Followers

Wednesday 29 February 2012

Akhirnya DAP Berjaya Jinakkan Pas


Semenjak 2008 apabila Pakatan Haprak memenangi 5 buah negeri (Kini Perak telah kembali ke BN) juak-juak mereka begitu teruja sekali sehinggakan timbul sikap riak dalam diri mereka termasuklah para pemimpin terutamanya Parti Pas.

Tenggelam dan hanyut dengan kemenangan tersebut juak-juak Pas dilihat semakin agresif untuk menguasai seluruh negara.Perkara paling melucukan adalah apabila Pas juga turut mahu menuju ke Putrajaya sedangkan merekalah yang pertama mahu melelong Putrajaya sekiranya mereka berkuasa dengan alasan ianya satu pembaziran.

Namun MMI percaya jutaan rakyat di Malaysia lebih mengenali siapa Pas sebenarnya.MMI kali ini bukan nak bercerita perihal kes tangkap khalwat seorang Ustaz di Pahang tapi nak mengajak semua untuk melihat bagaimana Pas sebuah parti yang kononnya memperjuangkan ISLAM dilihat tunduk kepada desakan dan arahan daripada parti-parti seperti Keadilan dan DAP.

Bagaimana mereka membuka ruang untuk membolehkan budaya dan roh DAP menular masuk menguasai pemikiran dan gerak kerja mereka seterusnya memesongkan perjuangan ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN.

Lihat saja PAS bermati-matian mempertahankan setiap tindakan malah apa saja tuduhan terhadap mana-mana pemimpin dalam Pakatan Haprak dan menuduh semuanya angkara UMNO dan Barisan Nasional. Lupakah kita kepada peristiwa Mat Sabu ditangkap khalwat?Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah  dalam kes liwat Saiful Bukhari ? Isu bogel Elizabeth Wong ? Terbaru pula isu tangkap basah Ustaz Badrol Amin di Kuantan dan banyak lagi jika nak disenaraikan disini.

Bukti budaya dan roh DAP telah meresap kedalam jiwa pemimpin Pas amat ketara sekali.Lihat saja berita terbaru apabila Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden dari kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata,  dalam Islam, terdapat dua perkara, iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.

Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti, namun katanya, kata putus akhir ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas.

“Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat, maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam,” katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11 di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum Mesir baru-baru ini, Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.

Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.

Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, ia adalah salah satu transformasi yang sentiasa dibawa Pas.

“Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan,” katanya.

MMI tak sabar sekali menantikan siapa calon yang bakal menduduki kerusi nombor dua parti Pas ni.

Sedar atau tidak kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad membuktikan bahawa Pas bukan pejuang agama ISLAM.Beliau telah menggunakan agama Islam untuk menghalalkan cara parti Pas untuk terus hidup.Pas hanyalah sebuah parti politik yang pendiriannya sentiasa diragui dan berubah-rubah mengikut kesesuaian zaman dan masa.

Lihat saja bagaimana satu ketika dulu dengan amanatnya mengkafirkan orang-orang UMNO hanya kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam tetapi kini mereka mencipta dalil tersendiri semata-mata untuk menghalalkan tindakan mereka untuk bersama DAP dan Keadilan.Bagaimana mereka menjadikan Islam sebagai bahan untuk berkempen sehinggakan timbul kempen yang mengajak rakyat untuk mengundi Pas dan dijanjikan Syurga.Bagaimana Pas mempertahankan Anwar Ibrahim bermati-matian sedangkan dulunya merekalah orang pertama yang menuduh Anwar sebagai peliwat sewaktu Anwar masih bersama UMNO ?

Inilah sebahagian daripada bukti kegagalan Pas dalam perjuangannya yang penuh dengan dendam kesumat yang bersarang dilubuk hati Nik Aziz.

Jelaslah hari ini maksud " Pas For All " sememangnya untuk semua.Mungkin selepas ini tidak ada lagi kelab penyokong Pas kerana mereka juga bakal diserapkan sebagai ahli Pas.

Tak sabar juga MMI untuk melihat pemilihan dalam parti Pas yang bakal bertanding kerusi exco melibatkan bangsa Cina yang bukan ISLAM.

Mungkin selepas ini Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang akan diserahkan kepada Karpal Singh kerana seperti kata Dr Dzulkefly Ahmad mereka bersedia menerima perubahan mengikut keperluan dan kepentingan.

Akhirnya DAP Berjaya Jinakkan Pas....

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels