Followers

Saturday, 21 April 2012

KJ Bidas Sikap Pembangkang !


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) membidas sikap tidak bertanggungjawab Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak hadir semasa sesi penerangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha menyelesaikan isu senarai nama pengundi.

Khairy menyatakan rasa kecewanya itu ketika sesi perdebatan dengan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menerusi laman debat dalam talian, www.ipidato.com.

Menurutnya, hanya kira-kira 10 ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada sesi berkenaan dan kecewa kerana Anthony juga tidak hadir.

"Senarai pengundi merupakan isu paling penting dalam lapan tuntutan Bersih. Bagaimanapun, apabila SPR meminta Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang menghadiri sesi penerangan pada hari ini, hanya kira-kira 10 ahli Parlimen pembangkang sahaja yang hadir, saya amat kecewa dan kamu (Anthony) juga tidak hadir.

"Bagaimana kita mahu berusaha ke arah mencari penyelesaian dalam usaha 'membersihkan' senarai pengundi, sedangkan pemimpin-pemimpin pembangkang sudah pun membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan BN dan SPR. Sebaliknya mahu membawa isu berkenaan ke jalan raya," katanya menerusi laman debat berkenaan.

Laman pidato dalam talian atau dikenali sebagai iPidato dilancarkan oleh MyEG dan merupakan platform yang membolehkan dua individu mengutarakan pendapat atau bantahan berkenaan sesuatu isu.

Platform iPidato tersebut menyerupai laman sosial Twitter di mana pendebat-pendebat boleh mengambil bahagian untuk memuat naik perdebatan mereka dan orang ramai boleh mengikutinya apabila mengunjungi laman berkenaan.

Dalam pada itu, Khairy turut membidas tindakan Anthony membangkitkan dakwaan bahawa SPR mungkir janji kerana enggan melupuskan 42,000 nama yang bukan senarai pengundi selepas tempoh pemaparan.

Menurut Khairy, Pengerusi SPR, Tan Sri Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof telah memberi jawapan mengenai perkara tersebut di mana 42,000 nama berkenaan adalah senarai pengundi yang tidak aktif berdasarkan Jabatan Pendaftaran Negara.

Katanya, sebahagian daripada senarai berkenaan disyaki tinggal di kawasan pedalaman dan tidak berhubung dengan JPN untuk satu tempoh yang lama.

Selain itu ujarnya, SPR juga telah memaparkan dan menghantar senarai nama kepada semua parti politik bagi membantu mengenal pasti sama ada pengundi-pengundi dalam senarai berkenaan masih hidup dan ia berterusan sehingga boleh disahkan statusnya.

"Saya telah mengkaji semula laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan proses pilihan raya dan mendapati bahawa Pengerusi SPR memberitahu tidak mudah untuk menggugurkan nama dan tujuan tatapan umum adalah untuk memudahkan proses berkenaan.

''Beliau tidak pernah berjanji untuk menggugurkan nama serta-merta selepas sesi pemaparan dilakukan," jelasnya.

Ini merupakan bukti jelas barisan Pakatan Haprak yang hanya tahu menuduh tetapi dalam masa yang sama tidak berani untuk berdepan dengan kenyataan.Seperti semua sedia maklum Pakatan Haprak semakin terhimpit dengan janji dan gerak kerja palsu mereka yang akhirnya hari ini kesannya di tanggung oleh mereka sendiri.

Barangkali mereka masih terlupa bahawa rakyat Malaysia semakin bijak menilai.

Kepada mereka di luar sana terimalah hakikat hari ini mengundi PAS dan Keadilan bererti mengundi DAP.

Ayuh Selamatkan Malaysia dari parasit-parasit ini.

MMI.

No comments:

Post a comment

Labels