Siapa Zaidi bekas anggota TUDM yang dipecat kerana mabuk politik ni ? TUHAN ?
MMI amat kesal dengan tindakan pegawai penerangan Guan Eng ni sebab langsung tak ada adab.
Kita boleh berbeza fahaman politik atau dalam apa jua perkara sekalipun namun menjadikan soal hidup mati sebagai bahan kempen politik rasanya ia adalah tindakan melampau yang tidak boleh dimaafkan.
MMI yakin dan percaya ramai lagi yang sedar bahawa Zaidi adalah agen DAP yang sedang menyebarkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin negara khususnya YAB Perdana Menteri.
Modus operandi Zaidi adalah beliau akan menyebarkan bahan-bahan berulang berkenaan tuduhan seperti mana yang dibuat di atas ke dalam group-group whatsapp dan saluran-saluran yang berkenaan sebagai proganda berterusan agar rakyat terus termakan dengan hasutan yang dibuat.
Yang membimbangkan penyebaran berupa fitnah dan hasutan ini jika dibiarkan akan merosakkan pemikiran rakyat kerana ke semua bahan-bahan yang disebarkan itu jelas telah dijawab oleh banyak pihak termasuk oleh pihak kerajaan, Perdana Menteri dan juga pihak berkuasa.
Mengambil kira keadaan itu maka wajarlah pihak berkenaan sama ada SKMM mahupun PDRM menjalankan siasatan dengan segera apatah lagi tindakan Zaidi kali ini jelas menghina kematian Ahli Parlimen Paya Besar.
Satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pihak sekalipun memandangkan ia melibatkan kedukaan dan kesedihan pihak tertentu yang kehilangan insan yang disayangi.
Lim Guan Eng pula berdiam diri seolah-olah menghalalkan apa yang Zaidi lakukan.
Macam ni ka cara pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang buat kerja ?
Jadi jangan salahkan mana-mana pihak kalau Lim Guan Eng dituduh bersubahat !
MMI
No comments:
Post a Comment