Followers

Friday 5 January 2018

Hadi Kafir , Mahathir Makin Melalut !


Semakin hari semakin banyak perkara-perkara yang menjadi 'back fire' kepada pembangkang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Kadang-kadang MMI rasa ada baiknya juga dibiarkan sahaja bekas pemimpin UMNO yang lari dari tugasnya (umum letak jawatan) ni bercakap.Sebab hampir semua ucapan beliau memberikan peluru kepada MMI dan rakan-rakan untuk menyerang balas puak-puak pembangkang.

Terkini Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Hadi Awang sebagai pengkhianat orang Islam yang kafir.

Menurut laporan sebuah portal, bekas perdana menteri itu terus mengecam Presiden PAS kerana kerjasama yang dijalin bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Orang yang menyalahgunakan Islam ialah Hadi. Hadi dalam amanatnya mengatakan kerajaan yang ada ialah sebuah kerajaan kafir dan ia wajar ditentang dan kalau mati dalam perjuangan, masuk syurga.

“Itu janji dia dan ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

“Justeru, Hadi juga seorang ‘kafir’ kerana berbaik dengan UMNO,” kata Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri itu turut mendakwa Hadi banyak ‘membantu’ Najib untuk memecahbelah undi pembangkang dalam pilihan raya umum.

Pertelingkahan kedua-duanya bermula sejak Dr Mahathir menyentuh isu Amanat Hadi sehingga mencetuskan tragedi Memali.

Begitulah al-kisahnya Tun Mahathir makin melalut dan mencari apa sahaja ruang yang ada untuk membangkitkan kesangsian rakyat terhadap kerajaan dan PAS yang dilihat punya hubungan politik dengan UMNO turut dijadikan sasaran.

Apa jua yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir ini kita perlu melihatnya secara rasional.

Isunya bukan soal amanat itu sangat kerana orang-orang UMNO dan PAS pada hari ini sebenarnya sudah menganggap isu tersebut sebagai catatan sejarah dan pengajaran kepada urusan politik di kemudian hari.

Tun Mahathir sengaja membangkitkan perkara itu kerana beliau merasakan rakyat akan termakan dengan umpan politik pasca PRU yang cuba dimainkan oleh beliau.

Hakikatnya ramai dikalangan kita sebenarnya lebih melihat kepada soal perpaduan dan kemakmuran yang bakal ditempuhi oleh kita dalam masa-masa mendatang khususnya dalam hal berkaitan Islam.

Bukankah ianya sesuatu yang harus kita sokong ?

Kerjasama yang terjalin walaupun bukan dalam bentuk hubungan politik secara bersama sebagai parti komponen dilihat oleh Tun Mahathir dan rakan-rakannya khususnya dari DAP sebagai permulaan kepada satu revolusi politik yang boleh menyebabkan pembangkang tersungkur.

Ianya perlu segera dipecahkan dan berasaskan kepada tuntutan inilah Mahathir membangkitkan isu amanat Hadi sedang diwaktu beliau menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir sendiri tidak mengarahkan mana-mana pihak mahupun agensi untuk bertindak.

Kenapa Tun Mahathir berkelakuan begini ?

Kerana PAS bukan lagi sebahagian daripada suku sakat dalam Pakatan Haprak !

Jadi tak perlulah kita melayan karenah politik bodoh sebegini sebab Tun Mahathir pun sebenarnya sanggup menggadai maruah sendiri apabila cuba berbaik dengan PELIWAT yang beliau sendiri menjadi perintis kepada terhumbanya Anwar Ibrahim ke penjara Sungai Buloh !


Satu lagi kegagalan Tun Mahathir !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels