Followers

Friday 13 April 2012

Tuan Ibrahim Tuan Man Akui Pas Hilang Arah


Pas di lihat semakin tertekan dengan pelbagai isu yang melanda parti tersebut sehinggakan rakyat sudah boleh menilai perjuangan sebenar Pas hari ini.Daripada perjuangan menegakkan Islam kemudiannya bertukar kepada negara berkebajikan jelas memperlihatkan perjuangan parti Pas yang tidak konsisten ini memakan diri.

Lihat saja bagaimana isu pemecatan Hasan Ali menjadi barah yang paling kritikal kepada Pas sedangkan perjuangan Hasan Ali adalah untuk melihat Pas kembali kepada landasan perjuangan asal mereka.Kerana terlalu taksub akan kuasa dan niat untuk menguasai Putrajaya akhirnya Pas sanggup menjadi orang suruhan kepada DAPigs dan PKR malah akur dan tunduk terhadap sebarang arahan daripada Anwar Ibrahim yang pernah dilabelkan oleh Mat Sabu satu ketika dulu sebagai Al-Juburi.

Semua ini sebenarnya menunjukkan rupa paras Pas yang sebenar dan hari ini mereka dilihat terkial-kial dalam meraih sokongan rakyat.Pas mungkin terlupa bahawa rakyat Malaysia hari ini merupakan rakyat yang celik pandangannya malah tahu membezakan diantara kaca dan permata.

Memetik kenyataan daripada Sinar Online hari ini jelas memperlihatkan sikap pemimpin Pas yang sentiasa menyalahkan orang lain di atas sebarang kelemahan yang wujud dalam parti mereka sendiri.


Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan Pas Pusat berkata rakyat tidak akan "termakan" dengan modal kempen P:Pas menjelang Pilihan Raya Umum (PRU13), kononnya Pas sebuah parti politik sesat, yang sedang dibawa oleh Umno sekarang.


Sehubungan itu beliau juga menegaskan bahawa kempen P:Pas yang sedang dibawa Umno bukan perkara baru, malah sudah kedengaran sejak dua dekad yang lalu.

"Ini bukan perkara baru. Sudah lebih 20 tahun Umno membawa dakwaan kononnya Pas sebuah parti sesat.

"Kalau selama 20 tahun orang ramai tidak termakan dengan dakwaan Umno, jadi saya pasti rakyat tidak akan terpengaruh dengan kempen ini," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

"Apa yang didakwa oleh Umno Terengganu bukan perkara baru, ini perkara lama, kalau Pas parti sesat, sudah tentu Pas sudah disenaraikan oleh Jakim sebagai parti sesat.

"Pas sebuah pertubuhan berdaftar, parti yang sah, bukan parti sesat. Sudah 20 tahun Umno bawa isu ini, jadi, kalau benar kami sesat, sudah tentu Jakim sudah ambil tindakan... ini tidak berlaku, jadi saya anggap ini perkara sengaja dibawa oleh Umno," kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

Tuan Ibrahim juga berkata, Umno Terengganu cuba membawa isu ini untuk mengalih pandangan rakyat daripada masalah pokok yang sebenar, selain menutup kelemahan yang ada pada parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Mengikut laporan media semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, program P:Pas iaitu Pas: Parti Ajaran Sesat yang bermula di Terengganu kelmarin akan diteruskan ke seluruh negara.

Program P:Pas secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur tidak lama lagi.

"Program P:Pas tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ini," kata Ahmad.

Program itu berobjektif memberi penjelasan mengenai perjuangan Pas yang dirasakan boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Sambil menegaskan Pas tidak bimbang dengan program sedemikian, Tuan Ibrahim menegaskan, dasar rakan komponen Pakatan Rakyat itu berlandaskan Islam dan al-Quran.

"Kami sebuah parti yang perjuangan bersandarkan pada ajaran Islam. Kami mengadakan dasar dan program bersandarkan Islam, yang mana ia berbeza berbanding Umno.

"Ini jelas dan boleh dilihat di Kelantan," katanya lagi.

"Pada saya, saya fikir Umno hendak mengalih pandangan rakyat. Misalnya, apabila program Pas Ganti Umno yang dilaksanakan di Terengganu mula berjaya, Umno sudah rasa bimbang dan kini memulakan kempen seperti ini," katanya lagi.

Barangkali Pas terlupa akan perkara seperti gambar diatas

Kepada Pas bersiap sedialah kamu dalam menghadapi pilhan raya ke13 kerana rakyat akan menghukum kamu kerana sikap kamu sendiri.MMI yakin dan percaya perjuangan Pas sebenarnya hanyalah retorik politik murahan yang sudah tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Dalam menghadapi dunia yang makin mencabar ini sebenarnya setiap parti dan negara perlu seiring melakukan perubahan bukannya untuk terus kekal berkuasa tetapi demi memastikan rakyat dan negara tidak ketinggalan dalam arus kemajuan yang semakin hebat.Bayangkan sekiranya hari ini kita masih mengekalkan dasar yang sama iaitu meneruskan pentadbiran negara dengan harapan untuk melihat rakyat mendapat keselesaan dalam kehidupan seharian tetapi tidak disusuli dengan tindakan ataupun langkah-langkah terbaik nescaya negara akan terus mundur malah rakyat pastinya akan sengsara.


Perubahan inilah yang menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO dapat bergerak dengan lebih efisien apabila memperkenalkan program transformasi kerajaan seperti ETP,GTP dan lain-lain.Sama ada suka atau pun tidak kesan pelaksanaan program ini telah menyebabkan negara dan rakyat dapat bergerak seimbang dengan pembangunan dan kemajuan yang semakin pesat bukan saja di negara Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Inilah yang MMI perkatakan dasar negara diteruskan tetapi ditambah nilai dengan program-program yang mampu memberikan hasil dan pulangan terbaik bukan saja kepada negara bahkan kepada seluruh rakyat.

Terimalah hakikat kejayaan program-program ini sebenarnya menyebabkan Pakatan Haprak termasuk Pas dengki dengan apa yang berlaku sekarang.Sekiranya niat Pas untuk melihat rakyat dan negara lebih hebat sebenarnya mereka perlu bersama Barisan Nasional bukannya bersama Pakatan Haprak.

Bersama Barisan Nasional bererti Pas memperjuangkan kebaikan untuk rakyat dari segala segi tetapi bersama Pakatan Haprak bermaksud niat untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan dalam masa yang sama mahu menghancurkan setiap gerak kerja yang baik oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Akhir kata sekiranya Pas benar-benar memperjuangkan Islam maka seharusnya di Selangor,Kedah dan Pulau Pinang hari ini semestinya telah wujud satu undang-undang kecil yang boleh memelihara kesucian agama Islam.Soalnya hampir 4 tahun Pas mempunyai wakil dalam kerajaan negeri masing-masing apakah yang mereka lakukan ? 

Yang MMI tahu Hasan Ali di pecat bukan kerana beliau meliwat atau melanggan ChinaDoll tetapi dipecat kerana mahu memperjuangkan Islam.

Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man jelas memperakui Pas hilang arah dalam perjuangan mereka.

Hebat bukan ? Jadi soal Pas sebuah parti ajaran sesat ada benarnya.

Pssst MMI nak tanya dah berapa orang ahli DAP yang Pas dah Islamkan?

MMI.

2 comments:

  1. Minta tumpang berjuang dipautan blog tuan
    http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..Blog Tuan telah pun di pautkan..teruskan perjuangan..

    ReplyDelete

Labels