Followers

Saturday, 21 July 2018

PRK Sungai Kandis Jangan Silap Pilih !


Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis secara sahnya telah bermula apabila Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada siang tadi telah mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding.

Tiga calon bakal berentap dalam PRK kali ini dan mereka terdiri daripada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam, 45, dan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, 48, dan seorang calon Bebas, pesara kerajaan berusia 60 tahun, K Murthy.

Sudah tentunya PRK kali ini berbeza dengan sebelumnya kerana BN turun sebagai pembangkang.

Ada di kalangan rakyat Malaysia melihat jumlah majoriti yang diperolehi oleh bekas penyandang terlalu besar untuk memberikan kelebihan kepada calon BN pada kali ini.

Namun dalam semua pandangan itu ianya berakhir dengan kata-kata bahawa rakyat sedang membuat perhitungan semula dan mereka rata-ratanya sudah mula memikirkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini sebenarnya adalah kerajaan yang gagal sama sekali khususnya dalam mengotakan janji mereka.

Kelemahan yang telah diperlihatkan seantario dunia kini dianggap sebagai kudis yang amat menyakitkan khususnya bagi rakyat dan sesuatu perlu dilakukan segera agar kudis itu tidak merebak sehingga menjadi barah yang mampu membawa maut.

Hati-hati wahai pengundi Sungai Kandis kerana watak PKR yang diperlihatkan kepada kamu itu belum tentu wajah sebenar dan contohnya sudah diperlihatkan kepada kita semua.

Lihat sahaja bagaimana seorang menteri boleh mempersendakan puluan ribu rakyat yang menerima BR1M, bait-bait perkataan yang keluar dari mulut menteri itu sudah terlalu berbeza daripada sebelum nya.

Sebab itulah PRK Sungai Kandis adalah medan yang begitu penting kepada rakyat, silap percaturan ramai yang hanya mampu tersenyum kelat seperti mana yang telah berlaku pada PRU14 yang lalu.

Calon BN PRK N49 Sungai Kandis, Dato’  Lokman Noor Bin Adam dalam satu surat terbukanya kepada seluruh pengundi di Sungai Kandis menulis ....

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Saudara-saudari sekalian. Hari ini saya telah diamanahkan oleh Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional serta Kepimpinan UMNO Kota Raja untuk bertanding mewakili Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil DUN N49 Sungai Kandis. Sungguhpun amanah ini sangat berat, namun saya yakin, berkat gerak kerja yang tersusun dan strategi yang betul, serta dengan sokongan saudara-saudari sekalian, misi mustahil ini pasti mampu kita tukar menjadi kemenangan.

Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil ini sangat penting kerana ianya pilihanraya yang pertama selepas Pakatan Harapan menjadi pemerintah negara ini.  Pilihanraya ini umpama referendum rakyat samaada mereka berpuashati dengan janji-janji yang telah dimungkiri atau bangkit menghukum Pakatan Harapan dipeti undi.  Pakatan Harapan juga akan diadili samaada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu redho melihat Institusi-institusi Islam diperlekeh, hak istimewa orang Melayu diperkotak-katikkan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dipersenda serta Kedudukan Raja-Raja Melayu yang mula dipersoalkan, malah diaibkan dengan fitnah melampau. 

Saya terima amanah berat ini dengan kepercayaan bahawa Allah swt sentiasa bersama orang-orang yang benar.  Langkah kita di Sungai Kandis kali ini harus dijadikan langkah pejuang yang akan membela nasib rakyat, bukan hanya di Sungai Kandis, malah sebahagian besar rakyat Malaysia seluruh negara yang merasa tertipu dengan janji manis Pakatan Harapan dan yang termakan fitnah yang kini jelas hanya rekaan.

Ayuh kita bangkit memberikan yang terbaik bagi memastikan kemenangan rakyat ini!  Bagi teman-teman yang berkelapangan,  diharapkan dapat hadir bersama saya di Majlis Penamaan Calon yang akan berlangsung di Dewan Teratai, Seksyen 19 Shah Alam, Selangor esok 21hb Julai, 2018. Berkumpul Jam 7.00 pagi dengan memakai baju warna biru BN.

Salam Perjuangan!

Dato’  Lokman Noor Bin Adam
Calon BN PRK N49 Sungai Kandis
20hb Julai, 201

Apa jua yang bakal berlaku selepas ini, percayalah ..... Sungai Kandis adalah permulaan untuk mengembalikan MARUAH RAKYAT yang terhina dengan permainan FITNAH sehingga rakyat menjadi KELDAI TUNGGANGAN Pakatan Harapan.

Pilih mereka yang mengiktiraf  MANIFESTO sebagai JANJI !

Siapa lagi kalau bukan Dato' Lokman Noor Bin Adam  
Calon BN PRK N49 Sungai Kandis

MMI

3 comments:

  1. Setuju. Jangan nak try2 ini kali. Akibat try pada PRU14, negara di ambang kehancoran. Pengundi mesti berfikiran rasional. Tolak parti yg terang-terangan memungkiri janji manifesto sendiri. Jangan bersubahat dgn para munafik!!

    ReplyDelete
  2. PH pakatah dajal LAKNATULLAH!!
    semoga Allah hancurkan ph..selumatnya!!

    ReplyDelete
  3. Kpd pengundi ph...kalau rasa nak bagi pemimpin korang goyah dgn memperlekehkan janji2 mrk baik undi bn prk ni.Bagi isyarat sikit agar mrk tersedak.

    ReplyDelete

Labels