Followers

Thursday, 23 February 2012

Braces Jadi Trend Anak Muda Masa Kini


DI awal kemunculan pendakap gigi (braces), individu yang memakainya cenderung berasa rendah diri dan dilemparkan dengan pelbagai gelaran seperti 'bergigi besi', 'gigi buruk' dan sebagainya.

Namun keadaan sudah berubah apabila pemakaian pendakap gigi kini menjadi trend anak muda kerana pilihan getahnya yang berwarna-warni.

Seiring dengan perkembangan teknologi dalam bidang ortodontik juga, pendakap kini tidak lagi tertumpu kepada jenis besi (metal braces) sahaja. Sebaliknya terdapat yang diperbuat daripada seramik yang hampir tidak kelihatan jika dipakai kerana warna yang hampir sama dengan gigi.


Lebih hebat lagi dengan penciptaan invisalign braces yang langsung tidak kelihatan ketika memakainya kerana diperbuat daripada bahan lutsinar.

Kerana inovasi terkini jugalah, persepsi terhadap pemakaian pendakap gigi berubah 360 darjah kerana ada yang beranggapan ia bukan sahaja atas faktor kesihatan iaitu membetulkan semula kedudukan gigi yang tidak tersusun, bahkan dapat menambah kemanisan senyuman.Klik Sini untuk berita penuh.



Apa pun semua tu bergantung kepada setiap individulah cumanya janganlah pula lepas ni braces ni jadi trend ikutan sampaikan yang tak ada gigi pun nak buat juga hehe..

Kepada anda semua amacam nak follow ke ? MMI rasa setakat gigi yang 2 3 batang bertabur ni tak apa lah daripada nak menanggung besi-besi dalam mulut sampai berbulan-bulan lamanya.

Kepada yang di luar sana buatlah penilaian dengan teliti sebelum membuat keputusan.

Bukan apa takut makan diri macam si Anwar tu kononnya nak dapatkan sokongan alih-alih dapat habuan.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels