Followers

Saturday, 23 December 2017

Pindah Milik Tanah Felda Siapa Dalangnya ? Part 1


Dalam artikel-artikel sebelum ini, MMI pernah menyebut bahawa pihak pembangkang akan terus menyerang semua pihak yang dilihat pro kepada parti UMNO, BN dan kerajaan.Situasi atau tindakan yang tidak pernah sekalipun dalam sejarah negara kita terhenti memandangkan hampir setiap waktu kumpulan ini akan mencipta, menyebar malah siap sekali 'package' fitnah dan maki hamun.

Jika tidak dalam bentuk pendedahan retorik seperti mana yang dilakukan oleh si sotong maka pentas ceramah jadi pilihan selain daripada amalan biasa menggunakan media sosial untuk terus menyebarkan dakyah-dakyah mereka.

Begitulah senarionya dan MMI percaya jutaan rakyat Malaysia sebenarnya faham dan sedar dengan keadaan ini.

Justeru itu kali ini MMI akan cuba untuk berkongsi pandangan dan pendapat khusus berkenaan isu yang sedang panas pada ketika ini melibatkan penjualan tanah penuh misteri FELDA.

Di luar sana sebaran maklumat sedang pantas bergerak untuk segera meniup api kebencian terhadap pemimpin UMNO dan kerajaan kerana kegagalan Felda untuk menyedari kehilangan tanah miliknya yang berjumlah RM270 juta.

Semalam sewaktu MMI menghirup kopi panas ditemani beberapa kenalan isu ini turut ditimbulkan.

Sudah tentulah nama-nama seperti Isa Samad, Shahrir dan Najib sendiri menjadi pilihan penyedap mulut dalam lontaran demi lontaran untuk memuaskan hati masing-masing kerana ianya dikatakan melibatkan wang rakyat, tak pasti pula MMI kepuasan apa yang mereka cari tetapi ianya lebih dilihat kepada usaha untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu agar isu Felda ini dapat diselesaikan dengan kesalahan sepenuhnya diletakkan kepada pemimpin yang bertanggungjawab terhadap Felda.

Ya betul ! MMI tak menafikan bahawa siapa jua yang melakukan kesalahan sama ada akibat kelalaian mahupun disengajakan WAJIB dikenakan hukuman yang setimpal kerana isu Felda ini sudah pun memberikan impak negatif yang amat tidak baik kepada parti UMNO dan kerajaan.

Sebagai penyokong UMNO dan kerajaan BN, MMI juga menyokong tiap usaha ke arah itu kerana kita tidak mahu melihat kewujudan parasit-parasit yang mengambil kesempatan ini dilepaskan.Malah kalau kita lihat rentetan sejarah kebanyakkan parasit-parasit yang wujud ini sama ada yang berkaitan dengan UMNO atau tidak mereka adalah musuh bukan sahaja terhadap parti UMNO tetapi juga kepada seluruh rakyat dan negara.

Namun jangan cepat marah dulu sebab dalam isu sebegini kita sewajarnya perlu rasional dalam apa jua tindakan kerana menghukum membabi buta tidak akan mampu menghadirkan sesuatu yang lebih baik dari hari ini.

Sesuatu yang menarik perhatian MMI adalah ramai sebenarnya warga Malaysia begitu mengambil berat tentang Malaysia khususnya perkara-perkara berkaitan aset dan hak milik negara.Petanda positif bahawa kita 'on the rite track' kerana sikap begini sudah pasti akan membantu perkembangan Malaysia mencapai matlamatnya.

Contohnya kita sudah pun menyaksikan bagaimana 1MDB mendapat perhatian paling tinggi termasuklah tuduhan dan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Apa pun 1MDB sudah dianggap selesai kerana apa jua dakwaan yang masih dilemparkan hanyalah berupa tuduhan berkepentingan politik semata-mata.

Kini timbul pula isu membabitkan Felda, sehingga artikel ini ditulis MMI dah melihat beberapa versi berkaitan yang rasanya memerlukan pertimbangan yang adil dan waras daripada rakyat yang begitu obses dengan aset dan harta milik negara.

Tuduhan sudah pun dilemparkan terhadap kerajaan kerana Felda diberitakan boleh kehilangan pegangannya ke atas tanah di Jalan Semarak bernilai RM270 juta.

Soalnya apakah ianya benar ? 

Sambung di part 2

No comments:

Post a Comment

Labels