Followers

Thursday, 7 December 2017

Himpunan Orang-Orang UMNO Paling Luar Biasa #PAU2017


Benarlah seperti mana yang disebut banyak pihak Perhimpunan Agung UMNO 2017 bukan sahaja menjadi sebahagian daripada acara tahunan para ahli parti itu tetapi ia sudah menjadi Hari Raya UMNO kerana disinilah seluruh pimpinan dan ahli di akar umbi akan berkumpul meraikan parti yang didokong.

Macam-macam ada "package" sekaligus daripada soal menunaikan tanggungjawab terhadap parti, bicara politik, pameran oleh agensi-agensi, gerai jualan, pertemuan rakan-rakan dari seluruh negeri di Malaysia dan banyak lagi yang menarik mengikut kehendak masing-masing.

Yang pasti dalam semua keadaan itu ada juga pihak yang cuba untuk menjejaskan imej parti UMNO dengan sebaran berlakunya hubungan terlarang dikalangan ahli UMNO apabila tibanya PAU.Bagi MMI mudah apa jua dakwaan sewajarnya ia disusuli dengan bukti dan tindakan kerana tanpanya tiap dakwaan itu akhirnya akan berbalik kepada si pembuat dakwa.

Namun sepanjang berada di PAU2017, MMI dapat melihat malah merasai betapa kadang-kalanya ada rasa-rasa tertentu yang hadir secara spontan dalam diri kerdil ini.Perasaan sebak akan mula menguasai diri tatkala kata-kata nasihat serta peringatan dilontarkan oleh barisan pemimpin dan jurucakap yang MMI yakin ianya bukan dibuat-buat tetapi hadir atas rasa tanggungjawab dan cinta terhadap parti keramat orang Melayu ini.

Dalam sedar tak sedar parti UMNO sudah pun berusia 71 tahun, satu tempoh masa yang cukup panjang dan sudah semestinya diperingkat sebegini, manusia normal sudah memasuki hari-hari tuanya dan mungkin ada yang sudah nyanyuk.

Tetapi UMNO beruntung kerana ia terus disegarkan oleh generasi demi generasi pelapis yang berpegang kepada amanah dan tanggungjawab.

Jika ada yang nyanyuk maka barisan pelapis tampil mengisi kekosongan dan mereka yang tidak mampu lagi mengemudi parti akan berehat malah UMNO lebih beruntung lagi apabila kumpulan nyanyuk atau sengaja buat-buat nyanyuk kerana kepentingan tertentu angkat kaki dan meninggalkan rumah keramat ini.

Keberangkatan kumpulan itu secara tidak langsung telah membantu parti UMNO untuk terus lebih segar dengan perubahan demi perubahan yang lebih baik diisi melalui perancangan pemimpin yang terus komited mengepalai parti hasil dari sokongan dan dokongan ahli-ahli di akar umbi.


Di sebalik semua diatas kita pasti sedar bahawa ada gerombolan lain yang begitu mencemburui keutuhan yang dimiliki oleh UMNO.Rata-rata mereka akan berusaha untuk sekurang-kurangnya mencari jalan memburukkan parti orang Melayu ini.

Pelbagai cara dan kaedah digunapakai malah kita boleh melihat contohnya di portal pro pembangkang khususnya MeloyaKini.Lihatlah tajuk-tajuk artikel yang disiarkan dan pengisian artikel-artikel terbabit jelas memperlihatkan kepada kita betapa mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk sekurang-kurangnya mewujudkan rasa benci terhadap pimpinan sedia ada.

Satu tindakan normal kerana puak-puak pembangkang khususnya hilang punca untuk terus memukau rakyat supaya membenci UMNO.

Lebih menarik lagi PAU2017 yang sedang berlangsung ini turut mendapat perhatian dari kalangan mereka yang menolak perjuangan parti keramat ini.Dengan semua medium menjadi alternatif sebaran maka tidak susah sebenarnya untuk mereka-mereka ini mengikuti perkembangan dari sehari ke sehari.

Selain dari itu ramai juga dari kalangan mereka yang pro pembangkang dan membenci UMNO turut berlegar-legar di sekitar PWTC malah mungkin ada sebahagiannya sedang mencari rezeki di PAU2017.

It's ok bro ... Welcome tak ada masalah pun kita berjiwa besar dan UMNO bukan parti caca marba yang diwujudkan atas rasa benci sesama Melayu dan rakyat Malaysia.

MMI yakin sebahagian besar mereka-mereka ini tahu betapa ucapan, pandangan, cadangan, tindakan serta susulan hasil daripada PAU2017 itu adalah wadah yang akan menjadi sebahagian daripada dasar-dasar negara seterusnya mensejahterakan seluruh rakyat.

UMNO jelas menolak dasar perjuangan politik yang dibawa oleh parti DAP dan gerombolan yang bersama dengan mereka.Perkara ini tidak perlu diselindungkan lagi kerana hampir setiap tahun warga UMNO akan berbicara soal yang sama cuma pendekatan serta gerak cara sahaja berbeza mengikut situasi semasa.

Walaupun itu adalah realitinya kumpulan yang membenci UMNO tetap mengikuti perjalanan PAU pada seiap tahun seterusnya membuktikan bahawa mereka tahu dan sedar UMNO bukanlah parti sembrono yang dipenuhi emosi kebencian melampau penuh RETORIK.

Hakikatnya himpunan orang-orang UMNO kali ini cukup luar biasa bukan sahaja kerana ia turut diikuti oleh pembenci-pembencinya tetapi menjadi bukti betapa disaat pembangkang telah melakukan pelbagai serangan politik, adu domba, fitnah sekalipun himpunan ini tetap berjalan dengan amat berjaya sekali.

Orang UMNO sekali lagi sedang menentukan survival bangsa Melayu dan dalam masa yang sama melihat soal perpaduan dan penyatuan semua pihak agar bumi Malaysia terus makmur dan berjaya.

Akhir kalam dunia tahu apa yang UMNO lakukan dan realiti inilah yang tidak dapat diterima oleh kuncu-kuncu Mahathir, Kit Siang, Mat Sabu dan legasi politik songsang Anwar Ibrahim.

Hebat UMNO semoga Allah swt terus merahmati dan memelihara perjuanganmu.

MMI

2 comments:

  1. Perhimpunan Auta Umno, syok sesama diri, sembang kencang ketika dalam satu puak.

    Di luar, dah ramai tak berani mengaku ahli umno, takut kena picit.

    ReplyDelete

Labels