujuk dalam konteks pemimpin dan wakil rakyat.MMI tak pasti apakah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pandan ini terhadap rakyat dikawasannya kerana kelibat beliau lebih terarah kepada soal membuat tuduhan berdasarkan kepada dakwaan tanpa bukti yang kukuh.

Dakwaan demi dakwaan yang dibuat oleh Rafizi selama ini sebenarnya sudah boleh dikategorikan sebagai penipuan terancang dengan niat untuk memburuk-burukkan sama ada individu mahupun pihak kerajaan dan sudah tentu dari pengamatan MMI tindakan seumpama ini adalah satu tindakan yang amat berbahaya.

MMI yakin sekiranya akta ISA masih lagi wujud, Rafizi Ramli pasti ditahan namun si penipu ini bebas dan terus-menerus mencipta cerita rekayasa politiknya dengan tujuan politik penuh dendam dan emosi.

Lagak Rafizi sudah pun dibenci oleh ramai dari kalangan rakyat Malaysia dan jutaan dari kalangan mereka kini sedang menanti waktu untuk melihat Rafizi dihumbankan ke penjara.

Bukan kerana dendam mahupun terkesan dengan tindak-tanduknya tetapi kerana sifat munafik yang menjadikan penipuan demi penipuan sebagai bahan politik bukan sahaja merimaskan tetapi sudah dilihat sebagai terlalu kurang ajar.

Jika dibiarkan Rafizi mampu mencipta huru hara berdasarkan ungkapan-ungkapan syaitannya yang menjadikan maklumat penuh kepalsuan itu sebagai makanan harian.

Sifat putar belit manusia munafik ini telah banyak kali didedahkan contohnya dalam isu Tabung Haji !

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abd Aziz selepas Rafizi memukul canang penipuan ini dan ramai yang tepengaruh maka berduyun-duyunlah orang menyerbu tabung haji dan mengeluarkan duit simpanan.

“Akhirnya sekarang ini mereka menyesal tapi sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Kata-kata hasutan ini memang sedap kita dengar berbanding kebenaran.

“Walaupun Tabung Haji sudah mengeluarkan kenyataan penafian tetapi ramai yang tidak percaya… begitu juga bila kerajaan menjelaskan tentang kebenaran. Masih ramai yang tidak mahu mendengar dan terus menuding jari kerana terpengaruh dengan politik persepsi palsu yang dimainkan pembangkang.” 

Dalam masa yang sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif berkata  “Daripada sibuk jaja fitnah baru, adalah lebih baik Rafizi (Ramli) jelaskan status laporan yang pernah dibuatnya dahulu berkaitan dakwaan rasuah ‘perempuan’ dan wang membabitkan pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor,”

“Janganlah jadi ‘champion’ tanpa ada asas dan fakta… hanya nak jadi orang pertama yang membuat kenyataan dan membongkar berita hangat tetapi akhirnya malu sendiri.

“Bagi saya Rafizi sebenarnya hanya mahu memburukkan nama baik kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN). Jika benar Rafizi mahu menjadi ‘champion’, dia harus turut mendedahkan kepincangan dalam negeri Selangor dan Pulau Pinang.

“Rakyat di Selangor ini sebenarnya masih ternanti-nanti apakah hasil siasatan yang pernah dia dedahkan dulu berkaitan dakwaan ada tawaran khidmat seks kepada pimpinan penjawat di negeri Selangor ini… berita ini hanya separuh jalan seolah-olah dia mahu menyorokkan sesuatu,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Terbaru pula fitnah Rafizi terhadap Rahman Dahlan kononnya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu telah memberikan kontrak pelaksanaan Ekspo Negaraku 2017 kepada abangnya, Noor Raslan Md Dahlan.

Sedangkan tidak ada sebarang hubungan kekeluargaan pun diantara kedua-duanya.

Abdul Rahman berkata “Menerusi sidang media di laman sosial ‘Facebook Live’ baru-baru ini, Rafizi sebanyak sembilan kali mengulangi dakwaan bahawa pemberian tender diberikan kepada abang saya iaitu Raslan Dahlan.

Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai tuduhan Rafizi Ramli dan saya tegaskan, saya tidak mempunyai apa-apa hubungan persaudaraan dengan saudara Raslan Dahlan…beliau bukan abang saya walaupun kami berkongsi nama bapa yang sama,” katanya dalam satu sidang media khas yang turut dihadiri Noor Raslan Md Dahlan, baru-baru ini.

Antara siri fitnah si Rafizi Ramli ;



Tidak ada gunanya membiarkan manusia begini kerana beliau terlalu bias dengan langsung tidak menyentuh kelemahan dan keburukan yang berlaku dalam Pakatan Haprak mahupun kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang berada di bawah pembangkang.

Buktinya dimana Rafizi sewaktu isu membabitkan dana YAWAS dan lain-lain yang berlaku di Selangor dan juga isu kerakusan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang termasuklah isu menggadaikan tanah-tanah kepada pihak asing ?

Selain daripada itu isu membabitkan kredibiliti pusat kaji selidik pembangkang, Invoke Malaysia diterajui Rafizi dipersoal apabila gagal membongkar salah laku tadbir urus membabitkan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Menurut laporan dikatakan kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan Georgetown Festival dengan meng­anugerahkan tender kepada satu kontraktor secara rundingan terus dengan kos sebanyak RM19 juta untuk lima tahun. (MMI akan ulas dalam artikel seterusnya)

Jelas sekali Rafizi punya pendirian yang hampir menyerupai gerakan pengganas yang berniat menghancurkan negara melalui jalan diluar norma kemanusiaan.

Cukup-cukuplah kita membiarkan Rafizi bebas bermaharajalela kerana kita punya undang-undang malah adab dan tata kesusilaan kita sebagai warga Malaysia juga sebenarnya tercalar dek perbuatan bersifat DAJJAL ini kerana kesan buruknya punya potensi besar untuk memusnahkan apa yang telah kita bina selama ini.

Oleh sebab itu maka MMI syorkan kepada mana-mana pihak sama ada wakil-wakil parti politik dalam BN, NGO mahupun pihak kerajaan sendiri untuk segera bertindak dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli kerana perbuatan dan sikap angkuhnya sudah melampaui batas-batas yang boleh kita maafkan.

Dah sampai masa Rafizi bayar hutang fitnahnya selama ini HUMBAN manusia ini jauh-jauh !

18 bulan tak cukup beb ....

MMI

3 comments:

  1. spesis sotong mmg ada gene macam ni....ingin terus popular dan namanya sentiasa di sebut ramai walaupun sedar apa yg di cakapkan selalunya tidak benar...

    yg penting sentiasa popular...

    ReplyDelete
  2. rakyat pun pelik bagaimana si sotong ni dilepas bebas atau dgn tindakan sekadar melepas batuk ditangga...oleh pihak berkuasa utk memfitnah sesuka hati nya...gang sotong juga ke?

    ReplyDelete
  3. Harap dato rahman.. saman yg maksima..
    Dan.tidak bagi muka pada seorg yg menyusahkan rakyat tanah melayu..
    Betul kata mmi..
    Apakah dia layak dipanggil wakil rakyat atau apa sumbangan rafizi pada negara?
    Rafizi dr azali mmg tidak layak wakil rakyat sama mcm azmin nurul wan azizah mat sabu khalid samad lim lip eng ngor ngoh ngeh.. semua mereka tak layak memegang jawatan berhormat.. kerna mereka langsung tiada kebaikan pd rakyat atau pun buat kebaikan..

    ReplyDelete

Labels