Raja segala putar belit .. Siapa lagi kalau bukan DAP dan rakyat Malaysia sudah pun dipertontonkan lakonan penuh gaya Dinasti Lim apabila bermulut manis dalam hal-hal tertentu tetapi bermuka-muka sekiranya pihak yang bersama itu tidak tunduk kepada pucuk pimpinan.
Ceritanya gila ! Mana mungkin seseorang itu boleh bersifat menyokong jika perkara yang berlaku itu adalah sekadar tuduhan politik jahat tanpa bukti yang sah.
Begitulah yang berlaku terhadap sesetengah pemimpin dalam DAP !
Apa yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang digugurkan sebagai calon Dap bagi mempertahankan kerusinya pada pilihan raya akan umum akan datang adalah sebahagian gambaran erti demokrasi dalam kamus parti Dap.
Ini bukalanlah suatu senario yang luar biasa.. lihat sahaja apa yang berlaku sebelum ini terhadap beberapa wakil rakyat Dap seperti mana di Melaka dan Pulau Pinang.
Mengulas perkara tersebut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan kelantangan Dr Tan Sen Giaw dalam menyatakan perkara yang sebenar dalam isu yang berhubung kait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan Dap panas punggung dan mungkin kerana itu menyebabkan Tan Seng Giaw tidak tersenarai sebagai calon pada PRU kali ini.
Sedangkan menurut beliau Dr Tan yang merupakan bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memberitahu perkara yang betul dalam siasatan 1MDB sebelum ini berhubungkait tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan 1MDB.
“Bacaan kita daripada apa yang berlaku terhadap Dr Tan itu adalah gambaran dan petunjuk kepada demokrasi di dalam Dap yang hanya mengikut telunjuk pimpinan atasan. Kenyataan bertentangan Dr Tan dengan apa yang dijaja dan diwar-warkan oleh barisan pembangkang khususnya kalangan pimpinan Dap menyebabkan Dr Tan kini senasib dengan rakan-rakan beliau yang diambil tindakan sebelum ini.
“Kalau kita tengok sejarah demokrasi mereka… di Melaka, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, dan pengerusi Dap Melaka yang juga ADUN Duyong, Goh Leong San digantung setahun atas dakwaaan berulangkali membuat kenyataan yang merosakkan reputasi parti.
“Dan di Pulau Pinang, pula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu diberikan tekanan gara-gara mengulangi gesaan supaya tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal saja. Apakah ini budaya demokrasi mereka. Teguran yang diberi ‘balasan’ pula yang diterima,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Shamsul Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya menjelaskan soal demokrasi bagi Dap mempunyai tafsirannya tersendiri dalam usaha menghalalkan segala tindakan dan perbuatan mereka.
“Bercakap tentang demokrasi merekalah kononnya juara…bercerita soal hak dan demokrasi juga merekalah juaranya…soal demokrasi jugalah dijaja dalam usaha meyakinkan rakyat terhadap mereka.
“Namun apa yang berlaku terhadap pendokong dan penyokong serta kepimpinan mereka adalah sebaliknya. Inilah wayang hebat mereka…kepada rakyat kita nilai dan lihatlah permainan politik Dap ini,” ujarnya. umno online
No comments:
Post a Comment