Followers

Monday 19 March 2012

PAS Kedah Makin Bergolak !!


Bekas EXCO, Datuk Phahrolrazi Zawawi semalam menyifatkan usul yang dikemukakan untuk merombak Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS negeri ini didalangi pihak ketiga yang ingin menjatuhkannya daripada jawatan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.

Difahamkan usul untuk merombak semula jawatankuasa itu dibawa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS negeri, kelmarin yang kemudian mendapat sokongan ahli jawatankuasa hingga turut mendesak supaya jawatan Timbalan Pesuruhjaya I yang disandang Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Ismail Salleh dilucutkan.

Phahrolrazi juga mendakwa, Dewan Pemuda PAS Kedah hanya bertindak sebagai perantara bagi pihak tertentu yang mahu isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan untuk tujuan menyingkirkannya.

“Saya fikir Dewan Pemuda PAS tidak memahami apa yang berlaku dalam isu ini dan saya juga berasakan tidak semua pemimpin kawasan yang benar-benar faham. Usul ini dibawa hasil perancangan pihak ketiga yang mahu ia berlaku,” katanya di sini, semalam.

Phahrolrazi berkata, beliau juga menyanjung tinggi sikap ditunjukkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahu supaya jawatannya dan Dr Ismail dalam PAS Kedah dikekalkan.

Beliau menyifatkan, Menteri Besar sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana menolak desakan itu dan sanggup menerima perbezaan pendapat.

“Bagi saya Menteri Besar berjiwa besar kerana isu ini berlaku atas perbezaan pendapat antara saya dan beliau dalam soal pentadbiran negeri ini, bukan hal peribadi,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan hampir semua ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah mendesak supaya jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I dan II yang disandang Phahrolrazi serta Dr Ismail dilucutkan kerana berpendapat kemelut dalaman yang ditimbulkan mereka sebelum ini menjejaskan parti.

Desakan itu timbul apabila Dewan Pemuda PAS Kedah mengemukakan usul merombak jawatankuasa berkenaan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bagaimanapun, usul itu ditolak Azizan sendiri yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan mahu supaya Phahrolrazi serta Dr Ismail diberi peluang, selain kembali menyertai kepemimpinan PAS negeri seperti biasa.

Pssstt Dengar kata Mat Sabu nak jadi Menteri Besar Kedah lepas ni..

MMI.

1 comment:

  1. Kabar baik!!!

    Nama saya teddy dan saya dari Jawa Tengah Indonesia dan alamat saya KP. KADU RT 10 RW 04 KEL SUKAMULYA KEC CIKUPA KAB TANGERANG BANTEN, Saya baru saja menerima pinjaman Rp 3 Miliar (Small Business Admintration (SBA) dari Perusahaan Pinjaman Dangote setelah membaca artikel dari Lady Jane Alice (ladyjanealice@gmail.com) dan Mahammad Ismali (mahammadismali234@gmail.com) tentang cara mendapatkan
    pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote dengan tingkat bunga 2% tanpa lisensi atau biaya gurantor, saya baru saja melamar melalui email dan ikhlas selama prosesnya, awalnya saya takut mengira itu seperti penipuan perusahaan peminjaman sebelumnya, tetapi yang mengejutkan saya ini nyata bahwa saya juga berjanji akan memberi tahu lebih banyak orang, percayalah itu nyata 100%, pelamar lain dari negara lain juga dapat bersaksi.

    Email Perusahaan Pinjaman Dangote Melalui email: Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    Email saya: teddyteddy2234@gmail.com

    ReplyDelete

Labels