Followers

Saturday 24 March 2018

Mukhriz Kantoi ISU CAMBRIDGE ANALYTICAL Wayang Pacak Alaf Baharu !


Sesiapa pun berhak untuk memilih identiti atau karektor yang bagaimana mahu ditampilkan kepada umum kerana ianya adalah pilihan peribadi. 

MMI sendiri pun tidak mahu artikel ini kemudiannya dilihat sebagai satu wadah kutukan yang berlandaskan kepada faktor perbezaan ideologi politik yang akhirnya tidak membawa sebarang keuntungan kepada sesiapa.

Namun melihat kepada tindak tanduk pemimpin PPBM ini, rasanya adalah wajar kiranya MMI menyentuh sedikit sebanyak perihal anak kesayangan Mahathir ini kerana apa yang dilagukan beliau adalah berbeza dan kemunculannya sebelum ini bukanlah berdasarkan kepada keperibadian beliau sebaliknya terhasil daripada pihak perunding.

Apa yang didedahkan amat memeranjatkan sekali, Mukhriz mempunyai PENASIHAT dan PERUNDING ANTARABANGSA yang dikenali sebagai CAMBRIDGE ANALYTICA (CA). Rupa-rupanya dia hidup berdasarkan graf, histogram dan laporan yang disediakan oleh syarikat perunding dan penasihat antarabangsa itu. Bukannya berdasarkan naluri dan pertimbangan akal seperti yang sepatutnya dilakukan oleh manusia normal.

Kalau orang PPBM sendiri tidak bercakap, sampai bila-bila pun tiada sesiapa yang tahu tentang perangai sebenar Mukhriz Mahathir. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan merupakan anak syarikat kepada SCL Group yang beroperasi di London itu, hanya perlu menjual air liur, permainan silang data seperti yang sering dilakukan oleh para pemikir dan pengatur strategi yang terkurung dalam bilik berhawa dingin dan dikelilingi carta dan graf yang dikenali sebagai WAR ROOM.

Modal syarikat-syarikat seperti CA adalah PSEUDO BEHAVIOURAL SCIENCE yang menggabungkan logik sains dengan cerita dongeng seperti yang sering dilakukan oleh ahli-ahli silap mata.

Sebagai contoh, kesemua data peribadi 52,383 pengundi P5 JERLUN dimasukkan ke dalam aplikasi CA dan data tersebut disalingkan dengan teori Sains Tingkahlaku. Hasil dari analisa ini akan memberi panduan kepada calon P5 JERLUN dalam PRU 14 iaitu Anina Saadudin (CONTOH- jangan ketawa.) untuk merangka strategi kempen paling tepat untuk mengubah sikap pengundi terhadap calon. Misalnya, kajian tersebut menunjukkan pengundi suka calon yang berjubah dan tudung labuh, maka calon akan memakai pakaian tersebut dalam tempoh berkempen.

Persoalan sama ada perkhidmatan CA itu dianggap melanggar etika kerana berasaskan kepada sumber maklumat peribadi 52,383 pengundi itu betul atau tidak, tidak timbul kerana di Malaysia walaupun wujud Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, hampir setiap hari data peribadi rakyat Malaysia bocor sepertimana panggilan telefon secara rambang daripada penjual insurans yang menggunakan nama bank-bank tertentu untuk menjerat mangsa.

Niat awal Wan Saiful Wan Jan yang merupakan Timbalan Pengerusi Biro Strategik dan Polisi PPBM membuat pendedahan itu, adalah untuk menimbulkan persepsi awam yang Barisan Nasional menggunakan pihak asing untuk menang PRU sekaligus mengalihkan isu pihak luar negara yang diupah untuk memburuk-burukkan Malaysia seperti Sarawak Report dan portal-portal berita yang hidup berdasarkan pembelian serta penajaan berita.

Namun usaha tersebut terbalik ke batang hidung Mukhriz Mahathir apabila Azrin Zizal, Ketua SL Kumpulan Asia Tenggara merangkap Pegawai Media Mukhriz Mahathir ketika Mukhriz masih Timbalan Menteri MITI, membuat pengakuan bahawa dia mewakli CA yang membantu Mukhriz secara terus pada PRU-13 di Kedah.

Sudah tentu Mukhriz kelam-kabut cuba menafikan perkara yang amat memalukan itu. Dan tidak menghairankan juga apabila bapanya, Dr. Mahathir yang kuat melindungi si Mukhriz cuba meletakkan kesalahan kepada BN menggunakan khidmat CA. Pengesahan tentang KETIDAKTERLIBATAN BN dengan CA bagaimanapun telah disahkan oleh SCL Group sendiri.Baca selanjutnya di SINI

Semua tuduhan terdesak PPBM yang cuba mengaitkan BN ternyata menjadi PELURU SESAT yang akhirnya memakan diri tuannya sendiri.

Dalam kontek ini MMI rasa wajar untuk kita berterima kasih kepada Timbalan Biro Strategik dan Polisi PPBM kerana hasil daripada keterujaan beliau untuk menghukum BN yang jelas tidak terlibat dan secara tidak langsung telah mendedahkan siapa sebenarnya Dr Jekyll and Mr Hyde yang sebenarnya.

Sebab itu MMI kata inilah WAYANG PACAK alaf baharu !

Mukhriz hang dah kantoi dah !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels