Followers

Saturday 5 November 2011

Berita Dari Tasek Gelugor -Sumbangan Lembu Korban Sempena Ibadah Korban


Sempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha ini seluruh masyarakat Islam khususnya di Malaysia melakukan ibadah korban.Ibadah yang dijalankan pada setiap kali menjelang Hari Raya Korban ini turut dilakukan oleh sebahagian besar masyarakat di Tasek Gelugor. 

Pada 30 Oktober 2011 bertempat di Masjid Pajak Song Kepala Batas telah berlangsungnya satu Majlis Sumbangan Lembu Korban kepada kepimpinan masyarakat diseluruh Parlimen Tasek Gelugor yang disempurnakan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

YB Tan Sri pada tahun ini telah bermurah hati untuk menyumbangkan sebanyak  83 ekor lembu dan sumbangan ini telah diberikan kepada semua JKKKP,Peti Undi,Masjid dan badan-badan terpilih dalam Parlimen Tasek Gelugor.

Bagi badan-badan terpilih ini YB Tan Sri telah memberikan sumbangan kepada semua Balai Polis disetiap KADUN dalam parlimen Tasek Gelugor,Pengkalan TUDM dan Persatuan Bekas Pesara Tentera sebagai menghargai jasa dan peranan mereka dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat Tasek Gelugor dan negara Malaysia.






Dalam ucapan YB Tan Sri , beliau telah menyatakan bahawa dalam keadaan hari ini masih terdapat negara-negara didunia yang masih terhimpit oleh kerana faktor ekonomi ataupun kestabilan politik yang tidak menentu.Ini dapat dilihat dengan jelas seperti negara Mogadishu yang sentiasa huru hara kerana terlibat dengan perang saudara,Palestin kebebasan rakyatnya disekat,Mesir terlibat dengan demontrasi yang meruntuhkan kerajaan dan kesannya sehingga hari ini rakyatnya makin tertekan serta banyak lagi contoh-contoh lain.Ini semua berlaku kerana  mereka tidak dapat mengekalkan kestabilan politik dan seterusnya menyebabkan ekonomi negara merundum.Kesannya adalah kepada rakyat.

Namun di Malaysia kita masih bersyukur kerana kestabilan politik dan ekonomi masih dipertahankan dan diuruskan oleh sebuah kerajaan yang cekap dan prihatin iaitu kerajaan Barisan Nasional.Hasilnya kita rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang cukup aman dan selesa.

Sumbangan lembu korban ini merupakan salah satu bukti bahawa dinegara kita masyarakatnya sentiasa hidup dalam keadaan yang harmoni dan kita semua umat Islam di Malaysia akan menyambut hari Raya Aidiladha tidak lama lagi dan jadikanlah sumbangan lembu korban ini sebagai salah satu cara serta  kaedah untuk kita bersama-sama dengan seluruh masyarakat disetiap kawasan   bergotong -royong bagi melaksanakan ibadah korban ini.Aktiviti melapah sudah semestinya melibatkan ramai kakitangan dan ini merupakan platform terbaik bagi merapatkan ikatan sesama kita lebih-lebih lagi di hari raya korban ini.

MMI turut bersetuju dengan ucapan yang disampaikan oleh YB Tan Sri bahawa negara kita sentiasa mengekalkan keamanan dan ini terbukti dengan setiap kali datang musim perayaan semua bangsa dapat menyambut perayaan masing-masing tanpa sebarang kekacauan.Inilah hasilnya apabila kita sentiasa mengamalkan budaya hidup sihat dikalangan masyarakat Malaysia.

Sdr Hasbul Hazani Daud Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor sewaktu ditemui berkata proses penghantaran lembu-lembu korban akan dilakukan bermula esok sehinggalah hari Sabtu iaitu sehari sebelum kita menyambut Hari Raya Korban.Ini bagi memudahkan pihak-pihak yang menerima sumbangan untuk mengatur tempat dan menyusun urusan korban ditempat masing-masing.Sumbangan oleh YB Tan Sri ini juga sebenarnya membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang sentiasa bersama rakyat di Tasek Gelugor.

Sewaktu blog ini ditulis proses penghantaran lembu-lembu korban giat dilakukan bagi memastikan ibadah korban pada tahun ini dapat dijalankan dengan sempurna.

Antara proses penghantaran lembu korban yang sempat MMI ikuti :


Penghantaran Lembu Korban kepada JKKKP Lahar Yooi & Peti Undi Pokok Machang di Dewan UMNO Lahar Yooi

 


En. Mohamad Tahir Yusof selaku Penyelaras Parlimen KADUN Permatang Berangan menyerahkan sumbangan lembu korban daripada YB Tan Sri kepada wakil JKKKP Lahar Yooi & Peti Undi Pokok Machang 




Penghantaran lembu korban korban kepada Peti Undi Permatang Kerai & Peti Undi Ara Rendang 



En. Mohamad Tahir Yusof selaku Penyelaras Parlimen KADUN Permatang Berangan menyerahkan sumbangan lembu korban daripada YB Tan Sri kepada wakil Peti Undi Permatang Kerai & Peti Undi Ara Rendang  


Terima Kasih diatas keprihatinan dan sumbangan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Dikesempatan ini juga MMI turut ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua semoga Allah SWT sentiasa memberikan hidayah dalam setiap urusan kita baik di dunia dan akhirat.

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels