Followers

Thursday, 4 January 2018

Che Det Rindu , Teringin Nak Jadi Macam UMNO !


BERSERABUT itulah yang boleh MMI kata apabila melihat aksi para pimpinan PPBM sewaktu mesyuarat agung parti itu baru-baru ini.

Walaupun secara zahirnya mereka cuba untuk memperlihatkan kononnya parti yang diasaskan daripada faktor dendam politik itu adalah wadah politik baharu yang boleh rakyat percayai namun batinnya banyak kepincangan yang berlaku sama ada sebelum mahupun sewaktu mesyuarat tersebut berlangsung.

Ramai yang bertanya apa yang cuba ditunjukkan oleh PPBM apabila mengadakan mesyuarat agungnya sedang diperingkat cawangan dan bahagian tidak bermesyuarat ?

Apa yang cuba dilakukan oleh pimpinan parti itu ?

Apakah ianya sekadar untuk mengutuk pemimpin negara dan parti-parti kerajaan atau ianya sekadar mencipta ruang untuk pemimpin mereka mendapat liputan media ?

PERCAYALAH apa yang sebenarnya berlaku adalah Tun Mahathir bersama-sama dengan pemimpin PPBM seperti Muhyidin, Mukhriz dan beberapa kerat lagi cuba untuk menyaingi parti UMNO khususnya dalam hal berkaitan Perhimpunan Agung UMNO yang dihadiri lebih dari 30 ribu perwakilan dan pemerhati pada awal Disember 2017 yang lalu.

KERINDUAN yang teramat sangat dan cubaan untuk merasai situasi yang sama begitu membuak-buak dan tidak dapat ditahan-tahan maka keputusannya adakan perhimpunan sendiri walaupun mereka sedar dan tahu banyak lompangnya.

Di mana lompangnya ?

Baca tulisan berikut ;

Mesyuarat Agung PPBM yang diadakan 30 Disember lepas sebenarnya tidak ikut perlembagaan parti itu sendiri. Buat kerja sekadar melepas batuk di tangga sahaja.

Mesyuarat Agung dibuat hanya sekadar syok sendiri sahaja. Kemudian jadi medan ceramah Mahathir untuk hentam mufti yang digelarnya sebagai kafir dan meminta maaf pada seteru politik lamanya.

Bukan sedikit, malahan boleh dikatakan peraturan utama dalam Perlembagaan PPBM tidak diikuti oleh kepimpinan khususnya Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad. Ia mengundang kemarahan orang PPBM sendiri yang melihatkan mesyuarat yang digelar Perhimpunan Agung PPBM itu hanyalah untuk suka-suka tanpa mementingkan kepentingan ahli.

Ketua Bahagian PPBM Temerloh, Amerus Che Onn sudah pun menggesa siasatan terperinci terhadap mesyuarat pertama PPBM oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran pelanggaran peraturan oleh parti itu.

Dalam Perlembagaan parti itu, mesyuarat agung tahunan hanya boleh diadakan selepas persidangan peringkat cawangan dan bahagian parti sudah selesai diadakan.

Dalam Fasal 17, perkara 17.3, Persidangan Bahagian hendaklah terdiri daripada, Ketua Cawangan yang cawangannya telah mengadakan persidangan bagi tahun berkenaan iaitu tahun 2017.

Daripada persidangan di peringkat Bahagian dan Cawangan ini, barulah para perwakilan dipilih untuk hadir ke mesyuarat agung tahunan. 

Siapa sebenarnya yang memilih para perwakilan yang hadir ke mesyuarat agung di Shah Alam itu kalau mesyuarat yang sepatutnya diadakan itu tiada?

Kata ada 137 Bahagian, wakil daripada bahagian mana yang datang sebenarnya?Patutlah nampak ada muka muka yang semacam budak sekolah sahaja memenuhi ruang belakang dewan sewaktu mesyuarat agung PPBM itu.

Kalau ikut kata Amerus, pemilihan perwakilan pun tak ikut perlembagaan parti.

“Pemilihan perwakilan ke mesyuarat agung tidak dibuat ikut perlembagaan parti. Tiada mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir ke mesyuarat agung pertama itu,” katanya.

Bukan itu sahaja, persidangan sayap parti iaitu Armada dan Srikandi juga tidak pernah diadakan.

Persidangan dua sayap itu adalah syarat penting untuk mengadakan perhimpunan agung. 

Perlembagaan yang mereka sendiri tulis telah mereka langgar dan tidak patuhi.

“Saya rasa kami ditipu dan dipermainkan.. Maka saya mendesak ROS membuat siasatan terperinci berhubung perkara ini,” kata Amerus.

Ucapan dasar Mahathir sebagai Pengerusi PPBM juga mengundang rasa tidak puas hati para perwakilan kerana ia menjadi medan politik Mahathir untuk meluahkan dendam dan kebencian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya menyampaikan amanat untuk menyelesai kemelut dalaman parti.

Semua perkara PPBM buat tangkap muat sahaja asalkan ada, dan kemudian adakan perhimpunan agung sebab takut parti akan diharamkan oleh ROS.

Apabila berucap, Mahathir gunakannya sebagai platform untuk menyuarakan kebencian dan menyerang peribadi para pemimpin negara khususnya Najib.

Pada 1 November 2017, lapan Bahagian PPBM di negeri Johor buat laporan kepada ROS kerana gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan di semua peringkat parti.

Ia adalah Bahagian Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Armada Semberong iaitu sayap anak muda PPBM. Semua bahagian adalah dalam negeri yang sama dengan Presiden PPBM iaitu Muhyiddin Yassin.

Kalau 8 bahagian ini sudah gagal adakan mesyuarat, siapa sebenarnya yang diangkut sebagai perwakilan mewakili 8 bahagian ini ke mesyuarat agung PPBM?

Dalam aturcara perhimpunan agung itu juga, sepatutnya penyata kewangan tahunan parti diumumkan oleh Bendahari tetapi ia tidak berlaku dan tidak ada sebarang pengumuman berkaitan kewangan parti.

Dari mana PPBM dapat duit parti? Dapat derma dari mana mana taukeh kah? Kenapa takut hendak umum jumlah duit parti yang telah dibelanjakan?

Pengumuman berapa jumlah keahlian juga tidak dibuat ketika mesyuarat agung berkenaan.

Satu masa dulu, ada orang kuat Mahathir kata ada 6 juta orang termasuk ahli UMNO akan mendaftar dalam PPBM. Kalau ada 6 juta ahli, kenapa takut umumkan jumlah keahlian masa mesyuarat agung PPBM?

Jumlah ahli UMNO makin bertambah tambah. Tahun lepas sahaja, tambah lagi 70,576 ahli baru. Jumlah pada tahun 2017 ialah 3,644,295 manakala jumlah keahlian pada tahun 2016, ialah 3,573,719 orang.

Kegagalan menguruskan parti yang baru ditubuhkannya hanya kerana agenda peribadi adalah bukti kegagalan besar Mahathir. Lebih buruk lagi bila buat mesyuarat agung dan tidak ikut peruntukan undang undang yang mereka tulis sendiri.

Dulu PKR ditubuhkan kerana agenda mahu membela peliwat dan menjatuhkan Perdana Menteri. Hari ini, parti PPBM ditubuhkan semata mata kerana mahu anak sendiri jadi PM dan mahu jatuhkan Perdana Menteri.

Kedua dua parti ini gagal. Bukti bahawa parti yang ada agenda peribadi tidak akan ke mana mana, akhirnya akan memakan diri sendiri. Sudahlah ada agenda peribadi dan kroni, langgar pula peraturan yang mereka tulis sendiri. - tulisan : Beruang Biru

RINDU beb TERINGIN nak jadi macam UMNO so bedal ja apa yang ada ! 

Satu lagi kegagalan Tun Mahathir.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels