Followers

Saturday 10 March 2018

Manifesto PH Satu Lagi Mainan Politik Pembangkang #Souljer


Bagi sesiapa yang mengikuti pelancaran manifesto Pakatan Haprak baru-baru ini pasti akan tertanya-tanya apakah ini pelancaran manifesto atau sekadar satu lagi pentas ceramah politik mengangkat diri sendiri ?

Sebagai parti yang mengaku berhimpun untuk menyelamatkan Malaysia dari tangan mereka-mereka yang dituduh sebagai perompak, pentas pelancaran manifesto Pakatan Haprak tidak ubah sekadar pentas ceramah seperti mana pentas-pentas ceramah pembangkang yang lain.

Cumanya mungkin pentas ceramah itu berbeza sedikit dengan yang lain kerana ianya dihiasi dengan segala macam hiasan seolah-olah akan berlaku satu majlis berprestij yang akan mengangkat martabat bukan sahaja parti yang bersekongkol tetapi juga para pemimpinnya.

Namun semua itu tidak berlaku ! Tidak ada apa yang istimewanya majlis tersebut melainkan ianya dijadikan sebagai platform untuk para pemimpinnya melepaskan rasa amarah terhadap YAB Datuk Seri Najib serta UMNO dan kerajaan BN.

Penampilan Azmin dan Guan Eng misalnya lebih banyak menceritakan cerita hikayat tentang negeri masing-masing.

Pelbagai perkara dipersembahkan dengan olahan yang cukup yang mampu memukau para hadirin yang berada di majlis tersebut.

Sedang realitinya banyak bau-bau busuk yang berlegar-legar di serata pelusuk negeri Selangor dan Pulau Pinang tidak diceritakan kepada umum.

Azmin sendiri gagal untuk membicarakan soal permasalahan air yang kini masih lagi menjadi igauan negeri buat parap penduduk Selangor.

Bayangkan kalau keperluan asas itu pun masih lagi gagal diselesaikan, apa mungkin semua janji-janji dan cerita hikayat yang disampaikan kepada umum itu boleh dianggap sebagai satu manifesto yang bakal menyelamatkan bumi Malaysia ?

Lim Guan Eng pula masih lagi dengan lagak suara retronya ! Semua perkara mampu dan boleh diselesaikan malah sentiasa mengangkat diri kononnya kerajaan negeri di bawah pentabirannya hebat dan mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik dari negeri-negeri lain.

Yang pasti rakyat tidak pernah lupa bahawa sejak 2008 Pakatan Haprak mentadbir pelbagai isu dan skandal membabitkan pentadbiran kerajaan negeri telah didedahkan kepada umum termasuklah pertuduhan di mahkamah berkenaan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Belum cukup dengan itu, sudah ada yang MATI akibat kerakusan dan kedegilan pemimpin Pakatan Haprak yang memekakkan telinga mereka apabila masyarakat dan ngo bersuara tentang projek di lereng bukit.

BANJIR !!!!! Apa sudah jadi Pulau Pinang ? Pantang hujan lebat banjir kilat pasti berlaku dan secara tidak langsung menelanjangkan pembohongan bersiri mereka kononnya masalah ini mampu diselesaikan dalam tempoh hanya 9 bulan !

Wan Azizah pula tampil dengan teori deminonya bahawa air mata dan sebak itu wajar dijadikan sebagai peluru untuk mendapat simpati rakyat.

Sudah-sudahlah Wan Azizah, kamu bukan sahaja gagal sebagai seorang pemimpin tetapi juga gagal sebagai seorang Wakil Rakyat ! 

Lihat sahaja Permatang Pauh siapa yang benar-benar melihat soal rakyat kalau bukan Team Zaidi !

Lebih malang lagi penerimaan kehadiran Tun Mahathir oleh Wan Azizah !

Satu keputusan yang secara tidak langsung telah membelakangi SUAMInya sendiri, walau apa pun alasannya Wan Azizah harus menolak Tun Mahathir seorang pemimpin yang bertanggungjawab memenjarakan Anwar Ibrahim.

Satu tindakan yang jelas dilakukan atas dasar kelemahan dan ketidaktentuan politik yang diamalkan oleh Wan Azizah.

Wan Azizah lebih sanggup melihat soal kedudukan dan kuasa daripada MARUAH diri, suami dan keluarganya.

Full Stop Stupid MP !

Akhir sekali penampilan Tun Mahathir, seorang pemimpin yang punya track rekod sorong tarik ini dengan begitu jelas sekali tampil untuk semata-mata menghentam YAB Datuk Seri Najib.

Tuduhan demi tuduhannya hanya berkisar tentang perompak yang diulang banyak kali, mungkin ini strategi beliau mengulangi kenyataan yang tidak benar sehingga dianggap sebagai benar oleh rakyat.

Walaupun begitu pemimpin berusia 93 tahun yang tak sabar-sabar untuk menjadi Perdana Menteri ini terlupa bahawa jutaan orang UMNO malah jutaan rakyat Malaysia telah menyaksikan sendiri bagaimana Tun Mahathir LARI DARI TUGASNYA !

Tun Mahathir tidak IKHLAS dan beliau tidak pernah memikirkan tentang nasib rakyat Malaysia apabila meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan dan parti satu ketika dahulu.

Percaya atau tidak pada waktu itu seluruh negara dan rakyat masih lagi mahukan Tun Mahathir untuk terus memimpin negara namun tindakannya adalah SABOTAJ terhadap parti dan orang-orang MELAYU.

Hari ini Tun Mahathir tampil dan bersama Pakatan Haprak dan beliau tanpa sedikit pun rasa malu menerima dan mahukan jawatan Perdana Menteri walaupun sementara.

Untuk apa ? Untuk menyelamatkan Malaysia ?

Perlu diingat 5 teras manifesto Pakatan Haprak adalah 5 perkata yang sering digugat dan adu domba oleh mereka-mereka yang berada dalam PEMBANGKANG khususnya Pakatan Haprak !

TERAS 1: Meringankan bebanan kehidupan rakyat





Apakah ini yang dinamakan meringankan bebaban kehidupan rakyat ? Sikap double standard kerajaan negeri yang bertindak mengikut kaum ? ZERO rumah mampu milik !!!!

TERAS 2: Mereformasi institusi pentadbiran dan politik





Reformasi apa ?

TERAS 3: Merancakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama




Merancak atau merundum ?

TERAS 4: Mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963

Ini adalah mainan politik yang cukup membahayakan, mereka memilih untuk mewujudkan sentimen sebegini kerana kekuatan kerajaan BN di Sabah dan Sarawak tidak akan mampu untuk memberikan laluan kepada Pakatan Haprak.

Buktinya ;




TERAS 5: Membina Malaysia yang inklusif, moderat dan gemilang di persada dunia






Pakatan Haprak mahu membina Malaysia yang bagaimana ?

Hakikatnya banyak janji-janji dalam manifesto Pakatan Haprak sebelum ini pun masih lagi GAGAL ditunaikan dan tak perlu MMI huraikan panjang lebar klik di pautan sahabat blogger Pisau.Net SINI dan nilailah sebagai seorang warganegara Malaysia yang tahu bahawa apa jua berlaku sekalipun tanah dan bumi ini tetap kita pijak !

#Souljer

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels