Followers

Saturday, 10 February 2018

Tun Mahathir Bertanding Di REMBAU ? Krik Krik ! Krik Krik !


KRIK KRIK ! KRIK KRIK ! Mungkin itulah suasana yang sesuai kita samakan dengan gambar kat atas supaya kena dengan tajuk.

Haha melihat memek muka masing-masing nampak macam tengah blur kan ?

Apa pun ianya berkisar tentang aksi cabar-mencabar antara Tun Mahathir dan KJ Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Sebelum ni Tun Mahathir cabar KJ supaya turun bertanding di Langkawi jadi KJ cabar balik Tun Mahathir supaya turun bertanding dengan beliau di Rembau.


“Dr Mahathir, datanglah bertanding di Rembau,” katanya ringkas ketika ditemui selepas menghadiri sesi penggulungan persidangan Parlimen Belia Malaysia di Parlimen, pada Khamis lalu.

Melihat kepada senario ini MMI merasakan bahawa Tun Mahathir sebenarnya tahu dan sedar bahawa kekalutan yang kini sedang berlaku dalam PPBM sendiri adalah petanda awal akan kegagalan politik parti yang baru dilahirkan itu.

MMI optimis Tun Mahathir sudah membuat perkiraannya sendiri berdasarkan kepada kemampuan partinya menongkah arus dan berdepan dengan realiti jentera politik yang amat sukar untuk memihak kepada agenda Tun Mahathir.

PPBM setakat hari ini cuba diperlihatkan kepada umum sebagai parti yang sedang mekar dengan sokongan dan sedang bangkit untuk menjadi pilihan alternatif kepada rakyat selain daripada parti UMNO.

Itu realitinya, PPBM tidak punya cara lain selain cuba untuk menunjukkan penguasaan mereka terhadap parti-parti dalam Pakatan Haprak.

Berdepan dengan parti dan pemimpin daripada DAP dan PKR sendiri sebenarnya adalah satu perkara rumit kerana Tun Mahathir sendiri tahu beliau sedang berada di kalangan musuh-musuh politiknya.

Malah Tun Mahathir sendiri SEDAR dan TAHU dirinya sedang dipergunakan oleh DAP dan PKR untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu memandangkan PAS kini sudah tidak lagi bersama dengan Pakatan Haprak.

Maka menjadi tugasan penting buat Tun Mahathir untuk membuktikan kepada bekas musuh-musuh politiknya kehadiran PPBM dan dirinya bersama Pakatan Haprak jauh membawa keuntungan lebih daripada yang pernah dilakukan oleh parti PAS sebelum ini.

Namun disebalik senyuman dan aksi buat-buat lupa Tun Mahathir itu ada terselit satu rasa dan perasaan yang kuat mengatakan Tun Mahathir telah tersalah langkah !

Kesilapan memilih untuk bekerjasama dengan DAP selain kelemahan pentadbiran parti sendiri sebenarnya telah pun mengaibkan parti yang baru sahaja ditubuhkan ini.

Tindakan keluar parti yang berlaku di seluruh negara bukanlah perkara biasa-biasa ianya memberikan impak yang cukup negatif kepada PPBM dan Tun Mahathir sendiri.

Melihat kepada cabaran Tun Mahathir terhadap KJ sahaja pun kita sudah boleh menilai sejauh mana tahap politik yang diamalkan oleh beliau.

Sebagai orang lama dan punya pengalaman lebih dari 22 tahun dalam politik, Tun Mahathir sepatutnya tidak melayan politik yang sebegini apatah lagi yang mahu dicabar beliau adalah seorang anak muda berstatus Menteri dan berjawatan Ketua Pemuda dalam parti.

Lebih dangkal lagi apabila Tun Mahathir mencabar KJ bertanding di Langkawi sedangkan selama ini Tun Mahathir sendiri tidak pernah bertnding di kawasan tersebut.

Apa yang KJ jawab ? Meskipun Dr Mahathir dianggap banyak berjasa kepada pembangunan Langkawi, kemajuan itu tidak mungkin berlaku tanpa sokongan UMNO-BN.

“Bayangkan kalau BN tidak ada kuasa, tidak ada peruntukan, Langkawi tidak akan membangun”.

Well just a simple education answer dengan jelas menampakkan Tun Mahathir terlalu naif dan semua orang dapat membayangkan bagaimana reaksi KJ tersenyum sewaktu mencabar Tun Mahathir untuk bertanding di Rembau.

Sebab ! Rembau adalah kawasan KJ sejak beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen dan dengan jelas menampakkan beliau tidak bersikap RETORIK dan cabaran itu dibuat berlandaskan kepada keupayaan anak muda tersebut yang selama ini banyak berjasa di kawasannya atas kapasiti Ahli Parlimen di bawah Barisan Nasional.

Tun Mahathir ? Langkawi ? 

Atas sebab apa Tun Mahathir memilih Langkawi ?

Kerana jasanya membangunkan Langkawi ? 

Agak-agaklah Tun Mahathir macam KJ kata semua itu tidak akan berlaku tanpa sokongan jitu seluruh ahli UMNO dan Barisan Nasional.

Tun Mahathir sudah tidak relevan dalam politik Malaysia !

Pemimpin PPBM ini hampir pasti akan MENANGIS sekali lagi kerana KECEWA dengan perubahan politik drastik yang dilakukan oleh UMNO di bawah YAB Datuk Seri Najib Razak untuk tidak lagi mengikut acuan yang mengangkat kumpulan-kumpulan tertentu untuk dikayakan.

Sebaliknya perubahan ini menolak sama sekali amalan KRONISME dan mengutamakan rakyat selaras dengan dasar kerajaan untuk terus mencapai objektif membangunkan negara dalam konteks yang lebih besar.

Tidak ada lagi era kapitalisme kroni dan fokus kerajaan kini diberikan kepada urus tadbir korporat digabung dengan visi jelas dalam pengurusan ekonomi.

Di waktu YAB Datuk Seri Najib Razak hadir dengan misi dan visi yang jelas, Tun Mahathir langsung tidak menawarkan perubahan sebaliknya meneruskan legasi ortodoknya ke seluruh pelusuk negara dengan menjaja fitnah dan bersekongkol dengan musuh-musuh politiknya sendiri.

Tawaran Tun Mahathir ? Tolak Najib yang dituduhnya sebagai kepala perompak sedang sahabat sebantal Lim Guan Eng dibiarkan BEBAS SEBEBAS BEBASNYA tanpa sepatahpun perkataan keluar dari mulut bekas Perdana Menteri yang sedang mengharapkan ihsan penduduk Langkawi supaya memilih beliau dalam PRU14 nanti.

Akhir kalam Tun Mahathir tahu bahawa PPBM tidak akan mampu mencipta apa-apa dalam PRU ke-14 nanti dan Pakatan Haprak bakal menerima kesan paling dasyat sepanjang tempoh pembentukan pakatan itu dibentuk.

Sebab itulah Tun sudah mula menghasut supaya rakyat turun ke jalan raya serta menyentuh soal pengistiharan darurat.

Semua itu berlaku kerana beliau tahu keadaan sudah menjadi sukar kepada Pakatan Haprak dalam PRU14 selain dendam yang teramat sangat yang merubah hatinya menjadi hitam serta mengikut bisikan orang ketiga.

Natijahnya hilang harga diri !

MMI

1 comment:

Labels