Followers

Monday, 22 January 2018

Skandal Terowong Bawah Laut Apa Lagi Yang DAP Nak SPIN ?


Gambar atas jelas menceritakan bagaimana penentangan penduduk Pulau Mutiara terhadap cadangan pembinaan terowong yang kini telah mencetuskan pelbagai kontroversi sehingga memaksa pihak SPRM untuk menjalankan siasatan.

Bagi MMI rungutan adalah satu perkara biasa bagi sesetengah projek yang mahu dijalankan oleh mana-mana pihak sekalipun cumanya bagaimana rungutan itu ditangani.

Jika benar projek yang mahu dilaksanakan itu benar-benar menepati kehendak dan keperluan semasa maka sudah tentunya sesuatu perancangan itu akan diterima dengan baik setelah kedua-dua pihak berpuas hati.

Tidak timbul soal hubung kait politik atau sabotaj dari mana-mana pihak sekiranya penjelasan dan kaedah menanganinya kena dengan cara namun berbeza sama sekali dengan isu terowong di Pulau Pinang.

Seperkara yang merisaukan warga Pulau Pinang adalah sudah terdapat projek yang sebelumnya turut mendapat tentangan oleh banyak pihak termasuklah daripada NGO sendiri akhirnya diteruskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan natijahnya nyawa menjadi taruhan.

Begitu juga dengan projek terowong, semua rungutan dan tentangan itu bersebab ! 

Bayangkan jika projek itu diteruskan dengan pelbagai kepincangan ianya secara tidak langsung boleh menyumbang kepada faktor kegagalan yang boleh mengancam nyawa pengguna seperti mana yang berlaku di Tanjung Bunga pada 2017 yang lalu.

Selain daripada itu ianya bukan sahaja melibatkan isu alam sekitar tetapi juga hal-hal lain termasuklah kesan terhadap punca pendapatan nelayan persisir pantai, keselamatan pengguna memandangkan pendedahan demi pendedahan telah menunjukkan beberapa perkara yang sudah pun merisaukan warga Pulau Pinang khususnya selain tanda-tanda berlakunya penyelewengan yang merimaskan.

Sejak kepincangan isu terowong didedahkan kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat cuba bermain tarik tali dalam banyak perkara termasuklah siri pembohongan penyerahan dokumen kepada Kementrian terlibat.

Dalam beberapa siri kita sudah dapat melihat bagaimana permainan politik itu mengambil tempat.

Terkini persoalan demi persoalan masih lagi belum dapat dijawab oleh kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung dengan keterlibatan syarikat-syarikat yang katanya telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri.

Kes Terowong Pulau Pinang: Tiada sesen pun dibayar tetapi syarikat SPV buat keuntungan

Ketua Menteri mengatakan bahawa “tidak satu sen telah dibayar” dan bahawa laporan RM305 juta itu tidak melebihi harga sepatutnya.

Jadi, bagaimanakah SPV Terowong Pulau Pinang membuat keuntungan seperti ini dalam masa 1 1/2 tahun menandatangani kontrak pembinaan terowong dengan Kerajaan Pulau Pinang?

Tokong guna silapmata? Atau mereka menyerahkan pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ?

Ada kemungkinan berlaku sogokan? Baca Selanjutnya

Kerajaan DAP Bohong Lagi ! CRCC SPV & Skandal Terowong

Pada 4 Mac 2013, Buletin Mutiara portal rasmi Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menyiarkan kenyataan akhbar tentang projek mega terowong bawah tanah Pulau Pinang.

Di antaranya, Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd dimaklumkan sebagai sebuah Special Purpose Vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut:-

1. Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing.

2. Beijing Urban Construction Group (BUCG) 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta.

3. Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta. 

4. Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.

Dilaporkan bahawa keseluruhan modal berbayar keempat-empat syarikat adalah RM4,549.2 juta yang memenuhi kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta.

Surat niat atau “letter of intent” dikeluarkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd pada 6 Februari 2013 dan kesemua pemilik saham secara berasingan juga menandatangani surat penerimaan.

Yang terbaru, bukan sahaja CRCC dan BUCG tidak ada lagi dalam consortium SPV itu, syarikat CRCC Malaysia MENAFIKAN menjadi pemaju atau pemegang saham dalam SPV tersebut.

Pengurus Besarnya Sun Ming memberitahu portal berita laksou.com bahawa CRCC Malaysia hanya bertanggungjawab untuk pembinaan projek itu.

"Kami tidak mengambil bahagian (dalam sebarang perkara selain pembinaan). Kami hanya bertanggungjawab terhadap pembinaan tetapi sehingga kini (projek) belum bermula," katanya.

Ada 2 perkara yang kita perlu tahu:

1. Kerajaan DAP berbohong tentang penglibatan CRCC di dalam consortium SPV.

2. Total modal berbayar bagi konsortium (tanpa CRCC dan BUCG) adalah kurang daripada kriteria kerajaan DAP negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta.

Sehingga ke saat ini, kerajaan DAP negeri gagal untuk menjawab 2 perkara ini. rujukan Dr MiM

Lebih memeranjatkan lagi baru-baru ini MCA turut membangkitkan persoalan tentang keterlibatan syarikat fesyen dalam projek terowong penuh kontroversi ini bukannya 2 syarikat pembinaan daripada China seperti mana yang diwar-warkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang ! Baca SINI

Banyak kekeliruan dan perkara-perkara yang gagal dijawab oleh kerajaan DAP Pulau Pinang seterusnya meyakinkan banyak pihak bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam perancangan projek terowong ini.

Yang pasti kerajaan DAP Pulau Pinang masih lagi bongkak dan sombong, projek terowong ini akan diteruskan walaupun ianya telah mengundang pelbagai kontroversi yang sekaligus memperlihatkan betapa lemahnya pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP dan Pakatan Haprak.

Lebih menghairankan MMI adalah sikap pemimpin Pakatan Haprak yang mengaku kononnya berjuang atas dasar menolak amalan rasuah dan penyelewengan, rupa-rupanya mereka buta dan tuli hanya mampu melihat ke satu arah sahaja itu pun berdasarkan kepada dendam dan kepentingan politik walhal isu membabitkan kerajaan DAP Pulau Pinang terang-terang memperlihatkan kepincangan demi kepincangan yang telah menggadaikan hak rakyat Pulau Pinang sendiri.

Kenapa tak bersuara ? 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels