Tun Mahathir mungkin sedang ketawa dan pemimpin yang bersekongkol dengan pelan politik pembangkang ini juga mungkin masih tersenyum kerana masing-masing berjaya mempergunakan sesama sendiri.
Namun melihat kepada senario hari ini setelah percaturan yang dianggap paling hebat dalam sejarah politik pembangkang Malaysia dengan mengangkat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menang pada PRU14 nanti, pembangkang sebenarnya sedang berhadapan dengan protes dalaman.
Gerakan protes itu datang dari kalangan penyokong Pakatan Haprak sendiri yang tidak dapat menerima kehadiran Tun Mahathir. Kebanyakkan daripada kumpulan ini sebenarnya adalah penggerak reformasi yang menolak sama sekali Tun Mahathir atas alasan beliau adalah penyebab kepada apa yang telah berlaku terhadap Anwar Ibrahim.
Rata-rata kumpulan ini masih berpegang kepada pendirian reformasi yang diperjuangkan dulu serta menganggap penerimaan Tun Mahathir sebagai tindakan membunuh reformasi itu sendiri.
Malah perkara ini sudah pun didedahkan oleh sebuah portal berkenaan kempen merosakkan undi !
Kempen ‘undi rosak’ ancam sokongan teras Pakatan
KEMPEN merosakkan undi sedang berlegar di kalangan beberapa media sosial berbahasa Cina, yang disifatkan penganalisis boleh menghancurkan Pakatan Harapan (PH) yang memerlukan jumlah pengundi lebih tinggi untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Penganalisis berkata gerakan ini mencerminkan trend kebosanan dan ketidakpuasan hati terhadap politik yang meluas terhadap ahli politik Malaysia di kedua-dua belah pihak kerana pertelingkahan di antara mereka bertambah hebat menjelang PRU14 tahun depan.
Penganalisis politik C.C. Liew meramalkan mereka yang mungkin merosakkan undi adalah sekitar 10% hingga 15% pengundi Cina.
Memandangkan parti-parti PH bergantung sokongan 80% daripada komuniti Cina pada PRU14, kempen undi rosak boleh menjejaskan peluang mereka di banyak kerusi Parlimen dan negeri.
Satu tinjauan terhadap tiga akaun Facebook berbahasa Cina yang mempromosikannya menunjukkan kebanyakan kekecewaan itu disasarkan kepada DAP yang memperoleh sokongan utamanya daripada komuniti yang bertutur bahasa Cina.
Walaupun jumlah pengikut dan "suka" yang diterima di laman Facebook ini masih kecil, penganalisis politik Dr Phoon Wing Keong berkata kesannya boleh merebak ke bahagian lain masyarakat berbahasa Cina.
Ini termasuk pengundi yang menyokong pembangkang dalam PRU13 tetapi yang mungkin tidak keluar dan mengundi dalam pilihan raya akan datang, kata Phoon.
"Hakikatnya, tidak ramai yang memilih untuk membuat undi rosak tetapi kempen ini dapat mengurangkan kadar keluar mengundi," kata Phoon, sambil menambah kadar keluar mengundi yang lebih rendah akan menjejaskan peluang PH.
Seorang lagi pemerhati Steve Chew berkata, waspada terhadap kesan daripada kempen undi rosak, mendakwa kempen itu mungkin dilakukan oleh pihak Barisan Nasional (BN).
"Adakah geng undi rosak ini benar-benar kecewa dengan PH atau BN atau adakah mereka cuba meyakinkan penyokong PH untuk merosakkan undi mereka?"
"Siapa yang mendapat keuntungan daripada senario undi rosak ini?" Kata Chew, seorang peguam dan pengkritik kempen itu. Baca Selanjutnya
Perkara yang sama turut dibincangkan dalam akaun twitter milik Ambiga, lihat komen-komen yang dibuat.
Let me be clear. Boycotting an election may send a message where the elections are clean and fair. Where the elections are NOT clean and fair (as in our country), boycotting only helps those in power and works AGAINST the people who are trying to change the rotten system.— Ambiga Sreenevasan (@Ambiga_S) January 17, 2018
MMI bersetuju dengan pandangan penganalisis di atas kerana kesannya sudah pun berbalik kepada pembangkang.
Apatah lagi parti cauvinis DAP sendiri pun sebenarnya sudah mula mendapat tentangan dari dalam dan isu ini sudah MMI ulas dalam artikel bertajuk Percaturan Kit Siang Bakal Bawa Rebah Pakatan Haprak !
Justeru apa jua yang berlaku dalam Pakatan Haprak pastinya akan memberikan kelebihan kepada BN dalam PRU14 nanti dan BN pasti terus komited berkhidmat untuk rakyat sejak Dulu, Kini dan Selamanya.
Percaturan Kit Siang dan Mahathir akan menyebabkan Pakatan Haprak KARAM !
MMI
No comments:
Post a Comment