Followers

Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Friday, 7 December 2012

Apa Hal Lagi Abby ????


Inilah orang kata... sembang je deras , tapi bila nak ajak ke sana terus beri macam-macam alasan . 

Itu lah Ostazah Abby Abadi ..

Sebelum ini bukan main lagi  cakap  ahli partinya  sedia jihad jika dihantar ke Gaza , tapi bila diundang ( sendiri mengaku) terus bagi alasan program ceramah2  PAS nya lebih penting lagi  .

Orang kalau betul2 ikhlas nak bantu rakyat Palestin , tak cakap besar seperti puak-puak PAS  dan terus je tawarkan diri untuk pergi . 



Heliza ni pun pegi Gaza gak ker ?

Ikuti cerita selanjutnya di Generasi Pejuang Bangsa

MMI.

Friday, 30 November 2012

Viva Palestin !!


Pertama sekali MMI nak ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepimpinan negara kerana sokongan dan dokongan kita selama ini terhadap bumi Palestin akhirnya Palestin MERDEKA !

Walaupun sumbangan kita boleh dikira kecil namun ianya memberikan satu kejayaan buat seluruh umat Islam khususnya.MMI juga yakin kepada mereka yang bukan Islam tetapi membenci keganasan sudah pasti turut sama merasai kemerdekaan ini.

Paling utama SYABAS kepada seluruh rakyat Palestin dan barisan pimpinannya kerana tidak pernah luntur semangat dalam perjuangan mempertahankan bumi sendiri.

JERUSALEM: Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun. 

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012. 

Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung. 

Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir. - AP.

Kepada seluruh umat dan negara Islam inilah masanya kita perlu membantu dan mempergiatkan sokongan terhadap Palestin.Sebagai sebuah negara yang diiktiraf oleh badan dunia PBB maka maruah negara Palestin semestinya menjadi maruah kepada negara Islam lainnya di seluruh dunia.

Islam sudah mula bangkit !!

MMI.

Thursday, 29 November 2012

JIHAD Kelab Putera 1Malaysia


Sukarelawan yang akan menyertai misi kemanusiaan 'Road to Gaza' anjuran Kelab Putera 1Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia pada 5 hingga 14 Disember ini diingatkan bahawa pemergian mereka berpaksikan jihad atau fisabilillah.

Sehubungan itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bagi sebarang kemungkinan yang berlaku, mereka tidak harus menuding jari kepada pihak penganjur mahupun kerajaan.

''Bagaimanapun, kita akan melakukan semua perkara terutama daripada segi keselamatan mengikut prosedur operasi standard yang sedia ada.

''Sebanyak 28 misi kita sudah pergi, ini misi yang ke 29. Jadi kita akan lakukan yang terbaik berdasarkan pengalaman yang kita ada,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran misi itu oleh oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Tabung Amanah Palestin, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun dan Presiden Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk Irwan Shah atau DJ Dave.

Menurut Abdul Azeez, misi kali ini sangat merbahaya kerana bukan sahaja Gaza yang sedang bergolak, malah Mesir sebagai pintu laluan untuk ke sana turut ditimpa masalah dengan beberapa siri demonstrasi yang melanda negara itu.

''Saya hendak ingatkan kepada sukarelawan-sukarelawan yang mengikuti misi ini, kita bukan pergi berkelah, melancong atau berjalan-jalan. Segala akibat yang mungkin boleh berlaku adalah atas inisiatif sendiri dan tanggungjawab sendiri.

''Jangan nanti jika berlaku sesuatu, ada isteri, ibu atau bapa yang cuba menyalahkan mana-mana pihak terutama pihak kerajaan atas kehilangan ahli keluarga mereka,'' katanya.

MMI mendoakan semoga semuanya berjalan lancar dan semua sukarelawan kita selamat kembali.

Psstt kalau ada peluang nak juga MMI turut serta..

MMI.

Tuesday, 27 November 2012

PANAS OSAMA Hargai Perjuangan UMNO Membela Palestin ?!


Osama diberitakan menghargai perjuangan Malaysia membela Palestin selama ini ? Apa benar berita yang MMI dengar ini ? Pastinya di saat ini kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat sudah pasti memberikan tumpuan terhadap kenyataan tersebut.Apakah Malaysia pernah terlibat mahupun mempunyai rangkaian bersama Osama selama ini ?

Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya baca kenyataan di bawah,

Hamas menghargai peranan dan sokongan UMNO terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara itu daripada cengkaman rejim Zionis Israel.

Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan berkata, UMNO juga banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Jelas beliau, UMNO sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

"Dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza baru-baru ini, kita dapat melihat kerajaan Malaysia dan UMNO menyatakan kecaman terhadap Israel.

"Kami amat menghargai sokongan pemimpin Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas majlis Forum Antarabangsa UMNO 2012 yang dirasmikan Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.


Hamdan merupakan seorang daripada ahli panel dalam forum sempena Perhimpunan Agung 2012 bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang itu yang bermula hari ini hingga esok.

Berhubung fenomena 'Arab Spring' yang membawa kepada peralihan kuasa pemerintahan di beberapa negara di Asia Barat, beliau memberitahu, negara-negara terbabit perlu menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang sedang dihadapi ketika ini.

Tambah Hamdan, negara-negara yang dilanda fenomena 'Arab Spring' memerlukan masa lima hingga 10 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

"Proses peralihan kuasa tidak dapat dilakukan dalam masa sehari, namun kita dapat lihat ada kemajuan dari segi politik di Mesir dan Tunisia," ujarnya.

Dalam masa sama, beliau percaya perubahan senario politik yang berlaku di rantau Asia Barat akan membawa kepada kerjasama yang lebih erat antara negara-negara Arab dan dunia Islam.

MMI tumpang bangga dengan penghargaan tersebut dan ianya membuktikan bahawa selama ini Malaysia yang sentiasa komited dalam sebarang usaha bagi membantu rakyat dan negara Palestin dihargai.

Malah peranan Malaysia semakin di tagih oleh beberapa negara contohnya pendamaian di Filipina dan terbaru Thailand juga turut memohon kerjasama Malaysia bagi mencari jalan menyelesaikan konflik yang berlaku.

Semoga Malaysia terus sukses !!

MMI.

Wednesday, 21 November 2012

Mayat Perisik ISRAEL Di Heret Sekitar GAZA


Menurut sumber enam lelaki yang didakwa sebagai 'perisik Israel' telah dibunuh dan mayatnya diheret melalui jalan-jalan bandar Gaza oleh sekumpulan lelaki. Ketika pengumuman Israel yang memberikan amaran kepada rakyat Palestin untuk mengosongkan beberapa wilayah kerana mereka akan melakukan serangan darat.

Seorang saksi berkata , enam perisik tersebut ditahan dan dibawa ke sebuah persimpangan jalan di utara bandar dimana mereka kemudiannya ditembak kerana memberikan maklumat risikan yang membantu Israel mengetahui kedudukan tokoh-tokoh utama Hamas dan Jihad Islam untuk dijadikan sasaran oleh pesawat pejuang mereka.

Nama keenam-enam lelaki tersebut telah dipaparkan di sepanjang jalan raya selepas mereka disoal siasat oleh pegawai keselamatan Hamas tentang siapa yang memberi maklumat dan menjadi 'pemberi maklumat' untuk menentukan sasaran serangan yang tepat sehingga mengorbankan 118 nyawa rakyat Palestin.

Hampir separuh daripadanya adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, - dalam tempoh tujuh hari operasi ketenteraan.


Sejauh mana mereka itu benar-benar perisik MMI sendiri tak pasti kerana rakyat Palestin lebih mengetahuinya.Sekiranya mereka itu sememangnya perisik dan warga Israel MMI turut menyokong  tindakan yang dilakukan kerana puak-puak ini sememangnya bangsat.

Namun persoalan yang bermain di fikiran MMI , sekiranya mereka itu merupakan bangsa  dan rakyat bumi palestin sendiri ? Jika benarlah mengapa masih ada mereka-mereka di luar sana yang sanggup menjadi tali barut kepada musuh bangsa dan agama sendiri ?

Apakah mereka langsung tidak memikirkan kesan dan akibat yang bakal diterima oleh bangsa sendiri ?

Jangan lupa saudara sekelian , bumi Malaysia juga tidak dapat lari daripada mereka-mereka yang sebegini.Lihat saja bagaimana SUARAM dalam isu kapal selamnya dan segelintir dari bangsa yang seagama dengan kita turut menjadi tali barut kepada Rejim Zionis yang kini semakin galak mahu melihat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia di musnahkan.

Pesanan MMI , hati-hatilah dalam membuat pilihan kerana masa depan bangsa dan agama terletak di tangan kita.


Wahai Anak BangsaKu
Ingat Asal UsulMu
Ingat Adat Ingat Wasiat
Ingatlah Kita Melayu

Tak Melayu Hilang Di Dunia
Tak Melayu Hilang Agama
Tak Melayu Derhaka Pada Rajanya
Tak Melayu Hilang Di Dunia

Jaga Adat Jaga Martabat
Jaga Syarat Jangan Berpuak
Jaga Budaya Kita Kaya
Jaga Usul Kita Menyusul

 MMI.

Labels