Followers

Saturday 14 January 2012

GEMPAR! Timb Yang Dipertua Pas Kawasan Pecah Amanah?


Suasana kecoh tercetus selepas solat Jumaat di Masjid Jelutong hari ini apabila penduduk di situ tidak berpuas hati dengan penjelasan pengerusi kariah masjid tersebut, Mohamed Yusoff Mohamed Noor berhubung pentadbiran masjid berkenaan.

Penduduk seramai kira-kira 30 orang yang pada mulanya berhimpun secara aman di depan masjid bertukar kecoh apabila mereka meluahkan rasa tidak puas hati sehingga mencetuskan perang mulut di antara kedua-dua pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Jelutong, Zarus Yusof berkata, sejak mentadbir masjid tiga tahun lalu, Mohamed Yusoff yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelutong gagal menunjukkan penyata akaun kepada anak-anak kariah.

Selain itu, jelasnya, pelantikan ahli jawatankuasa masjid bagi tahun itu juga dibuat secara tertutup tanpa pengetahuan mereka.

"Saya percaya ada campur tangan politik dalam lanjutan pelantikan pengerusi kariah dan ahli-ahli jawatankuasa bagi tahun ini.

"Memang ada campur tangan politik dalam isu ini kerana mereka tidak ambil kira sensitiviti penduduk," katanya kepada pemberita selepas berhimpun di depan masjid berkenaan di sini, hari ini.

Mereka turut membawa sepanduk-sepanduk yang antaranya tertera perkataan-perkataan '3 tahun jadi pengerusi kariah, di mana penyata akaun kira-kira masjid' dan 'Bina dapur dan pejabat atas makam, siapa nak jawab, biadap'.

Keadaan tegang juga berlaku apabila Zarus cuba menahan khatib yang mahu memasuki kereta untuk pulang kerana mendakwa khutbah yang dibacakan mengandungi unsur politik.

Sementara itu, Mohamed Yusoff ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat agung dalam masa terdekat dan menyediakan penyata akaun seperti yang diminta.

"Selama ini bukan kami tidak mahu menunjukkan akaun kira-kira masjid, tetapi bendahari masjid mengalami strok selama hampir enam bulan," jelasnya.

Melihat kepada permasalahan yang diutarakan jelas menunjukkan sikap orang-orang Pas yang sememangnya hanya pandai bercakap daripada bertindak.Mereka seolah-olah begitu maksum dan seharusnya setiap tindakan mereka tidak boleh sesekali dipertikaikan.Apa guna mempunyai AJK sekiranya setiap keputusan dan tindakan dibuat tanpa perbincangan.

Paling mengejutkan MMI adalah alasan penyata tidak dibentangkan hanyalah kerana bendahari mengalami strok selama hampir enam bulan.Hahaha cover line tu....

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels