Followers

Sunday, 22 April 2018

Cucu Tokoh Komunis Melayu Wakili DAP Bertanding Dalam PRU14

 

Tak menjadi satu kesalahan kepada mana-mana pihak sekalipun untuk bertanding dalam pilihanraya kerana prosesnya jelas dan hanya perlu mengikut peraturan serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak SPR Malaysia.

Dalam erti kata lain ianya tidak terhala kepada sekumpulan ahli politik tertentu sahaja dan perkara ini sebenarnya turut membuktikan bahawa sistem pilihanraya di Malaysia adalah amat telus dan terbuka.

Sebab itu kita sering kali mendengar dan melihat adanya calon-calon dari BEBAS yang bertanding.

MMI secara umumnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mana-mana pihak yang nak menawarkan diri sebagai calon mewakili parti politik masing-masing. Cumanya sebagai pemilih yang berdaftar atau sebagai warganegara Malaysia, MMI turut punya hak untuk meneliti dan menilai setiap daripada calon yang menawarkan diri serta parti politik yang diwakili mereka.

Perkara ini penting kerana keputusan yang bakal kita buat pada hari mengundi nanti adalah satu keputusan yang akan membentuk lanskap negara yang merangkumi soal politik, ekonomi, pembangunan, keselamatan, kebajikan, budaya dan lain-lain.

Apatah lagi Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan, sebarang keputusan yang mahu dilakukan perlulah diteliti berdasarkan kepada soal fakta dan analisa yang menjurus kepada hal-hal berkaitan.

Satu kesilapan sama ada dari soal pemahaman mahupun kecelaruan emosi bakal menyebabkan institusi negara khususnya Perlembagaan Persekutuan yang punya jiwa dan roh tersendiri akan terjejas.

Bukan perkara main-main dan kerana itu MMI melihat kehadiran seorang wakil dari parti DAP yang dilabel oleh portal pro pembangkang sebagai cucu kepada tokoh komunis adalah satu perkara yang seharusnya diadili dengan berhati-hati khususnya oleh orang-orang Melayu.

Bukan soal cucu itu sangat tetapi soal keterujaan si cucu terhadap dasar Malaysian Malaysia dan kepercayaannya terhadap ideologi dan prinsip parti DAP itu sendiri.



“Bagi saya beliau (Shamsiah Fakeh) adalah pejuang negara. Beliau adalah idola saya,”kata Jamaliah.

Ketika ditanya apakah sebab beliau menyertai DAP, Jamaliah berkata sebab utamanya adalah perjuangan sama rata yang diperjuangkan parti itu, iaitu ‘Malaysian Malaysia’.

“Salah satu sebab utama adalah kerana saya percaya ideologi dan prinsip parti khususnya ‘Malaysian Malaysia’,”

Jamliah Jamaluddin, calon DAP DUN Bandar Utama.

Well guys ... as people of Malaysian, sudah tentu sebahagian daripada orang-orang tua kita pernah terlibat secara langsung dalam krisis yang dicetuskan oleh PKM.

Sama ada terlibat secara langsung atau pun tidak kekejaman PKM amat dasyat sekali dan ada yang telah gugur akibat daripada perjuangan rimba berideologikan komunis itu.

Soalnya apakah kita mahu melihat gerakan serta ideologi komunis ini kembali menguasai segenap ruang di bumi bertuah Malaysia ?

Jamliah tak salah tapi pegangan ideologi dan keterujaannya amat membahayakan maka berhati-hatilah kerana komunis alaf baharu tidak lagi bersembunyi di hutan belantara sebaliknya mereka berada di sekeliling kita malah ada yang sudah berpelukan.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels