Followers

Friday 23 March 2018

1MDB Jangan Butakan Mata Hanya Kerana Tohmahan Pembangkang


Ada sesetengah rakyat Malaysia sendiri yang suka mengambil pendekatan untuk membuka seluas-luasnya pemikiran mereka untuk diracuni oleh gerombolan pembangkang yang kerjanya saban hari mencipta tohmahan terhadap kerajaan BN.

MMI bukan saja-saja menulis tetapi ianya berlandaskan kepada pengakuan Rafizi Ramli bahawa kerja mereka adalah menghasut rakyat Malaysia supaya benci kepada kerajaan. Sudah tentulah mengambil kira keadaan itu hasutan-hasutan ini akan digarap sekemas mungkin malah turut melibatkan agensi media asing supaya hebahan berita yang dicipta itu dilihat sebagai punya asas seterusnya dapat mengelirukan rakyat.

Ini realitinya ! 



Sebab itulah dalam hal membabitkan 1MDB, pembangkang terus-terusan menyerang badan terbabit dengan pelbagai tuduhan yang sama sekali tidak masuk akal !

Antara yang popular dikalangan rakyat adalah tuduhan bahawa 1MDB telah kehilangan wangnya dalam jumlah mencecah bilion ringgit kerana dimasukkan ke akaun Najib Razak.

Sedang hakikatnya 1MDB telah pun mengesahkan bahawa badan itu tidak mengalami kehilangan wang seperti mana yang dituduh !

Malah turut menafikan sebarang kaitan dengan tuduhan kononnya sebahagian wang milik 1MDB dimasukkan ke akaun Najib Razak.

Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, isu tersebut bukan suatu perkara baru memandangkan ia telah dibangkitkan pada bulan April 2016 oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan ia telah pun dijawab.

Mengulas mengenainya, Arul berkata, semasa proses siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), 1MDB telah mengemukakan segala dokumen berkaitan kepada pihak Jabatan Audit Negara.

Tambahnya, sebagai pembeli untuk saham yang dijual oleh PetroSaudi, pihaknya telah membuat bayaran sepertimana diarahkan oleh pihak penjual, iaitu PetroSaudi dan 1MDB telah menerima saham di dalam syarikat usahasama sebagai balasan untuk pembayaran tersebut.

” Arahan kepada 1MDB untuk membayar dana AS$700 juta ke dalam akaun Good Star Limited, diberi oleh penjual saham, PetroSaudi, melalui firma guaman White & Case (London), salah satu firma guaman antarabangsa yang profesional, terkenal dan disegani.

” Seterusnya, pihak PetroSaudi sendiri telah memberi pengesahan secara bertulis bahawa apabila dana dibayar oleh 1MDB kepada Good Star, syarikat Good Star itu adalah kepunyaan PetroSaudi,” katanya pada theRakyat.com Baca selanjutnya di SINI

Seperkara yang perlu rakyat Malaysia tahu adalah pembangkang begitu takut sekali sekiranya seluruh rakyat faham tentang sumbangan 1MDB terhadap negara.

Sama ada sedar atau dibuai dengan adu domba pembangkang, TRX dan Bandar Malaysia adalah  bukti kejayaan 1MDB selain daripada segala sokongan dan bantuan secara terus kepada rakyat melalui bantuan-bantuan 1MDB yang lain.

"Masyarakat boleh melihat dan menilai sendiri pembangunan yang sedang giat berjalan di sekitar TRX yang sehingga hari ini masih berjalan dan terus mendapat perhatian pelabur tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika berucap pada program Diskusi 1Minda 1Bicara 1MDB baru-baru ini.

Menurut Arul Kanda walau apa pun fitnah, syarikat 1MDB tidak bangkrap dan masih berupaya membayar hutangnya serta membangunkan aset-aset yang ada.

“Sehingga kini kita telah berjaya menarik pelabur ke TRX seperti HSBC Bank Malaysia Bhd yang bakal membina ibu pejabat terbesar di Asia Tenggara selain Prudential, Affin Bank Berhad, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi,” katanya.

Menurutnya 1MDB juga membelanjakan RM3 bilion bagi pembinaan infrastruktur di sekeliling TRX seperti pasar baharu untuk peniaga, dan pembinaan jalan terus ke lebuh raya utama seperti Terowong SMART, lebuh raya Maju (MEX) dan lebuh raya DUKE.

Beliau berkata nilai aset milik 1MDB ketika ini juga sebanyak RM43 bilion, melebihi nilai hutang semasa yang berjumlah RM31 bilion, dengan majoriti aset tersebut merupakan sektor hartanah yang dilihat mempunyai jumlah yang lebih daripada mencukupi untuk membayar hutang syarikat berkenaan. sumber

So apa lagi yang mahu dilalakkan ? 

Sebagai rakyat MMI syorkan supaya berhentilah daripada mempercayai berita penglipurlara kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara sebaliknya rujuk dan cari maklumat yang sahih kerana sekali kita dibutakan oleh pembangkang maka kesannya mampu menyebabkan selurh generasi selepas ini turut sama menjadi buta dan sudah tentunya impak bakal menerjah anak cucu cicit kita nanti.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels