Di waktu bermulanya serangan politik terhadap YAB Datuk Seri Najib Razak, tidak ada mana-mana pihak dari kalangan pembangkang yang membangkitkan soal darurat dan yang seumpama dengannya.
Rata-rata pemimpin pembangkang bukan sahaja menyokong gerakan yang dibuat tetapi turut sama mengambil bahagian dengan menyebarkan fitnah sehingga sampai ke satu tahap menggugat kedudukan ekonomi negara.
Tun Mahathir pula ada kalanya berdiam diri merelakan serangan yang dikategorikan sebagai 'character assassination' malah terus membisu walaupun ada di antara serangan-serangan politik itu terarah kepada ahli keluarga pemimpin.
Walau bagaimanapun jentera UMNO dan Barisan Nasional yang telah mengkaji strategi pembangkang sejak daripada PRU12 yang lalu bangkit menjawab tuduhan demi tuduhan yang dibuat pembangkang sehingga akhirnya pembangkang hilang arah dan lebih banyak bermain isu yang sama secara berulang-ulang.
Seperkara yang pembangkang lupa adalah UMNO dan Barisan Nasional selain daripada menjawab tohmahan pembangkang telah bergerak selangkah dihadapan dengan memastikan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan.
Kesannya pembangkang terlopong apabila kerajaan di bawah YAB Datuk Seri Najib Razak merealisasikan satu persatu perancangan menjadi kenyataan.
Antaranya MRT, Jambatan Pulau Pinang 2, Tun Razak Exchange 106, KL118, UTC, RTC, Kota Iskandar, ECRL, HSR telah dan sedang dijalankan oleh Kerajaan.
Itu belum masuk bab BR1M, KR1M 2.0,PRIMA dan banyak lagi yang telah dijayakan oleh kerajaan BN khusus untuk rakyat.
Lebih malang kepada pembangkang apabila projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bukan sahaja masih gagal dibina tetapi telah mengundang pelbagai skandal yang cukup memalukan.
Manakala parti-parti dalam Pakatan Haprak turut sama bertelagah sama ada sesama sendiri mahupun sesama parti sehinggakan ada yang sudah meninggalkan parti kerana hilang percaya.
Dan hari ini semua pihak dapat melihat dengan jelas sebaran FITNAH semakin kerap dilakukan oleh pembangkang dan semua ini dilakukan kerana mereka sebenarnya terjejas teruk akibat daripada kesilapan sendiri dan hubungan songsang yang dibentuk dalam Pakatan Haprak.
Oleh kerana itulah akhirnya Tun Mahathir terpaksa bertindak !
Dalam artikel sebelum ini MMI dah sebut tentang Tun Mahathir tahu bahawa PPBM tidak akan mampu mencipta apa-apa dalam PRU ke-14 nanti dan Pakatan Haprak bakal menerima kesan paling dasyat sepanjang tempoh pembentukan pakatan itu dibentuk.
Malah sikap Tun sendiri pun kalau diperhatikan sudah hilang arah baca SINI
Hari ini tindakan Tun jauh lebih dasyat !
Kecelaruan politik dan bebanan jiwa yang meruntun kerana dendam politik telah menyebabkan Tun mula menyebarkan propaganda murahan seolah-olah rakyat Malaysia dungu dan bodoh !
Tun cuba untuk menyamakan Najib dengan Marcos
Tuduhan tersebut dibuat dengan alasan kononnya Najib telah merompak duit kerajaan dan menyalahgunakan kuasanya.
Dalam masa yang sama Najib dituduh akan menggunakan taktik kotor untuk menang dalam PRU14 dan mengistiharkan darurat sekiranya BN kalah tipis.Selebihnya rujuk di Mkini
Soalnya sejauh mana asas kepada tuduhan tersebut ?
Merujuk kepada kenyataan Presiden Pertubuhan Aduan Rakyat (PAR) Chandrakumanan menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin hipokrit.
“Ianya agak ironik apabila Mahathir menyentuh topik demokrasi memandangkan majoriti besar sekutu beliau termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pernah dipenjarakan oleh beliau sendiri yang menurut mereka adalah secara angkara ‘politik kotor’ sewaktu Mahathir menjadi perdana menteri.
“Malah, dengan kenyataan mendesak rakyat turun ke atas jalan, terbukti bahawa Mahathir adalah seorang hipokrit dan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Malah pada tahun 1975, Mahathir selaku Menteri Pendidikan telah menggubal Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 untuk hapuskan suara mahasiswa yang pada ketika itu semakin berpengaruh.
Ujar beliau, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Mahathir telah menggunakan ISA sebagai senjata utama beliau untuk hadapi musuh politik beliau.
“Sehingga ke hari ini, Ops Lalang dilihat sebagai titik hitam di dalam sejarah Malaysia selaku sebuah negara demokrasi.
“Sebagai rakyat dan penyokong membuta tuli Tun M, cuba mengimbas kembali siapa Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri pada masa Ops Lalang berlaku? kalau bukan Mahathir.
“Saya tidak perlu menyentuh bab gerakan reformasi yang tercetus pada tahun 1998 untuk beri gambaran mengenai hak demokrasi rakyat pada zaman Mahathir berkuasa,” tegas beliau.
Menurut Chandrakumanan, di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pula, ISA sudah pun dimansuhkan dan undang-undang seperti POCA dan SOSMA masih belum digunakan untuk menahan mana-mana ahli politik pembangkang sehingga ke hari ini.
Kata beliau, perbezaan amalan demokrasi yang ketara boleh dilihat daripada segala perkara di atas sambil menjelaskan Mahathir tidak boleh menulis kembali sejarah politik mengikut citarasa beliau.
“Mesej saya kepada Tun M sangat mudah, sekiranya apa yang dilakukan Tun M sekarang berlaku semasa zaman ISA, sudah pastinya beliau sudah ditahan dan dihukum dibawah ISA atas perbuatan menghasut rakyat berdemo.
“Sebagai rakyat yang matang dan berfikiran waras, saya berharap tidak terpengaruh dengan desakan pemimpin seperti Tun M yang kini sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa,” tegasnya. bnbbc
Bagi MMI kenyataan Presiden PAR itu sudah menjelaskan segala-galanya, apa yang Tun lakukan hari ini samalah seperti mengata kepada diri sendiri.
Siapa Marcos ?
Kalau kita bandingkan tuduhan Tun dengan apa yang dibangkitkan oleh Chandrakumanan itu amat tepat sekali Marcos itu adalah Tun Mahathir sendiri.
Cuma dalam keadaan hari ini Tun perlu melakukan propaganda sebegini kerana beliau mahu rakyat merasa bimbang dan percaya seolah-olah Pakatan Haprak telah menang PRU14 sedang hakikatnya Pakatan Haprak sejak kemasukan Tun Mahathir PORAK PERANDA !
Tun jangan mengaku HEBAT kerana kehadiran kamu dalam Pakatan Haprak juga ditolak malah lebih memalukan lagi ahli PPBM sendiri pun menolak Tun sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menang PRU14.
Jadi apa lagi yang ada pada Tun Mahathir ?
Sisa hidup yang dilacurkan kepada politik berteraskan emosi dan dendam yang bakal menjadi catatan sejarah dan diingati oleh seluruh orang-orang Melayu tentang PENGKIANAT !
MMI
No comments:
Post a Comment