Followers

Tuesday, 13 February 2018

P.Pinang Kritikal - Situasi Yang Amat Di Takuti Pembangkang !


Apa lagi yang boleh dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang apabila kerakusan Ketua Menteri tidak boleh disanggah !

Sejak pembangkang menggula-gulakan rakyat Pulau Pinang yang terpukau dengan segala macam janji bulan bintang akhirnya penduduk yang memberikan undi kepada mereka menjadi mangsa.

MMI masih ingat bagaimana permainan politik murahan Guan Eng berhubung pemansuhan tol Sungai Nyior, bersorak girang sebahagian besar warga Butterworth sewaktu Lim Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Yang dimomokkan sebagai kekejaman BN terhadap mereka kerana terbeban dengan tol akhirnya dirasakan semakin hampir untuk diselamatkan oleh sebuah kerajaan negeri yang begitu berjiwa rakyat.

Begitu juga dengan penduduk Kampung Buah Pala, janji peliwat seolah-olah memiliki kuasa penuh itu dinantikan para penduduknya "kampung kita pasti diselamatkan"! Mungkin begitulah agaknya cakap-cakap penduduk kampung Buah Pala tatkala berbondong-bondong pemimpin DAP bersorak di Dewan Undangan Negeri.

Penduduk seluruh negeri Pulau Pinang pula khususnya di kawasan Georgetown turut sama menantikan perubahan HEBAT yang bakal dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri yang baharu di bawah Pakatan Rakyat dan kemudiannya Pakatan Haprak.

Malahan para pencinta alam turut sama merasa obses apabila exco kerajaan DAP Pulau Pinang menggerakkan usaha memulihkan air laut dengan aksi melempar selut ke pantai.

Namun sejak 2008 sehingga kini semua mimpi-mimpi itu akhirnya kekal menjadi mimpi, apa yang berlaku adalah sebaliknya !

Tol Sungai Nyior kekal malah kutipannya telah sampai ke RM1.20, walaupun ada yang mempersoalkan ianya adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan hakikatnya ia bersebab kerana melibatkan perjanjian konsesi dan kerana itu kerajaan BN tidak pernah menjanjikan untuk memansuhkan tol terbabit.

Soalnya kenapa DAP berjanji untuk memansuhkan tol Sungai Nyior ? Untuk rekod antara janji yang dibuat DAP adalah menghapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang (RM7 sekali masuk) dan Tol Sungai Nyior (50 sen sehala pada waktu itu) serta bonus sebanyak RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah. rujuk 

Bukan main-main punya janji, soalnya apakah DAP menunaikan janji-janji tersebut ?

Penduduk Kampung Buah Pala ? Jangankan menunaikan janji bayang pun tak nampak !

Penduduk Georgetown pula daripada berdiam kemudian tersenyum akhirnya bermuka kelat kerana tidak pernah dalam sejarah berlakunya kejadian banjir kilat yang amat kritikal sehingga penduduk terpaksa berdepan dengan kerosakan harta benda malah ada nyawa yang melayang.

Pencinta alam pula bukan sahaja melopong suara mereka sendiri pun tidak dilayan, hari ini laut ditambak dengan rakus kononnya sebahagian daripada projek terowong dasar laut yang telah mengundang pelbagai skandal yang mendedahkan kelemahan dan kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Tidak cukup dengan itu kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak zalim dengan alam sehingga akhirnya berlaku kejadian tanah runtuh dan sudah pun mengorbankan nyawa.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang telah berlaku sepanjang pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang dan semua itu sebenarnya telah menyebabkan rakyat mula bangkit mempertikaikan keputusan-keputusan kerajaan negeri dan sehingga kini Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri masih lagi belum mampu menjelaskan persoalan demi persoalan yang dibangkitkan berkenaan projek terowong dasar laut.

Dalam tempoh waktu yang sama, rakyat sebenarnya sudah mula kembali melihat kepada dasar dan usaha bersungguh-sungguh kerajaan persekutuan serta pemimpin UMNO dan BN khsusunya di Pulau Pinang.

Di waktu pelbagai masalah dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang lebih banyak berpolitik, UMNO dan BN meneruskan usaha membantu rakyat dan memajukan negara.

Sebagai contoh bumi Permatang Pauh yang dahulunya dikenali sebagai kubu kuat PKR kini tidak lagi berstatus sedemikian.

Sikap bongkak parti-parti dalam Pakatan Haprak akhirnya memakan diri sendiri !

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, selama ini kekuatan PKR di Permatang Pauh hanya bergantung sepenuhnya daripada pengundi Cina dan PAS.
Menurutnya, apabila PAS tidak lagi bersama dengan Pakatan Rakyat ia akan memberikan kesan kepada PKR dan sudah pasti akan menjejaskan undi kepada mereka pada PRU14 nanti.
"PKR akan menghadapi masalah kali ini kerana mereka akan kehilangan undi daripada penyokong PAS yang selama ini memenangkan mereka.
"Penyokong tegar PAS yang kita tahu akan setia kepada pemimpin mereka dan seterusnya memilih calon mereka sekiranya PAS bertanding di sini kelak.
"Apabila PAS dan PKR berpecah, peluang BN akan lebih baik selepas ini," katanya.
Malah sudah ada pemimpin PKR sendiri yang mula tidak senang duduk dan mula menyerang pemimpin UMNO di Pulau Pinang. Baca selanjutnya
Semua pihak sedar bahawa UMNO Permatang Pauh selama ini telah menunaikan tanggungjawab mereka terhadap penduduk jauh mengatasi Ahli Parlimen dari PKR Wan Azizah yang dilihat lebih banyak berpolitik.

Tak percaya ini buktinya ;



Selain daripada itu keputusan DAP menghumban PAS dari Pakatan Rakyat dilihat telah menyebabkan parti-parti dalam Pakatan Haprak mula tidak senang duduk.

PKR misalnya yang selama ini mengharapkan sokongan PAS hampir pasti akan menerima kesan yang paling dasyat kerana parti yang tidak ada arah perjuangan itu bakal dilanyak sehabis-habisnya oleh parti PAS pada PRU14 nanti.

PPBM dan PAN pula lanskap politiknya masih kabur kerana kedua-dua parti itu bakal turun ke PRU14 dengan ihsan kerusi daripada DAP dan PKR.

Secara logiknya tidak ada sebarang sumbangan yang boleh menggembirakan DAP selaku abang besar dalam Pakatan Haprak melainkan menambah peluru kepada UMNO dan BN untuk menyerang balas Pakatan Haprak.

Yang boleh dan sedang dilakukan oleh DAP adalah memerah sehingga lumat Tun Mahathir dengan harapan masih ada Melayu yang terpukau dan menyokong Pakatan Haprak.

Kerana itulah apabila PAS membuat pengumuman bertanding di 20 kerusi DUN di Pulau Pinang, UMNO melihat ianya adalah petanda positif yang boleh memberikan kebaikan kepada BN khususnya di Pulau Pinang.


Keputusan PAS itu bakal memberikan kelebihan kepada BN Pulau Pinang mampu memperolehi majoriti lebih banyak pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Keyakinan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman itu bersandarkan kepada situasi pertembungan tiga penjuru yang bakal berlaku, melibatkan PAS, PH dan BN.
“Dengan pengumuman PAS bercadang bertanding 20 DUN di Pulau Pinang akan menjadikan sangat meriah. Kerusi majoriti Melayu hanya 15 yang akan ditandingi UMNO, ini bermakna PAS atau gagasan sejahtera akan bertanding di 5 kerusi tambahan yang mempunyai mengundi melayu melebihi 35 peratus, dengan harapan parti-parti dalam sejahtera akan bantu mendapatkan undi daripada  kaum-kaum lain.
“Parti-parti lain seperti PAP dan lain-lain juga akan meletakkan calon di banyak kerusi,” katanya.Baca Selanjutnya 
Walaupun secara rasionalnya DAP dan Pakatan Haprak juga akan melakukan persediaan dan strategi mereka sendiri, hakikatnya apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang pada hari ini hampir pasti menggusarkan para pemimpin Pakatan Haprak dan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Guan Eng tahu bahawa BN Pulau Pinang dan UMNO Pulau Pinang telah menyempurnakan tanggungjawab mereka selaku pembangkang di negeri itu.

Dan tanggungjawab itu tidak hanya terarah kepada soal memantau pentadbiran dan dasar kerajaan negeri tetapi juga berkenaan kerja-kerja melibatkan pembelaan rakyat di akar umbi.

Seperti mana yang disebut oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, “Kita pun dah berkhidmat kepada rakyat sejak dulu lagi, jentera parti yang setia dan kukuh serta perpaduan parti, janji dan perancangan masa untuk rakyat Pulau Pinang jadi agenda utama kita”.

Berdasarkan kepada hal tersebut MMI optimis bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang berada dalam keadaan yang amat kritikal dan situasi ini sudah tentunya amat ditakuti kem pembangkang kerana Pulau Pinang bukan lagi kubu kuat Pakatan Haprak !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels