Followers

Tuesday 17 April 2012

Bob Kuman Perlukan Bantuan Jom Bantu Sesama Umat


Sebagai seorang manusia kita tak akan terlepas daripada di timpa musibah yang semuanya datangnya daripada Allah SWT.Percaya bahawa Allah SWT berkuasa terhadap segala-galanya maka kita sebagai umatnya perlulah sentiasa redha dengan setiap ketentuannya.

MMI terpanggil untuk sama-sama menghebahkan tentang nasib seorang saudara seagama dengan kita yang hari ini amat memerlukan bantuan.Bob Kuman satu nama yang tidak asing lagi kepada seluruh rakyat Malaysia hari ini menderita sakit dan terpaksa menggunakan oksigen untuk membantu beliau terus sihat.

Ramai dikalangan rakan-rakan MMI yang bertanya bukankah beliau pernah bersama parti Pas satu ketika dulu ? Namun atas dasar perikemanusiaan kita tinggalkan fahaman politik dan jika ada di antara kita yang sudi menghulurkan bantuan maka bantulah sedaya mampu supaya pemberian bantuan itu dilakukan dengan hati yang ikhlas moga-moga Allah SWT memberikan ganjaran kepada mereka yang menderma.

MMI bawakan cerita penuh berkenaan apa yang berlaku terhadap Bob kuman melalui blog Mazidul Akmar supaya rakan-rakan semua dapat memahami dengan lebih jelas apa yang berlaku terhadap Bob Kuman sebenarnya.Klik Sini 

Hari ini hari mereka,besok-besok mungkin hari kita.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels