Followers

Thursday 21 June 2012

GEMPAR ! Datuk Seri Sharif Omar Masuk Pas ???


Tasek Gelugor gempar apabila Datuk Seri Mohd Sharif Omar bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Mantan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor diberitakan telah menyertai Pas semalam.

Ramai yang telah menghubungi MMI sejak pagi tadi untuk mengetahui sejauh mana kebenaran berita ini.Untuk tidak menghampakan semua MMI akan ceritakan satu persatu rentetan kejadian demi kejadian yang berlaku.

Semuanya bermula semalam bertempat di Padang Jarak Tasek Gelugor Pulau Pinang dalam satu ceramah anjuran Pakatan Haprak , seperti biasa isu-isu nasional yang semuanya menjurus kepada kesalahan dan kelemahan kerajaan Barisan Nasional didedahkan.

Pelbagai tohmahan di lemparkan kononnya UMNO dan Barisan Nasional ini menggunakan wang rakyat untuk kepentingan kroni-kroni mereka selain daripada mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat dengan melakukan penipuan demi penipuan.

Yang pasti tidak pula dinyatakan apa pula yang telah dilakukan oleh pihak Pakatan Haprak khususnya di Tasek Gelugor ini dalam membantu rakyat selain daripada pemberian wang ehsan  yang di gula-gulakan?

Seperti semua sedia maklum begitulah sikap juak-juak Pakatan Haprak ni khususnya Pas yang lebih canang dari kerjanya.

Namun yang menggemparkan sekali adalah satu pengumuman yang dibuat oleh pengerusi majlis yang memaklumkan kepada mereka yang hadir pihak majlis masih menantikan kehadiran Datuk Seri Mohd Sharif Omar untuk bersama-sama Mat Sabu di pentas utama.

Riuh rendah seluruh kawasan ceramah tersebut di sertai dengan laungan takbir berkali-kali kerana meraikan satu kejayaan yang cukup hebat bila mana bekas orang kuat UMNO Tasek Gelugor bakal menyertai Pas.

Semua pihak dilihat menumpukan perhatian kearah pentas utama dan seolah-olah tidak sabar-sabar menantikan detik keramat itu kerana berita kemasukan orang kuat UMNO Tasek Gelugor ini pastinya bakal menggegarkan seluruh negeri Pulau Pinang apatah lagi dalam keadaan pilihan raya yang makin hampir.

Kemudiannya acara di pentas utama diteruskan dengan menampilkan Mat Sabu Timbalan Presiden Pas untuk menyampaikan ceramah beliau.

Waktu di tangan sudah menunjukkan hampir ke jam 12 tengah malam dan di saat ini ramai yang hadir sudah mula resah dan bercakap-cakap "Mana dia ni" ? 

Masing-masing dilihat mula memalingkan muka masing-masing ke arah jalan raya melihat kalau-kalau Datuk Sharif dah sampai.

Geli hati melihat gelagat juak-juak Pakatan Haprak ni sepanjang ceramah tersebut.

Dan akhirnya apabila selesai ceramah yang telah disampaikan oleh semua penceramah yang dijemput kelibat Datuk Seri Mohd Sharif Omar yang diwar-warkan akan bersama dalam ceramah tersebut tidak kunjung-kunjung tiba.


Mat sabu adalah orang yang paling kecewa dengan ketidakhadiran Datuk Seri Mohd Sharif Omar kerana mengikut sumber maklumat yang MMI perolehi beliaulah orang yang bertanggunjawab untuk melobi Datuk Seri Mohd Sharif Omar untuk menyertai Pas.

Semua yang hadir pulang dengan penuh hampa dan ini membuktikan bahawa Pakatan Haprak khususnya Pas bukan pilihan Datuk Seri Mohd Sharif Omar yang MMI dan seluruh rakyat Tasek Gelugor kenali.

Beliau bukan saja tidak hadir malah jelas menolak perjuangan songsang Pakatan Haprak khususnya Pas dan berdiri teguh bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Lebih hebat lagi isyarat ini cukup jelas sekiranya Datuk Seri Mohd Sharif Omar sekali lagi diberikan peluang oleh pucuk pimpinan untuk bertanding sebagai calon UMNO dan Barisan Nasional di Tasek Gelugor nescaya Pakatan Haprak khususnya Pas bakal menerima tamparan yang cukup hebat dan mungkin ianya petanda kepada berakhirnya perjuangan songsang Pakatan Haprak di bumi Tasek Gelugor. 

Sama-sama kita nantikan.

Pssst rupa-rupanya Abg Mat pun sama macam anwar juga he3..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels