Followers

Monday, 18 December 2017

Jangan Biar Rafizi BEBAS !


Sembang berdekah-dekah kononnya kaki bongkar tapi yang dia buat menipu dan auta ! Itulah Rafizi dan dalam artikel sebelum ini pun MMI dah ulas panjang lebar kenapa manusia bernama Rafizi ni perlu segera dinyahkan daripada terus membuat onar di muka bumi Malaysia.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Rafizi baru sahaja kantoi dalam kes membabitkan Datuk Rahman Dahlan dan isu terbabit sudah pun mendapat reaksi segera dari tuan badan.Proses undang-undang akan diambil terhadap Rafizi dan sama-samalah kita tengok bagaimana mamat yang hidup hasil lendir ini mendepani tindakan tersebut.

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu dan dalam artikel kali ini MMI nak kongsikan dengan semua betapa ungkapan dan impian MMI untuk melihat Rafizi dihumban dan dikenakan tindakan sekeras-kerasnya merupakan satu keperluan khususnya dalam kita semua berusaha untuk membina negara mencapai kejayaan.

Sebagai sebuah negara yang berdiri atas nama demokrasi, sudah tentulah tiap perlakuan dan tindakan yang diambil haruslah berpaksikan kepada rasa hormat terhadap institusi yang menjadi tiang seri kepada kita semua.

Ini bukan soal kerajaan semata-mata tetapi ianya mencakupi soal undang-undang dan perlembagaan persekutuan kerana disitulah asas kita dalam menzahirkan apa jua impian dan perancangan sekalipun.

MMI ambil contoh negara-negara yang berantakan sehingga berlakunya peperangan dan pembunuhan sudah tentu apabila sistem yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan dan menjadi garis panduan kepada kehidupan para penduduknya GAGAL maka lahirlah kepincangan yang bukan sahaja merebahkan negara tersebut tetapi telah menyebabkan rakyat menjadi korban.

Soalnya kenapa asas itu GAGAL ? 

Percayalah kegagalan itu sebenarnya bermula daripada mereka yang mengaku rakyat di negara tersebut bukannya orang lain.Realiti ini hampir pasti sukar disanggah kerana tanpa sokongan dalaman mana mungkin orang luar boleh hadir dan menguasai seluruh pelusuh tanah bumi yang kita pijak ?

Apatah lagi jika sesebuah kerajaan itu diruntuhkan melalui jalanraya ianya secara tidak langsung sudah membuka ruang kepada penguasaan pihak-pihak lain yang akhirnya akan menyebabkan jutaan rakyat menjadi mangsa.

Yang terselamat pula adalah segelintir dari kalangan mereka yang meraih sesuatu untuk kepentingan diri sendiri, apakah ini yang kita mahu lihat berlaku dibumi Malaysia ?

MMI percaya ramai dari kalangan rakyat Malaysia masih lagi belum sedar betapa kerakusan dan obses melampau sesetengah pemimpin politik dalam negara untuk meraih sokongan rakyat sebenarnya sudah mencapai tahap membahayakan.

Suara dan gerak mereka bukan lagi berpaksikan kepada soal politik matang tetapi sudah sampai ke tahap mencipta propaganda serta persepsi yang boleh menyebabkan seluruh negara tergadai.

Rafizi Ramli adalah seorang pemimpin politik di Malaysia yang sebenarnya sedang melakukan perkara yang sama.Beliau menjadikan kedudukannya dalam politik sebagai perisai untuk mencipta ramuan demi ramuan beracun yang mampu mengundang kacau bilau kerana minda rakyat dipasak dengan pelbagai bentuk penipuan dan fitnah yang tidak berasas pada setiap hari.

Tindakan seperti ini sekiranya dibiarkan terlalu lama boleh mengundang bahaya dan musibah diluar jangka dan kerana itulah sesuatu harus dilakukan segera.

Rafizi tidak lagi boleh dibiarkan bebas dan bermaharajalela dengan segala fitnah dan pembohongan kerana jelas tindakannya selama ini terlalu bias dan hanya terarah kepada usaha untuk memburukkan kerajaan serta pemimpin negara waima beliau tahu disebelah pembangkang juga pelbagai isu ketirisan, salah guna kuasa, tindakan perkauman bersifat 'double standard' dan lain-lain turut berlaku di negeri-negeri tadbiran PKR dan DAP.

Dalam banyak-banyak isu yang dibangkitkan oleh banyak pihak salah satunya yang terkini adalah membabitkan penganjuran 'Georgetown Festival' di Pulau Pinang.

Sedarkah wahai warga Malaysia, laporan audit negara 2016 telah mendedahkan bahawa terdapat kepincangan jelas yang telah berlaku dalam penganjuran program tersebut ?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendedahkan kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan 'Georgetown Festival' dengan meng­anugerahkan tender kepada satu kontraktor secara rundingan terus dengan kos sebanyak RM19 juta untuk lima tahun.

Abdul Rahman berkata, kemudian Laporan Audit Negara 2016 mendapati, terdapat beberapa isu berkaitan program tersebut seperti kontrak yang tidak mengikut kelulusan Lembaga Pengarah, tiada penetapan asas kukuh pelantikan kontraktor dan beberapa syarat perjanjian yang tidak dipatuhi.

“Syarikat milik Kerajaan DAP Pulau Pinang, Georgtown World Heritage Incorporated yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri telah terlebih bayar kepada kontraktor tersebut sebanyak RM500,000 yang dikategorikan sebagai improper payment oleh Jabatan Audit Negara.

Di mana Rafizi Ramli ? Di mana INVOKE ?

Adakah ianya didiamkan hanya kerana ia berlaku di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai suku sakat Rafizi ?

Malah kredibiliti pusat kaji selidik pembangkang, Invoke Malaysia diterajui Rafizi turut dipersoal apabila gagal membongkar salah laku tadbir urus membabitkan Kerajaan DAP Pulau Pinang. 

Menurut Abdul Rahman, Invoke Malaysia yang kononnya sebuah organisasi bebas daripada percaturan politik sebaliknya menjadi pusat menabur fitnah Rafizi terhadap program-program yang dijalankan kerajaan.

“Pembohongan Rafizi ini perlu dihentikan, saya mahu lihat bagaimana dia menjawab isu membabitkan Kerajaan DAP Pulau Pinang ini dan saya mahu dia segera menjawab,” katanya.

Well bagi MMI apa yang telah didedahkan ini sudah pun membuktikan kepada kita bahawa Rafizi Ramli sebenarnya bukanlah seorang pemimpin yang berjuang untuk rakyat.Kehadirannya dalam kancah politik dengan sifap munafik berulang-ulang itu hanyalah berpaksikan kepada soal dendam dan emosi politik melampau pembangkang yang mencari keuntungan politik dan laluan mudah untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan.

Jika benar Rafizi adalah pejuang rakyat dan begitu suci untuk membangkitkan segala salah laku dan kesilapan mana-mana pihak yang melakukannya maka Rafizi juga perlu tampil mendedahkan isu-isu membabitkan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Kegagalan Rafizi untuk berpegang kepada perkara asas iaitu KEADILAN inilah yang telah menyebabkan Rafizi MELIWAT prinsip dan pendiriannya sendiri sehingga akhirnya apa yang beliau lakukan selama ini tidak lebih dari satu siri FITNAH dan PEMBOHONGAN yang bersifat MUNAFIK!

Dan percayalah manusia MUNAFIK seperti ini cukup berbahaya kepada BANGSA, AGAMA dan NEGARA.

MMI kata jangan simpan lama-lama !

MMI

1 comment:

  1. Sy setuju rafizi diambil tindakan yg keras. Rafizi akan merosakkan negara pd jangka masa panjang.. sememangnya rafizi cuma popular dgn 'pendedahan' maklumat yg tk benar..
    Rafizi tak bekerja utk rakyat dan rafizi tak tahu jadi wakil rakyat..
    Apa yg rafizi dah bantu org2 kawasan yg dia wakil di pandan indah? = selama sedekad sy di pandan indah.. tiada yg menarik..

    ReplyDelete

Labels