Followers

Monday, 11 December 2017

Azwan Koyak Azmin ? Lagi Caca Marba


Azwan Ali artis suam-suam kuku ni sekali lagi u-turn dan dalam banyak-banyak u-turn kali ini ianya dilihat pro kepada UMNO.Entahlah MMI malas nak ambil pusing sangat tentang puak suam-suam kuku ni tapi kehadiran Azwan Ali di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dijelaskan sebagai gerak awal dalam misi peribadinya untuk menjatuhkan Azmin Ali.

Keputusan itu dibuat apabila Azwan mendakwa rezeki beliau tersekat ketika mengikuti abangnya  berkempen sebagai pembangkang.

Lahh kenapa tak minta Azmin lantik Azwan jadi PA ka apa ka ????

Azwan berkata “Saya memang kritik Azmin Ali. Beliau tidak jujur lagi-lagi dalam hal keluarga.

“Saya tak takut. Saya cakap benda betul. Kerana dia saya tak dapat apa-apa ‘kerja’. Sebelum ini saya bersama dia berkempen.

“Tapi, apa saya dapat. Sebab tu saya sebak bila cerita kepada wartawan masa sidang media sebelum ini,” ceritanya.

Azwan dalam kemunculannya bersama Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Mohd Yunus  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berikrar untuk menjahanamkan Datuk Seri Azmin Ali.

Jelasnya, sikap abangnya itu membuatkan Azwan sudah tidak mampu berdiam diri lagi.

“Selama bersama Azmin, apa kerja yang saya dapat? Semua sekat saya. Sebab saya bersama pembangkang.

“Sekarang, saya tak boleh senyap lagi. Tindakan dia melampau,” kata selebriti kontroversi itu.

Entahlah sekali lagi MMI pun tak pasti apa yang mamat ni meroyan cuma nampaknya dia dah tersepit sebab tak dapat 'job' barangkali.

Apa pun keluarga puak-puak ni memang caca marba macam-macam ... 

Koyak jalah Azwan oiiii 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels