Followers

Tuesday 21 February 2012

Anwar Ibrahim Spin Lagi - Sokong Anwar Umpama Sokong Israel


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai Israel yang disiarkan oleh akhbar itu bulan lalu .

Beliau berkata, ini kerana akhbar itu turut menyiarkan kenyataannya mengenai 'kontinjen' iaitu syarat-syarat sebelum sokongan untuk melindungi keselamatan Israel dibuat

Laman media rasmi Parti Keadilan Rakyat, KeadilanDaily, hari ini melaporkan bahawa Anwar dalam pertemuan bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjelaskan bahawa salah faham isu itu timbul disebabkan media UMNO hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada kenyataannya yang disiarkan oleh WSJ bulan lepas.



Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyangkal dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya media UMNO menggunakan sebahagian sahaja kenyataannya dalam akhbar The Wall Street Journal (WSJ) berhubung sokongan ketua pembangkang itu terhadap Israel.

Beliau berkata, tuduhan Anwar itu menggambarkan seolah-olah media UMNO yang memutar belit kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar antarabangsa itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO di di sini hari ini, Khairy berkata, temu bual yang disiarkan dalam akhbar WSJ jelas menunjukkan bahawa Anwar menyokong usaha menjaga keselamatan Israel.

"Dalam kenyataan tersebut, dia kata dia sokong segala pertahanan Israel,” katanya.

Anwar dah memang kaki putar belit,semua orang dah tahu cumanya eloklah dia berkawan dengan Nik Aziz yang dah separuh nyanyok tu.

Apa raa percaya cakap Anwar lagi ka ? Mampoih puak-puak Pas ni.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels