Followers

Monday 26 March 2012

BUKTI PAS Pulau Pinang Gagal


Kalau dari segi bercakap tidak akan ada siapa pun yang boleh menandingi hebatnya parti PAS malah boleh dikatakan mereka hebat dari segala segi.Lihat saja ceramah-ceramah mereka bukan main ramai lagi.Di Pulau Pinang pun begitu juga,hebatnya PAS sampaikan ceramah DAP mahupun PKR pun dipenuhi oleh juak-juak mereka.Benarlah kata orang kehebatan sewaktu berceramah sahaja tidak mencukupi sekiranya urusan lain yang lebih penting tidak diambil kira.

Inilah yang berlaku kepada PAS Pulau Pinang apabila dilihat gagal bertindak sebagai wakil orang Islam dalam kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Haprak ini.Mereka semakin alpa dengan sogokan politik dunia yang akhirnya memakan diri sendiri.Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang. 

Terbaru Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Negeri (DHPP), Dr Ooi @ Vellautham hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan parti pembangkang itu.



Dr Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata tindakan itu diambil ekoran kenyataan Pas Pusat dalam laporan akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa DHPP Pulau Pinang tidak aktif.

“Lebih 20 tahun saya bersama Pas dan bertungkus-lumus bekerja untuk parti, tetapi usaha saya selama ini tidak dihargai. Jika benarlah DHPP negeri ini tidak aktif, maka sebagai ketua lebih baik saya mengambil sikap bertanggungjawab (letak jawatan),” katanya lapor Bernama di sini, Ahad.

Beliau juga kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang yang  mengatakan dirinya mengemis jawatan, susulan tindakannya yang pernah menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Bayan Lepas.

“Saya bersedia berkhidmat untuk rakyat secara percuma. Segala pendapatan yang saya peroleh jika saya menjadi wakil rakyat akan saya salurkan kepada rakyat…saya cabar pakatan pembangkang yang mendakwa mereka kerajaan berkebajikan membuat tawaran sama seperti saya,” katanya.

Katanya keputusan beliau untuk keluar parti turut mendapat sokongan jawatankuasa tertinggi DHPP dan tidak kurang 50 anggota dalam sayap penyokong Pas itu akan mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat.

Beliau juga bersedia mempertimbangkan tawaran pihak luar yang bersedia membantunya bertanding sebagai calon bebas di Bayan Lepas.

“Saya bersedia menerima tawaran daripada mana-mana sahaja parti luar yang mahu menyokong saya kecuali Pakatan Rakyat,” katanya.

Perangai macam gambar diatas pun ada,Manakan tidak PAS dituduh sebagai tidak menghargai peranan DHPP sehinggakan pengerusinya bertindak meletak jawatan disebalik itu pula tawarkan diri untuk bertanding di Bayan Lepas hahaha semuanya merapu jika di amati betul-betul.

Apa pun itulah PAS Pulau Pinang dan semua juak-juak PAS harus menerima hakikat bahawa kamu bersama parti sedang mengalami masalah yang paling teruk dan memerlukan sesuatu dilakukan atas dasar maruah kamu sebagai orang Islam.


Namun terpulanglah kerana semuanya terletak di tangan kamu.

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels