Pembangkang dari blok Pakatan Haprak jelas telah mempamerkan sikap sebenar mereka dalam proses pengundian berkenaan usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Tahun 2018 yang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Usul tersebut lulus selepas undian belah bahagian yang menyaksikan 129 undi menyokong dan 80 menentang dan antara yang menyokong usul tersebut adalah Ahli Parlimen Bebas Tan Sri Khalid Ibrahim.
Yang paling penting sekali dalam keputusan ini adalah bagaimana kita melihat usaha kerajaan BN yang sebenarnya menitik beratkan kepada soal rakyat kerana persempadanan ini bukanlah dilakukan atas sebab politik tetapi ianya mensasarkan kepada keperluan rakyat seluruhnya.
Pembangkang semahunya tidak mahu rakyat faham dan sedar bahawa keputusan persempadanan ini adalah untuk kebaikan mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perubahan yang disyorkan dalam kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya akan membolehkan wakil rakyat menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan di kawasan masing-masing.
Menurut beliau, perubahan tersebut memberi kelebihan kepada wakil rakyat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan masing-masing.
“(Ia) sekali gus menafikan persepsi dan dakwaan yang tidak benar dan tidak berasas bahawa syor-syor ini hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja,” katanya ketika membentangkan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di Dewan Rakyat hari ini.
Perkara pokoknya adalah soal PERKHIDMATAN dan sudah pasti sebagai sebuah kerajaan yang komited dengan keperluan rakyat hal seumpama ini perlu ditangani dengan sebaiknya kerana apa jua keputusan sekalipun ianya akan berbalik kepada rakyat.
Jika keputusan ini ditolak maka yang menjadi mangsa adalah rakyat dan apabila keputusan ini diluluskan maka kerajaan sebenarnya sudah melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan setiap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri mampu menunaikan tanggungjawab mereka dengan lebih efisien terhadap rakyat.
Apa lagi yang mahu dimomokkan pembangkang ? Soal ketelusan ?
Jangan lupa sewaktu proses pengundian berlaku, Azmin Ali sendiri tidak berada dalam Dewan so kenapa pembangkang terjerit-jerit ?
Pakatan Haprak sebelum ini sudah pun mengheret SPR ke mahkamah kerana tidak berpuas hati terhadap syor persempadanan semula tetapi SPR telah menyediakan satu platform untuk semua pihak mengemukakan bantahan terhadap mana-mana syor persempadanan seperti yang dipaparkan.
Akhirnya keputusan mahkamah berpihak kepada SPR membuktikan bahawa SPR telah melaksanakan tugas ini berlandaskan kepada prinsip-prinsip yang telah diperuntukkan oleh Lembaga Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi di Negara ini,
Apa lagi yang puak pembangkang nak buktikan ?
Tengok dan dengar betul-betul penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia cukup jelas sekali !
Namun puak-puak buta hati ini terus melalak dan cuba pula untuk kaitkan 1MDB untuk panaskan keadaan selebihnya apa ?
Sengaja nak tunjuk hero kononnya merekalah yang lebih hebat dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat dan akhirnya Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan peraturan mesyuarat 44(2) mengarahkan veteran politik DAP itu keluar kerana terus mempertikai laporan atau syor persempadanan semula.
Tak cukup lagi masih nak tunjuk pandai Kit Siang pertikai pula kuasa Speaker sehingga akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said kemudian membacakan usul menggantung ahli parlimen Gelang Patah itu di bawah peraturan mesyuarat 44 (3).
Usul berkenaan disokong Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim dan diputuskan dengan lebih suara yang menyokong.
SILA KELUAR .. Cukup berhemah layanannya
Rumusannya apa yang dibangkitkan adalah berkenaan persempadanan semula dan perlu rakyat seluruhnya tahu bahawa rekod menyatakan Persempadanan Semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pembangkang juga pernah memenangi enam negeri sebelum ini.
Malah Persempadanan Semula ini juga telah dilakukan 14 kali dan enam kali ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jadi mengapa ia perlu dijadikan sebagai isu ?
Sebab puak-puak Pakatan Haprak bukanlah kalangan mereka yang mahu berkhidmat untuk rakyat sebaliknya hanya mengejar kedudukan dan kuasa politik untuk kepentingan dan agenda masing-masing.
MMI
No comments:
Post a Comment