Followers

Monday 18 December 2017

Kerajaan Gadai Tanah Pada CHINA ? 27 Fitnah Pembangkang Yang Perlu Kita Tahu


Apabila pembangkang terlalu berkeinginan untuk menguasai Putrajaya maka mereka tanpa teragak-agak telah melakukan tindakan diluar norma seorang pemimpin politik yang waras dengan menjadikan sumber fitnah dan tohmahan sebagai bahan untuk menghasut rakyat supaya menolak kerajaan BN pimpinan UMNO.

Seolah-olah mereka lupa dulunya Putrajaya digembar-gemburkan akan digadaikan sekiranya pembangkang menguasai kerajaan persekutuan.

Enahlah MMI sendiri kadang-kalanya hairan dengan sikap gerombolan ini kerana prinsip dan pendirian mereka sering berubah-ubah malah ianya mengikut musim.

Tidak ada pendirian yang konsisten dalam semua perkara dan kerana itu rakyat Malaysia menolak sama sekali kehadiran pembangkang dan kalau ada sekalipun yang menerima, mereka-mereka itu adalah segelintir daripada kumpulan yang bersama dalam parti-parti politik pro pembangkang dan juga segelintir dari kalangan mereka yang membuat keputusan berdasarkan kepada tuntutan kehendak yang tidak dapat dipenuhi seterusnya menyalahkan pihak kerajaan.

Kumpulan ini sebenarnya memiliki apa yang kita sebut sebagai keperluan namun kerana tuntutan kehendak melebihi daripada keperluan akhirnya mereka mula menyalahkan pihak lain walaupun hakikatnya perkara-perkara yang disentuh itu turut melibatkan semua pihak.

Soalnya bagaimana kita menguruskan kehidupan seharian dan apakah kita bersedia untuk berdiri atas kaki sendiri tanpa menuding jari kepada pihak lain ?

MMI tak nafikan ada dikalangan warga kita yang hidupnya perlu dibantu dan kalau mengambil kira dalam konteks ini kerajaan melalui dasar-dasar mesra rakyat sudah pun melaksanakan tanggungjawab mereka dengan pelbagai insentif dan saluran bantuan kepada setiap rakyat melalui agensi-agensinya.

Namun atas beberapa perkara khususnya dalam perubahan iklim ekonomi dan politik dunia, Malaysia juga perlu memainkan peranannya untuk memastikan survival negara (yang secara tidak langsung merujuk juga kepada survival rakyat) agar dapat terus bertahan.

Pengaruh kuasa besar dunia yang memainkan peranan mereka harus ditangani dengan bijak dan berhati-hati oleh kerajaan dan kerana itu kerajaan tidak pernah berpura-pura malah mengambil keputusan yang tidak mesra rakyat seperti pengenalan GST dan lain-lain semata-mata untuk memastikan Malaysia terus dapat bersaing tanpa bergantung kepada pihak-pihak luar seperti IMF dan sebagainya.

Walaupun kerajaan berdepan dengan pelbagai cabaran sama ada dari luar dan dalam, usaha untuk terus memacu negara khususnya dalam konteks ekonomi tidak pernah diabaikan.Malahan ianya terus dirancang dan digarap dengan sebaik mungkin dan usaha-usaha inilah yang kadang-kalanya dijadikan sebagai peluru oleh pihak pembangkang untuk menyerang kerajaan.

Kerana itu maka lahirlah siri-siri pembohongan dan fitnah yang cukup membahayakan, diadun dengan rasa benci dan emosi politik kemudiannya disebarkan kepada seluruh rakyat dengan harapan rakyat bangkit dan membenci kerajaan sedia ada.

Walhal apa yang dilakukan oleh kerajaan sehingga kini semuanya berdasarkan kepada prinsip untuk memastikan Malaysia terus maju dan mampu bersaing.Selain daripada itu kerajaan tidak pernah mengenepikan asas-asas perlembagaan negara dalam setiap keputusan yang dibuat termasuklah dalam soal pelaburan.

Sama ada kita melabur atau membawa masuk pelaburan, kedua-duanya merupakan tindakan yang penuh komited selain konsisten serta penuh disiplin dan kerajaan tahu bahawa kedua-dua mekanisma ini adalah penentu kepada jatuh bangunnya negara.

Oleh yang demikian apakah kita perlu percaya dengan semua hidangan pembangkang selama ini kononnya kerajaan sudah menggadaikan tanah tumpah tercinta kita ini kepada pihak asing ?

Bersandarkan kepada fitnah dan tohmahan sebegitulah MMI kongsikan dengan semua jawapan kepada 27 FITNAH pembangkang bahawa semua yang dimiliki oleh Malaysia telah dijual kepada China.

JAWAPAN KEPADA 27 FITNAH PEMBANGKANG BAHAWA SEMUA TELAH DIJUAL KEPADA CHINA

1. MALACCA GATEWAY - BUKAN milik China
 Kejuruteraan Asas Jaya Development KAJD (51%) &. Power-China International Group Limited (49%). 

KAJD ialah syarikat tempatan yang dikorporatkan di Malaysia pada 2001

2. JOHOR ISKANDAR  - BUKAN milik China
Ia adalah projek kerajaan Johor yang menjual plot hartanah
 China RM26 billion, Singapura RM20 billion, US, Jepun, Spain, Korea Selatan

3. FOREST CITY - BUKAN milik China
Projek kerajaan Johor yang menjual unit hartanah; leasehold untuk landed property dan freehold untuk strata title

4. CAREY ISLAND - TIADA kaitan dgn China.. tapi India
Syarikat India, Adani Ports, dan syarikat Malaysia MMC Port Holdings (milik Syed Mukhtar Bukhari) dan Sime Darby Property.

5. EAST COST RAIL LINK - BUKAN milik China
Ia dimiliki 100% oleh Kementerian Kewangan Malaysia dengan pembiayaan daripada Exim bank daripada China

6. BANDAR MALAYSIA - BUKAN milik China
Dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui TRX City Sdn Bhd

7. HIGH SPEED RAIL HSR - BUKAN milik China
Pemilik tender ialah kerajaan Malaysia dan Singapura. Pemenang tender belum diumumkan

8. IMPRESSION MALACCA - BUKAN milik China
Dimiliki oleh syarikat tempatan Yong Tai Berhad

9. EDRA ENERGY - Dimiliki oleh Syarikat China
Menang melalui tender antarabangsa.. berjaya menjimatkan TNB dengan memperkenalkan tariff yang lebih kompetitif berbanding tariff zaman IPP kroni-kroni Mahathir

10. SUTERA HARBOR - Dimiliki oleh syarikat China
Ia adalah urusniaga jual beli saham syarikat swasta oleh syarikat swasta yang tak melibatkan mana-mana kerajaan. GSH ialah syarikat hartanah China yang dilisted di pasaran saham Singapura SGX

11. BIRDS NESTS - BUKAN milik China
Syarikat tempatan export sarang burung kepada China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat sarang burung. Tiada sebarang  tanah yang tergadai kepada China. 

12.  DURIANS - BUKAN milik China 
Syarikat tempatan export Durian kepada China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat Durian. Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China. 

13. TOURISM - BUKAN milik China
Penduduk China datang melancong ke Malaysia.. tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China.

14. AQUACULTURE - China
Syarikat tempatan export produk-produk aquaculture kepada China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat produk-produk aquaculture. Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China. 

15. PALM OIL - China 
Syarikat tempatan export kelapa sawit kepada China. Syarikat swasta dapat untung, syarikat china dapat kelapa sawit. Tiada sebarang tanah yang tergadai kepada China. 

16. NAVAL PATROL BOAT
Malaysia beli patrol boat daripada China. Malaysia juga beli kapal selam daripada perancis, jet daripada U.S. dan Russia, kapal daripada UK. tak ada sebarang tanah yang tergadai kepada China

17. FELDA FGV - BUKAN milik China
Dimiliki oleh Felda, Tabung Haji, KWAP, Koperasi Felda, Kerajaan Pahang. 89% Malaysia 11% org luar

18. ALIBABA DFTZ REGIONAL  HUB - Memang asal milik China
Projek ini sebenarnya kita rampas daripada Singapura. DFTZ dijangka akan gandakan export Malaysia. Alibaba memang asalnya milik China dan tak pernah jadi milik Malaysia.. jadi tak ada isu tergadai

19. PROTON - BUKAN milik China
Proton ialah milik Syed Mukhtar Bukhari 51% dan Geely 49%. Rakyat Malaysia sudah lama memilih Perodua sebagai kenderaan mereka dengan jualan Perodua 200 ribu dan Proton hanya 70 ribu pada 2016

20. SHELL
Shell tak pernah jadi milik Malaysia pun.. Malaysia tak pernah memiliki Shell.. penukaran hak milik tidak melibatkan kerajaan Malaysia dan tiada sebarang tanah yang tergadai.

21. KEDAH INTEGRATED FISHERIES TERMINAL - BUKAN milik China
Pelaburan China tak menjadi.. akan cari pelabur lain

22. KUANTAN MSIA-CHINA IND PARK - BUKAN milik China
Kuantan Pahang Holding menguasai 51% MCKIP dan Guangxi memiliki 49%. ini adalah projek twin cities dimana Kuantan memiliki bandar kembarnya CMQIP di Guangxi, China

23. KEDAH RUBBER CITY
Mukhriz yang mulakan projek rubber city dengan China. Kalau salah, takkanlah Mukhriz nak mulakan kerjasama dengan China. China dijangka akan melabur RM10 billion dan akan menaikkan harga getah tempatan

24. NAVY NAVAL 50 VESSELS GRADE
Bukan 50 tapi hanya 10. Malaysia beli patrol vessel daripada China. Malaysia juga beli kapal selam daripada perancis, jet daripada U.S. dan Russia, kapal daripada UK. tak ada sebarang tanah yang tergadai kepada China

25. ROYAL MULU SWAK - BUKAN dimiliki China
Masih dimiliki kerajaan sarawak

26. LUMUT MARITIME TERMINAL PERAK - BUKAN dimiliki China
Dimiliki oleh Perak Corp Berhad dan Tenaga Nasional Bhd

27. ALOR GAJAH POWER PLANT
Dimiliki oleh Edra

Ini sebenarnya sama seperti dasar pandang ke timur oleh Tun Mahathir dimana Proton bermula dengan perkongsian dengan Jepun 70%:30%, Maminco-Makuwasa..

Dayabumi bagi kat Takenaka Kumagai, Kedah Simen kat Mitsui, Penang Bridge kat Hyundai , Proton kat Mitsubishi , Produa kat Daihatsu , Perwaja kat Nippon Steel , lepas sangkut bagi kat POSCO , kebanyakan empangan Jepun dan Korea yang sapu , Twin Tower pun Korea Jepun , KLIA pun akitek Jepun, pendek kata penasihat ekonomi pun Kasumaza Suzuki dan Keinichi Ohmae dibawa dari Jepun. 

Walaupun kita bagi macam-macam, tapi masa tu Malaysia nak dapat hak mendarat dijepun pun Jepun tak bagi.. cheh. - saj


Rujuk

Melaka Geteway

Iskandar Malaysia 2017

Carey Islad

ECRL

Bandar Malaysia 

HSR

Impression Melaka

Sutera Harbour

Patrol Vessel 

FGV

DFTZ

Proton

KIFT

Kedah rubber

Lumut maritime

Berhentilah mempercayai cerita-cerita rekayasa politik yang sedap didengar kerana ia tidak menguntungkan sesiapa, kebencian yang mungkin timbul dalam hati itu barangkali hadir kerana kita terlalu mementingkan diri dan menerima bulat-bulat fitnah-fitnah pembangkang.

Apakah Pulau Pinang dan Selangor tidak pernah berurusan dengan negarta-negara luar ?

Apakah tindakan sedemikian tidak merujuk kepada menggadaikan hak milik kita ?

Berdirilah sebagai seorang warga Malaysia dan lihatlah seluas-luasnya supaya kita tidak menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak yang punya kepentingan.

MMI optimis kerajaan dan pimpinan yang sedang menerajui negara pada hari ini walaupun bukan maksum, mereka adalah dikalangan pemimpin yang faham, sedar dan komited untuk melihat Malaysia dan seluruh rakyatnya mendapat kebaikan dan kejayaan hasil usaha bersama.

Cumanya kita perlu bermuhasabah diri, kita pernah senang barangkali dan hari ini kita mungkin terkesan sedikit tetapi yakinlah apa jua yang berlaku selepas ini semuanya akan dinikmati oleh kita bukan orang lain.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels