Followers

Friday, 24 July 2015

Bila SI KAFIR Lebih ISLAM Dari Hadi Awang !! PAS Tunggu Apa Lagi ??


Sebagai pemimpin politik yang paling lama dalam Malaysia , rasanya mungkin Kit Siang antara pemimpin yang punya banyak pengalaman untuk dijadikan sebagai pedoman dalam tiap langkah yang diambilnya.Apatah lagi dunia pada hari ini jauh bezanya dengan dunia sebelum ini , jika dulu siri ceramah adalah medium paling popular untuk menyampaikan maklumat kini segala-galanya dihujung jari.

Dua perbezaan yang jelas telah merubah ekosistem politik negara kita.Maklumat sama ada benar atau tidak bergerak begitu pantas sekali hingga sebahagiannya menjadi barah kerana punya unsur fitnah dan pembohongan.

Apa pun perbezaan itu merupakan hukum alam , bila mana manusia semakin bijak dan mampu menghasilkan teknologi atau kemajuan maka ianya akan turut sama berubah mengikut satu-satu kemajuan itu.

Namun dalam beberapa perkara ianya tidak boeh disamakan dengan perubahan atau peningkatan kemajuan melainkan ia punya niat dan cara yang tidak betul.

Inilah yang sedang berlaku dalam pasukan pembangkang akibat daripada pergolakan dalaman yang telah menyebabkan Pakatan Rakyat akhirnya terkorban.

Perbezaan ideologi politik yang cuba di garap semahu mungkin dalam Pakatan Rakyat tidak mampu bertahan malah garapan itu bukan sahaja GAGAL tetapi turut menjadi penyebab kepada perpecahan parti di dalamnya.

PAS menjadi mangsa paling terjejas disebabkan cubaan berkongsi ideologi politik yang jelas songsang sejak dari awal lagi.KALAMnya PAS berpecah dan kerana perpecahan itulah hari ini pemimpin DAP bukan sahaja tidak menghormati kepimpinan PAS tetapi turut bertindak kurang ajar malah lebih dasyat dari itu. 
KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan nilai keislaman dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
Beliau mendakwa Abdul Hadi yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa dan Mustafa sebagai ahli politik penipu dan tidak bermoral.
“Adakah perpisahan politik menjadi justifikasi bagi penggunaan taktik yang paling tidak bermoral, tidak beragama dan tidak berprinsip , termasuk pembohongan dan kepalsuan untuk menyerang lawan.
“Ini sudah tentu bukan ajaran Islam atau mana-mana agama di negara ini. Ini adalah sesuatu yang paling tidak bermoral dan tidak beretika,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Mustafa mengkritik kepimpinan DAP di Kuala Terengganu, Terengganu semalam.
Kit Siang seterusnya mendakwa, antara punca pakatan rakyat berkubur kerana kepimpinan tertinggi PAS itu belum bersedia untuk menjadi pemimpin politik yang boleh dipercayai, komited dan setia.
Justeru, katanya, beliau menasihatkan pemimpin DAP tidak mengikut perangai Abdul Hadi dan Mustapha sebaliknya sentiasa berprinsip, beretika dan tidak menyebakan pembohongan kepalsuan serta fitnah. -mynewshub
Huh MMI cuma nak tanya kepada pengikut-pengikut PAS , betul ker pemimpin DAP sentiasa berprinsip , beretika dan tidak menyebarkan pembohongan palsu dan fitnah ???????

Kit Siang pertikai nilai keislaman terhadap 2 pemimpin tertinggi parti PAS ! Ampa tengok saja ka ??

Naik meloya MMI dengar ... Kepada pimpinan PAS , ampa semua tunggu apa lagi ???? Masih nak bersama dengan DAP ka ??? Adoiii ... Benak sungguh !

MMI

Justo Dedah Harga Untuk Jatuhkan Kerajaan Malaysia !


Sejak dari awal lagi isu melibatkan 1MDB dilihat sebagai usaha terdesak pihak-pihak tertentu yang punya kepentingan untuk menyerang kredibiliti dan integriti kepimpinan YAB Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

Kerana itu tumpuan lebih diarahkan kepada usaha yang dibuat oleh kerajaan dalam mendepani masalah ini.Ringkasnya apa jua tuduhan mestilah berdasarkan bukti bukan sekadar persepsi dan spekulasi yang diwujudkan.

Apa pun serangan demi serangan yang dilakukan terhadap 1MDB akhirnya mula memakan diri apabila seorang bekas kakitangan PetroSaudi di tangkap oleh polis negara Thailand.Serentak dengan itu pelbagai maklumat mula muncul mendedahkan sesuatu yang amat mengejutkan iaitu gerakan terancang anasir-anasir bangsat sama ada dari dalam mahupun luar negara yang mahu menjahanamkan negara yang kita cintai.

"Semasa soal siasat, Justo mengatakan nama beberapa rakyat Malaysia yang dikatakannya meminta untuk memanipulasikan fakta daripada maklumat yang dimuat turun daripada sistem komunikasi PetroSaudi," seterusnya 

Hakikatnya Malaysia sedang diserang dan kita sebagai rakyat seharusnya sedar betapa kritikalnya situasi ini jika kita turut sama terpesong dan terpukau dengan permainan licik mereka-mereka ini.

Perkembangan terkini pula amat mengejutkan sekali apabila Justo mendedahkan harga yang sanggup di bayar kepada beliau oleh pihak terlibat dalam usaha untuk MENJATUHKAN KERAJAAN MALAYSIA !

The TRUTH !

Kali pertama bercakap dengan media... Warga Swiss Xavier Andre Justo - yang kini ditahan di penjara di Thailand kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi, mendedahkan bahawa dia dijanjikan RM7.6juta (USD2juta) sebagai pertukaran untuk data diambilnya dari bekas majikannya.

Dalam interbiu di penjara Thailand dengan akhbar Singapura The Straits Times Justo bagaimanapun mendakwa beliau tidak pernah menerima bayaran yang dijanjikan oleh ahli perniagaan terkenal dari Malaysia itu.

Justo mendakwa perjanjian itu dipersetujui di Singapura pada Februari lalu berhubung penjualan dokumen, yang diikuti dengan perbincangan panjang tentang bagaimana beliau akan dibayar.

Semua individu yang ditemuinya di Singapura untuk berunding penjualan data telah dinamakan dalam pengakuan 22 muka surat Justo dibuat kepada polis Thailand.

Dia menunjukkan salinan pengakuan kepada The Straits Times.

"Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura, supaya wang yang dibayar secara terus dari akaun (pembeli)," kata Justo.

"DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi dalam nama peribadi saya sendiri tetapi ditolak oleh (pembeli) kerana menggunakan nama saya di atasnya."

"Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan beliau (pembeli) menolak, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan sekali lagi (pembeli) enggan," katanya.

Justo mendakwa pembeli tersebut "menawarkan untuk membayar saya dengan wang tunai".

Beliau berkata: "Saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu untuk menerima sampul surat dengan beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu, dan mengulangi proses tersebut selama berbulan-bulan sehingga selesai dan saya menolak. . "

Justo berkata, bahawa pengakuan itu disokong oleh dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli.

"Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya telah dengan (mereka)."

Kemudiannya Justo mendakwa Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bersetuju untuk menerima USD2juta daripada pembeli dan menghantar kepadanya USD250,000 (RM952,000) sebulan untuk perkhidmatan perundingan.

"Saya tidak tahu sama ada beliau menerima wang atau tidak, (kerana) saya ditahan," katanya.

Menurut The Straits Times, mereka mewawancara Justo, di sebuah pejabat kecil di dalam penjara Bangkok, juga mendakwa bahawa kumpulan yang telah bertemu dengannya di Singapura - termasuk editor Sarawak Report- telah 'mengubah' data yang diberikan kepada mereka.

"Saya beri dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau. "Saya boleh mengatakan bahawa saya beri dokumen kepada dua kumpulan," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown dan "lelaki IT beliau" dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia dan rakannya.

Jelas akhbar harian Singapura itu mereka tidak menamakan ahli perniagaan dan juga rakan sekerja sementara menunggu jawapan mereka kepada dakwaan tersebut.

Justo mendakwa bahawa orang-orang yang ditemuinya bercakap mahu menggunakan dokumen tersebut "untuk cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk "mengubah suai dokumen".

Justo, 48, bercukur licin, kelihatan dijaga dengan baik dan tenang. Dia berpakaian penjara berwarna biru dan seluar pendek biru gelap. Bercermin mata membaca, dia menunjukkan The Straits Times pengakuannya, yang ditulis padat dalam huruf besar lebih daripada 22 muka surat. Menurutnya, pangakuan itu sukarela.

Justo berdepan hukuman sehingga tujuh tahun penjara dan denda jika didapati bersalah memeras ugut. Beliau mengharapkan hukuman penjara ringan memandangkan telah bekerjasama, kata peguamnya Pranot Kalanuson kepada The Straits Times.

Jurucakap polis Thai, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri, berkata pada hari Rabu bahawa Justo mesti dibicarakan dulu di mahkamah Thailand atas tuduhan memeras ugut sebelum dia boleh diekstradisi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tiba di Bangkok Khamis untuk cuba untuk menemubual Justo. -AgendaDaily 

Pendedahan oleh Justo itu merupakan sesuatu yang cukup berbahaya kerana ia melibatkan bukan satu atau dua individu tetapi lebih daripada itu malah mungkin punya pasukan sokongan yang besar.Kerja-kerja sabotaj dan usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui tindakan yang langsung tidak beretika itu juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.

Siapa mereka ? Siapa orang hubungan dari dalam negara ? Apa tujuan dan motif mereka untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia ? Dari mana sumber kewangan mereka ?

Banyak perkara kini mula berlingkar dan mencetuskan persoalan-persoalan baru dan sesuatu yang pasti ada lebih dari satu DALANG dan BARUA yang terlibat dalam gerakan ini !!

MMI

Labels