Followers

Saturday 14 April 2012

Kerana Mulut Badan Binasa !


Semalam kebetulan MMI terlibat dalam beberapa program serentak dan pastinya di setiap tempat akan berjumpa kenalan dan sahabat handai.Namun apa yang menarik perhatian MMI adalah mengenai satu kisah yang disampaikan mengenai pasti Pas dan berkaitan dengan kepimpinan tertinggi parti tersebut.

Apa kenanya pula ? video seks lagi ker ? Hehe biasa respon standard dari MMI,Rupa-rupanya satu berita yang cukup menarik untuk kita sama-sama kongsikan.Ianya mengenai seorang pemimpin tertinggi parti Pas bernama Mat Sabu yang dilihat semakin ditolak oleh ahli Pas sendiri terutamanya mereka-mereka daripada peringkat bawah atau di peringkat cawangan dan kawasan.

Sebagai seorang yang menjawat jawatan Timbalan Presiden seharusnya penerimaan terhadap beliau mestilah sebaris dengan pimpinan tertinggi yang lain namun lainnya jadinya dengan Mat Sabu sorang ni.

Semuanya kerana tindakan dan mulut celupar yang dilakukan oleh beliau sendiri sehinggakan kehadiran atau nama Mat Sabu hari ini dianggap liabiliti kepada parti.Bagi MMI sememangnya Mat Sabu tidak ada lagi harapan dalam perjuangan Pas.Yakin bahawa jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden bakal berakhir sebaik saja pemilihan parti yang baru mengambil tempat.

Jauh termenung Abang Mat ?
Mat Sabu ternyata telah tersilap langkah terutamanya hal berkaitan mengangkat komunis sebagai hero negara.Ini merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat bahkan ada dikalangan ahli Pas mahupun pemimpin mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Mat Sabu tersebut namun kerana akur kepada parti mereka diamkan saja.

Paling mengejutkan MMI adalah kenyataan menyatakan Kedah juga menolak Mat Sabu untuk hadir sebagai calon dalam pilihan raya nanti kerana liabiliti yang dibawa oleh beliau mampu menggugat sokongan rakyat terhadap parti Pas.Malah MMI juga dimaklumkan Mat Sabu hari ini seolah-olah tidak wujud dalam kamus parti Pas dan setiap kawasan dan negeri seboleh-bolehnya tidak mahu menerima beliau sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya nanti.

Kesian Mat Sabu hari ini tercari-cari tempat namun banyak pihak sudah mengenepikan beliau.Jika diperingkat Pas Pusat sudah semestinya beliau masih diguna pakai kerana jawatan yang disandangnya tetapi sebagai seorang manusia Mat Sabu sebenarnya tahu gerak hati orang-orang dibawahnya namun biarlah masa menentukan.

Dalam berbicara soal Mat Sabu semalam , MMI juga dimaklumkan yang beliau kemungkinan akan bertanding di Tasek Gelugor kerana hanya itulah tempat beliau boleh bertapak dan kebetulan kampung halamannya disitu.Berita itupun sebenarnya telah mengundang rasa cemas di kalangan ahli Pas di kawasan Tasek Gelugor kerana mereka sendiri sebenarnya sudah kurang yakin bahawa Mat Sabu mampu untuk menang.

Apa pun bagi MMI sekiranya Mat Sabu benar-benar bertanding di Tasek Gelugor ianya satu perkara yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama oleh seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional Tasek Gelugor.Seluruh jentera ini akan memastikan karier politik Mat Sabu berakhir di kampung halamannya sendiri.Soalnya sekarang sejauh mana Mat Sabu benar-benar bersedia untuk hadir dan bertanding di Tasek Gelugor?

Kesian Mat Sabu kerana mulut badan binasa.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels