Kalau kita amati janji kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membina rumah-rumah mampu milik di negeri itu rasanya tahun 2017 adalah tahun paling hebat sekali isu perumahan ini dibangkitkan.
MMI yakin dan percaya ramai yang dah faham dan sedar tentang cakap-cakap kosong para pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang seperti mana gambar di atas.
Kalau ikutkan daripada percakapan si exco negeri tu sepatutnya bulan Januari 2018 ni seluruh rakyat Malaysia akan dapat melihat laporan berita di semua saluran sama ada media pro kerajaan mahupun pro pembangkang yang menyajikan berita majlis penyerahan kunci rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri mahupun agensi di bawahnya.
Pastinya akan ada majlis gilang gemilang anjuran kerajaan negeri di tapak projek perumahan mampu milik tersebut dengan ucap tama oleh Ketua Menteri dan hebohlah diseluruh negara kerajaan DAP telah berjaya mengotakan janjinya.
Namun sehingga artikel ini ditulis ramai yang masih tertanya-tanya di mana agaknya rumah-rumah terbabit di bina ?
Di bawah Komtar ? Di atas Bukit ? Di tepi laut ? Atas tanah tambak ? Atau dalam terowong ?
Semuanya mengarut malah yang ada pun ianya dibina oleh pihak swasta mahupun agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan DAP Pulau Pinang pula menggunakan syarat-syarat tertentu yang menuntut supaya beberapa peratus daripada keseluruhan rumah yang dibina diserahkan kepada kerajaan negeri.
Hasil daripada serahan inilah kerajaan DAP Pulau Pinang kemudiannya menyerahkan rumah-rumah terbabit kepada mereka-mereka yang memohon melalui kerajaan negeri.
So cita mudah minta orang mohon kepada kerajaan negeri kemudian kenakan syarat kepada pihak pemaju kemudian 'claim' kerajaan negeri yang bagi rumah pegirahhhhh.....Atuk aku pun boleh buat !
Soalnya mana projek dari kerajaan DAP Pulau Pinang ?
Yang MMI nampak adalah kerakusan berterusan kerajaan DAP Pulau Pinang mengenakan syarat-syarat atau caj yang telah menyebabkan kenaikan harga rumah di Pulau Pinang.Perkara ini didedahkan sebelum ini dan MMI dah siarkan dalam artikel sebelum ini KLIK SINI
Seperkara lagi yang agak memeranjatkan MMI adalah sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang banyak berdrama ini sebenarnya telah diamalkan sebelum ini.
Maksudnya ianya diulang-ulang !
Pada tahun 2013 sebelum Parlimen dibubarkan pada 3 April tahun yang sama, Kerajaan DAP Pulau Pinang turut membuat perkara yang sama, pengumuman program rumah mampu milik khusus kepada rakyat negeri Pulau Pinang.
Kerajaan negeri akan membuka tiga kaunter pendaftaran iaitu di Komtar, pejabat Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) di Bayan baru dan pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda.
Menurutnya, sebanyak 12,000 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah ditawarkan di Batu Kawan dan 1,300 unit ditawarkan di Jalan SP Chelliah dengan pelbagai harga.Baca Seterusnya
Namun pengumuman tersebut menimbulkan pelbagai keraguan malah ianya dilihat sebagai gula-gula pilihan raya dan satu lagi cubaan mengaburi mata rakyat.Paling menarik inilah kali pertama Guan Eng berani mengumumkan nama tempat rumah tersebut dibina kerana selama ini hanya cakap kosong.SELANJUTNYA
Kalau yang dah membaca sampai habis pautan artikel MMI tu pasti akan nampak ayat last berbunyi Hairan mengapa baru sekarang ? selama 5 tahun ni ampa buat apa ? Pukoi canang merata ceruk kampung alih-alih dekat pilihan raya baru nak buat ? Rakyat nilai sendirilah..
Perlu MMI ingatkan artikel tu MMI tulis pada 1 Februari 2013 pada ketika tempoh PRU13 makin hampir dan kalau kita tengok balik kepada apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang pada hari ini dengan janji kosong si exco kononnya projek rumah mampu milik bakal siap pada Disember 2017, bolehlah kita rumuskan semua tu 'game' politik ja.
Nak bagi nampak kononnya buat kerja sedang realitinya kerajaan DAP Pulau Pinang masih menggunakan modus operandi yang sama seperti mana sebelum PRU13 yang lalu, bagi janji dekat-dekat waktu pilihanraya sedangkan tempoh 4 atau 5 tahun sebelum tu rakus menggadaikan hak rakyat !
MMI
No comments:
Post a Comment