Followers

Friday, 1 December 2017

Lagi Pincang & Skandal Wang Rakyat ?


Kerajaan Pakatan Harapan sekali lagi menjadi topik panas rakyat, bukan kerana keberkesanan mereka mentadbir tetapi wujudnya satu lagi skandal yang melibatkan wang rakyat.

Inilah masalahnya apabila DAP diberikan kuasa majoriti dalam Dewan Undangan Negeri sehinggakan pelbagai pembentangan yang meragukan dan tidak trasperen boleh diluluskan begitu sahaja.

Dan jika ada ADUN PKR atau DAP yang tidak sebulu dengan LGE dan kerajaan DAP, mereka akan ditindas dan dizalimi secara terang-terangan.

Pada 14 November 2017, Rang Undang-Undang diluluskan (dengan undi majoriti) untuk menubuhkan sebuah syarikat untuk menguruskan taman semula jadi dan Taman Botani Pulau Pinang.

Enakmen baru membenarkan penubuhan sebuah Perbadanan Taman Negara (Botanic) Pulau Pinang untuk mengawal selia Taman Botani Pulau Pinang.

Di antara yang dipersoalkan ialah pengurus besar perbadanan itu perlu melaporkan kepada pengerusi padahal umumnya, pengurus besar akan melaporkan kepada lembaga pengarah dan bukannya pengerusi. 

Turut dibimbangkan mengenai pengkorporatan Taman Botani Pulau Pinang ini akan membuka jalan bagi pengkomersilan taman-taman, padahal Taman Botani adalah taman awam yang digunakan oleh rakyat negeri untuk aktiviti rekreasi.

Terbaru ialah pendedahan tentang draf Special Area Plan (SAP) yang terpaksa disemak semula kerana ‘pindaan terdahulu dibuat oleh perunding luar yang tidak mahir dalam botani’. Timbul persoalan,

1. Bagaimanakah perunding luar yang ‘tidak mahir dalam botani’ boleh diberikan projek tersebut?

2. Berapakah wang rakyat yang hangus begitu sahaja disebabkan ketidakcekapan memilih perunding yang benar-benar mahir?

3. Apakah ianya seperti kertas feasibility studies (18 bulan yang lepas) untuk projek terowong dan lebuh raya yang bernilai RM305 juta di mana RM135 juta telah dibayar tetapi kajiannya tidak siap-siap sehingga ke saat ini?

Kerajaan DAP akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Taman Botanic Singapura untuk ‘bertukar pengetahuan teknikal mengenai pengurusan taman botani’.

Hairan kerana apakah tidak ada sesiapa pun dalam Malaysia ini yang ada kemahiran tentang pengurusan taman botani hinggakan kerajaan DAP perlu merujuk negeri Singapura?

Malah, jika kita merujuk web Singapore Botanic Gardens, wujud pengkomersilan di dalamnya di mana pengunjung perlu membayar yuran jika mahu masuk di sesetengah kawasan dalam botani tersebut.

Maksudnya, kerajaan DAP akan sekali lagi memeras duit rakyat seperti yang mereka lakukan sebelum ini. Baca selanjutnya

MMI kata isu ini turut mendapat perhatian wakil dari DAP sendiri Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang telah membangkitkan alasan beliau dan menolak perancangan kerajaan DAP Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini dan akibatnya bukan setakat suara beliau ditolak tetapi sudah pun dihukum apabila diarahkan supaya tidak terlibat dalam urusan bantuan kepada mangsa banjir.

Pincang beb !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels