Followers

Sunday, 26 February 2012

Pakatan Haprak Meroyan Bila Tak Di Jemput Mesyuarat - Ada Baca Ka ?


Satu mesyuarat melibatkan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri ke 114 telah diadakan pada 21 Februari 2012 Selasa yang lalu bertempat di Ibu Negara.YAB PM telah mempengerusikan mesyuarat tersebut dan turut disertai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.Semuanya berjalan lancar dalam suasana yang cukup mesra.

Namun setelah semuanya selesai ianya tiba-tiba menjadi kecoh apabila terdapat berita yang menyatakan pemimpin pembangkang tidak di jemput bersama dalam mesyuarat tersebut.Berita ini juga menghiasi helaian dalam media-media pembangkang termasuklah HARAKAH.

MMI juga tidak kurangnya apabila turut diajukan soalan ini oleh rakan-rakan maya berkenaan hal ini.Seperti biasa MMI akan cuba untuk meneliti dan mencari punca berlakunya kejadian ini.

MMI bawakan laporan dari Harakah Daily untuk tatapan semua.


Menurut laporan daripada Harakah Daily jelas ianya bukan saja setakat laporan bahkan terus menyerang dengan melabelkan YAB PM sebagai pendendam dan dikaitkan pula dengan Tun Dr. Mahathir.Dasyat ni jika sebegitulah tuduhannya perkara ini memang berat.

MMI juga melihat seperti ada yang tidak kena dengan apa yang diklaporkan.Sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri kenapa mereka tidak dijemput ? Apakah rasionalnya mereka-mereka ini tidak dijemput ?

Jom kita lihat pula laporan daripada pihak kerajaan dan jawapan daripada YAB PM berkenaan hal ini melalui Sinar Harian Online.


YAB PM telah menyatakan bahawa mesyuarat tersebut merupakan satu mesyuarat penyelarasan antara kerajaan pusat dan negeri yang dihadkan kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada Barisan Nasional (BN) sahaja dan mengikut perlembagaan.

Itulah laporan yang telah MMI bawakan kepada semua daripada kedua-dua belah pihak.Sekarang kita perlu rasional untuk menyelesaikan persoalan ini.

Bagi MMI sepatutnya mesyuarat tersebut mestilah dinamakan "Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN" barulah isu ini tidak timbul dan disini MMI kekal dengan pendirian kelemahan mestilah diatasi.Kesalahan ini sebenarnya tidak memberikan apa-apa impak pun jika dilihat dalam konteks yang lebih besar.Diharapkan selepas ini perkara seperti ini perlu diberikan perhatian untuk mengelakkan sebarang isu yang boleh menimbulkan sebarang perasaan kurang senang mana-mana pihak.

Begitu juga pihak pembangkang,walaupun terdapat kelemahan kenapa perlu sampai ke tahap laporan berunsurkan tuduhan dendam yang dilihat lebih kepada mempolitikkan isu yang sepatutnya ditangani dengan baik.

Jelas dikhabarkan oleh YAB PM bahawa mereka (Pembangkang) juga turut tidak ketinggalan dalam menyertai mesyuarat-mesyuarat tertentu seperti mana yang dilaporkan diatas.

Jadi ianya adalah atas keperluan sesuatu perkara dan janganlah dijadikan sebagai isu politik yang boleh menyebabkan kerencatan membangunkan negara.

Pernah atau tidak kita semua melihat YAB PM yang sering dicemoh dan dicaci malahan gambarnya diedit oleh juak-juak pembangkang memaki dan marah-marah seperti mana yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim hanya apabila beliau tidak dijemput mesyuarat ? He3 kadang-kadang lawak juga.



Ada PM bising pasal keja-keja kotor juak-juak pembangkang terhadap diri dia ? Serangan individu tu bro.

Kalau setakat mesyuarat tak jemput ni tak payah nak petikai lah.Buat kerja kamu masing-masing yang makin teruk tu.Jangan pula kata teruk kerana kerajaan pusat tak bantu sedangkan selama kamu menang dan berkuasa tak henti-henti menyerang kerajaan kononnya kerajaan tak bagus.Habis kalau tak bagus nak hadir mesyuarat buat apa ? ADA BACA KA ?

Psssst PM tak panggil pasal nak suruh depa selesaikan masalah pasir di Selangor,tanah Bayan Mutiara di Penang,isu air di Kelantan dan pentadbiran di Kedah.He3.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels