Followers

Saturday 21 April 2012

PENDEDAHAN - Teman Lelaki Maya Karin Di Kenal Pasti ??


Maya Karin satu nama yang tidak asing lagi kepada seluruh rakyat Malaysia kerana keunikan dan kecantikan yang dimilikinya membuatkan ramai peminat di seluruh negara sering mengikuti perkembangan artis ini.Malah ada di antaranya yang menjadikan artis ini sebagai idola dalam hidup seharian.

Baru-baru ini Maya Karin menjelaskan yang beliau sudah bersedia untuk kembali menjalin hubungan cinta setelah bercerai dengan Muhammad Ali Abdullah pada 2010.

Maya berkata, dia berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai keyakinan diri dan tidak takut kepada cabaran. "Saya sudah bersedia untuk mencari jodoh selepas kegagalan rumah tangga dulu tapi orang mungkin takut untuk mendekati saya kerana status selebriti yang ada pada diri saya. 

"Bagaimanapun saya berharap lelaki itu nanti tidak hanya melihat sisi saya sebagai seorang pelakon kerana saya juga adalah wanita biasa," ujarnya kepada akhbar The Star.

Daripada sumber-sumber terdekat MMI dimaklumkan bahawa seorang lelaki telah berjaya mencuri hati dan perasaan Maya Karin yang telah lama tidak mempunyai teman hidup.Beliau adalah diantara jutaan jejaka yang bertuah kerana berjaya menawan hati Maya Karin.

Cumanya diberitakan dalam waktu terdekat ini jejaka yang dimaksudkan itu tidak akan didedahkan bagi memberikan ruang kepada Maya Karin untuk lebih mengenali hati budi si jejaka terbabit.

Wah beruntunglah si jejaka tersebut kerana daripada jutaan yang meminati Maya Karin beliau adalah yang terpilih.Soalnya sejauh mana kebenarannya ? Sama-sama kita tunggu.

Apakah ini Si Jejaka yang di maksudkan ? Kita tunggu dan lihat perkembangannya.
Semoga Maya Karin dipertemukan jodoh secepat mungkin dan terus sukses dalam dunia lakonan.

To Arab Special 4 u Hehehe

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels