Followers

Thursday 16 February 2012

Jom Serbu Kedai Rakyat 1 Malaysia di Sungai Puyu


Alhamdulillah rupa-rupanya Kedai Rakyat 1 Malaysia sudah pun berada di kawasan Seberang Perai Utara Pulau Pinang.Kepada mereka-mereka yang masih belum sampai ke Kedai Rakyat 1 Malaysia bolehlah berbuat demikian dengan mengunjungi secepat mungkin.

Kepada mereka yang berada di Tasek Gelugor khususnya di DUN Sungai Dua bolehlah mengambil kesempatan ini dengan mengunjungi Kedai Rakyat 1 Malaysia tersebut yang terletak di Sungai Puyu.Untuk kesana tidak menjadi masalah hanya berpandukan kepada "signboard" tunjuk arah di mana terletaknya Kedai Rakyat 1 Malaysia. 



MMI yang baru beberapa hari yang lalu singgah ke kedai ini berasa bangga apabila melihat sebuah kedai yang menjadi sebutan ramai ini terpacak di depan MMI dalam kawasan Seberang Perai Utara dan kawasan Sungai Puyu dan Tasek Gelugor.

Hasil tinjauan yang dibuat oleh MMI banyak barangan yang ditawarkan dan ianya adalah sama dengan barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia yang terdapat di tempat-tempat lain.








Melalui perbualan bersama barisan pekerja di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini kesemua pekerjanya adalah terdiri daripada orang-orang Melayu dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak Mydin yang menjadi pemacu kepada kewujudan Kedai Rakyat 1 Malaysia.








Kepada pekerja terbabit usah khuatir kehadiran MMI di premis tempoh hari adalah untuk sama-sama mempromosikan Kedai Rakyat 1 Malaysia kepada seluruh penduduk di kawasan Tasek Gelugor dan Kepala Batas.Geli hati juga melihat pekerja terbabit tercengang dengan gambar demi gambar yang MMI tangkap di tambah pula soalan demi soalan ditujukan kepada beliau sehinggalah MMI memperkenalkan diri dan memberikan alamat blog MMI untuk beliau lihat sendiri.

Biasalah kadang-ladang langkah berjaga-jaga ini perlu kerana sekarang ini Pakatan Haprak sudah mempunyai pekerja tetap dalam menjalankan siasatan dan meninjau mencari apa saja kesalahan dan kelemahan yang boleh didedahkan kepada dunia berkaitan kerajaan Barisan Nasional.


Kedai Rakyat 1 Malaysia yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Y.B Datuk Hajjah Rohani Hj Abdul Karim pada 28 Januari 2012 yang lalu telah pun beroperasi dan kepada seluruh rakyat dikawasan sekitar ambillah peluang ini hadir dan alamilah sendiri pengalaman membeli barangan yang dijamin mutunya tetapi dengan harga yang cukup berpatutan.

Lagi usaha kerajaan Barisan Nasional kepada semua rakyat tak kira parti apa pun..

Jadi apa tunggu lagi jom !!

Psssttt orang Pas kata nasib baik ada kedai macam ni kalau tidak teruk la juga noooooo.....

MMI.
  

No comments:

Post a Comment

Labels