Followers

Thursday, 1 March 2018

Cerita Tentang Penahanan Kapal Jho Low & Pengakuan Kit Siang !


Apabila Tony Pua gagal menyekat saman Datuk Seri Najib yang berjaya mendapat 'interim injunksi' bagi menghalang si mulut celupar itu untuk terus membuat onar dan tohmahan terhadap beliau maka memekik melolonglah si Lim Kit Siang mempertikaikan keputusan mahkamah.

Tanpa disedari Lim Kit Siang yang tidak lagi mampu mengawal dirinya dalam lontaran sindiran itu terlepas cakap dan MENGAKU BAHAWA apa yang dikatakan sebagai SKANDAL 1MDB adalah TIDAK WUJUD !

Lim Kit Siang menulis di blog beliau; “Sebagai seorang Anggota Parlimen, saya terkejut dengan ‘notis perundangan’ itu. Bagaimanakah mahkamah boleh mengeluarkan ‘notis perundangan’ ke atas sesuatu yang tidak wujud?”

JELAS penulisan Lim Kit Siang itu telah pun menafikan semua tuduhan jahat pembangkang selama ini terhadap 1MDB dan Kit Siang secara tidak langsung sudah pun mengakui bahawa kenyataan oleh Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw sebelum ini yang menyatakan bahawa Najib tidak terlibat samada secara langsung atau tidak atas “salahtadbir dan tatakelola 1MDB” setelah pelbagai siasatan dilakukan adalah BENAR.

Then apa lagi yang nak JERIT-JERITKAN ?????

Tetapi sudah menjadi MAKANAN RUJI puak-puak pembangkang yang masih lagi menjadikan FITNAH itu sebagai makanan mereka maka isu penahanan bot milik Jho Low di Indonesia dikaitkan lagi dengan 1MDB.

Sedang hakikatnya yang MMI pasti tidak akan disebut oleh mana-mana pemimpin pembangkang sekalipun adalah Jho Low telah meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada Mei 2009 sebelum saham TIA diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan nama TIA ditukar kepada 1MDB.

Perkara ini disahkan oleh Arul Kanda sendiri dalam kenyataannya “Sebelum ia (1MDB) menjadi 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) telah ditubuhkan di mana pemegang sahamnya ialah Kerajaan Terengganu. Pada masa tersebut, Jho Low dilantik sebagai penasihat kepada TIA,” katanya.

Bagaimanapun, Arul berkata, Jho Low telah meletak jawatan pada Mei 2009, sebelum saham TIA diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan nama TIA ditukar kepada 1MDB.

"Jho Low tiada sebarang aktiviti di dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas untuk syarikat,” kata Arul Kanda pada 26 Mac 2016.

Dato Seri Haji Ahmad Husni Hanadziah, bekas Menteri Kewangan II dalam temubual dengan RTM1 pada Jun 2015 berkata, Jho Low atau nama sebenar Low Taek Jhow tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB.

“Jadi tidak timbul soal dana hilang dan dibayar kepada Jho Low’ tegas Ahmad Husni.

Secara jelas, nama Jho Low tidak timbul dalam mana-mana aliran tunai. Nama Jho Low hanya disebut oleh sebuah portal berita Sarawak Report tanpa bukti dan fakta.

Oleh sebab itu isu yang cuba dibangkitkan ini adalah isu terdesak pembangkang yang sudah hilang arah dan mereka dilihat hanya memutar kembali isu yang sudah pun disahkan sebagai TIDAK BENAR untuk meracuni pemikiran rakyat agar percaya dengan tohmahan paling jelek yang pernah pembangkang lakukan.

Berbalik kepada isu membabitkan penahanan bot milik Jho Low, MMI kata itu dia punya pasallah .. dia nak beli ka ! dia nak gadai ka ! atau dia terlibat dalam pengubahan wang haram ka SEMUA tu tidak membabitkan sebarang dana dari 1MDB.

Jho Low tidak ada kaitan dengan 1MDB !

Tetapi yang pasti dan harus dipercayai oleh semua pihak adalah kehilangan WANG RAKYAT sebanyak RM35 bilion akibat PERJUDIAN FOREX yang dihalalkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu. 

Puak-puak Pakatan Haprak dan Malaysiakini termasuk Sinar Harian tak mau ungkit bab Forex ni ka ?


MMI

4 comments:

  1. Mana2 negara bebas menyiasat, menyita dan merampas aset anak cina Jo lo ni, tiada siapa melarang. Apa yg penting duit IMDb satu sen pun tidak hilang, dan telah disahkan oleh pac yg mana dap adalah antara committeenya! so apa isunya? tiada issue!

    ReplyDelete
  2. Kepada Najib jgn ambil mudah kenyataan RPK, mungkin ada benarnya? mungkin anda boleh hayati memoirs Kuok, mungkin banyak bende yg tersirat? Hanya Allah yg maha mengetahui. Ramai yg tak kenal billionaire misteri yg pernah hidup zaman komunis dahulu terutama young generation. Hanya Allah yg mengetahui! Juga hati2 dgn the rest of billionaires yg rapat dgn Mahathir?

    ReplyDelete
  3. Rakyat merayu kerajaan melantik peguam berpengalaman spt Shafie Abdullah sbg pendakwa dlm kes banglo anak kesayangan lks ni. Ini utk memastikan silicik ini tidak terlepas dan mendapat hukuman semaksimum mungkin, insyaAllah dengan izin Nya. Rakyat dah tak sabar nak tunggu proceeding bermula!

    ReplyDelete
  4. rakyat berharap kerajaan bertindak tegas kepada sesiapa yang menimbulkan keresahan kepada orang ramai tidak kira melalui fitnah atau mengunakan sentimen agama demi memastikan keadaan negara dalam keadaan selamat untuk semua

    ReplyDelete

Labels