Followers

Tuesday 24 January 2012

BUKTI PAS Tertekan Dengan BR1M - Pemimpinnya Mula Meroyan


Semenjak kerajaan mengumumkan akan melaksanakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M ramai di luar sana telah mula memperkatakan tentangnya.Pergilah kemana saja pastinya persoalan bagaimana untuk memohon,perlu ke LHDN atau tidak,siapa yang layak memohon dan banyak lagi persoalan-persoalan lain sentiasa diutarakan.

Alhamdulillah setelah segala proses peringkat awal selesai maka hari ini kita mula menyaksikan pemberian BR1M sudah mengambil tempat.Pemberian ini dijalankan mengikut kumpulan dan setakat ini semuanya berjalan lancar.Klik Sini

Namun satu perkara yang pasti puak-puak PAS sudah mula panas punggung apabila pemberian BR1M ini dilihat mampu menggoncang serta meruntuhkan sokongan rakyat kepada Pas dan perjuangannya yang semakin kabur.

Terbaru PAS mengingatkan Umno BN agar tidak mendabik dada mendakwa wang RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang disalurkan ketika ini adalah wang dari kocek parti itu.


Sebaliknya kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, wang tersebut adalah wang rakyat hasil dari pelbagai sumber yang dibayar kepada kerajaan.

"Umno jangan "perasan" Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN. 

"Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

MARAHKAN KAIN RENTANG Hehehehe

Beliau turut mengulas kain-kain rentang yang sedang dipasang Umno BN di serata kampung sempena pengagihan wang tersebut kepada rakyat.

Kain-kain rentang itu ujar Idris seolah-olah mendakwa duit RM500 yang sedang diagihkan kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3000 itu adalah duit Umno dan bukan duit hasil cukai yang dibayar rakyat.

"Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno," tegasnya sambil menyifatkan ianya hanya modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya.

Yang peliknya kenapa si Idris ni meroyan tak tentu pasal ? Hahaha siap kata ini duit rakyat pula,Dulu waktu Guan Eng bagi RM100 kepada warga tua di Pulau Pinang kenapa mangkuk ayun Idris ni tak bising.Patutnya masa tu jugalah dia kena bagitahu Guan Eng dan rakyat Pulau Pinang yang duit RM100 itu adalah duit rakyat dan ianya turut merupakan duit orang-orang UMNO dan Barisan Nasional.Kenapa tak buat ? Oppsss MMI lupa yang puak-puak Pas ni Guan Eng dengan DAP pandang sebelah mata ja.

Paling tak tahan sampaikan kain rentang pun si Idris ni komplen.Apa punya bangang , Meh nak bagitahu sikit, Alo Idris itu kain rentang tak pakai duit kocek kamu pun apatah lagi duit Pas.Ternyata sikap dan perangai si Idris ini membuktikan bahawa Pas semakin tenat dan meroyan bilamana BR1M ini mendapat maklum balas positif daripada rakyat dan signal sedikit sebanyak telah diberikan oleh rakyat untuk menyokong Barisan Nasional dalam PRU ke-13 nanti.

Bagi kerajaan pemberian BR1M ini bukanlah sebagai gula-gula untuk menarik rakyat supaya mengundi BN tetapi atas dasar komitmen dan gerak kerja berterusan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.Klik Sini.MMI juga percaya rakyat bukannya bodoh,rakyat semakin matang dan mereka melihat siapa yang bekerja dan siapa yang hanya banyak bercakap.

Pakatan Haprak khususnya Pas ternyata amat bimbang dengan merosotnya sokongan rakyat terhadap mereka.Sebab itulah segala tabung dan kempen digerakkan pada setiap kali program anjuran Pas.Kepada juak-juak Pas dan Pakatan Haprak sedarlah diri tu sikit buat kerja tidak,menyumbang idea tidak alih-alih nak hasut rakyat pula supaya membenci kerajaan.Apa punya bangang pemimpin macam ni.

Semua tindakan yang ditunjukkan oleh Pakatan Haprak khususnya Si Idris ni jelas memperlihatkan mereka makin tersepit dan cukup tenat dalam usaha nak mengharungi PRU ke-13.    

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels