Followers

Thursday 21 June 2012

Hujan Emas Di Negeri Orang ..


Baru-baru ni MMI ada berjumpa dengan seorang kenalan yang telah menceritakan pengalaman beliau sewaktu bercuti di luar negara.Cukup seronok mendengar cerita yang disampaikan maklumlah orang macam MMI ni bukannya mampu sangat nak bercuti di luar negara jadi mendengar pengalaman teman-teman pun sudah dikira baik dan bermacam-macam lah yang diceritakan dalam pertemuan tersebut.

Dalam semua ceritanya MMI cukup tertarik dengan satu cerita bagaimana pengalaman beliau di rompak sewaktu berada di negara asing.Cerita lebih kurang begini,Teman ni bersama keluarga beliau dalam rangka bercuti di Eropah,setelah selesai menghabiskan percutian di kota London maka beliau dan keluarga kemudianya ke Perancis.

Sewaktu berada di Perancis beliau dan keluarga mengambil peluang untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik yang sudah semestinya dilawati oleh sesiapa saja yang berkunjung ke sana.

Namun nasib ternyata tidak menyebelahi beliau pada satu hari sewaktu berada dalam tren seorang pemuda telah meragut dompetnya yang diletakkan di poket depan seluarnya.

Beliau sememangnya dapat merasakan bagaimana liciknya pemuda tadi sewaktu mahu mencuri dompetnya kerana hanya sedar disaat dompet kepunyaannya telah berada dalam gengaman tangan si pemuda tadi.

Maka beliau terus mengejar pencuri tersebut kerana dengan jelas dapat melihat dompet berada di tangannya.Dalam kejar mengejar ini teman kepada MMI turut menceritakan bahawa seolah-olah terdapat pula bunyi muzik yang mengiringi adegan kejar mengejar ini yang rupa-rupanya dimainkan oleh pemuzik-pemuzik jalanan yang berada di tepi-tepi jalan.

Beliau membayangkan seolah-olah berada dalam adegan filem pula kerana sememangnya para pemuzik tersebut memainkan muzik mengikut rentak larian beliau dalam aksi kejar mengejar tersebut.

Walau bagaimanapun akhirnya si pencuri tadi telah ditahan oleh anggota polis yang kebetulan berada di kawasan tersebut kerana melihat mereka yang berkejaran.

Teman tadi terus memaklumkan kepada anggota polis bahawa dompet beliau telah dicuri oleh si pemuda tersebut dan memohon supaya anggota polis melakukan pemeriksaan dan memulangkan semula dompetnya.

Namun apa yang membuatkan teman tadi agak bingung dan marah adalah anggota polis yang membuat pemeriksaan di tubuh si pemuda tadi hanya meletakkan tangan mereka di bahunya sahaja dan terus memaklumkan kepada beliau bahawa tiada dompet yang di jumpai seterusnya melepaskannya.

Kemudiannya anggota polis tersebut dengan penuh berhemah memaklumkan kepada teman tadi supaya jangan bimbang sekiranya dompet tersebut dijumpai mereka akan memulangkannya ke hotel tempat penginapan beliau.

Beliau cukup bengang dengan insiden yang berlaku kerana anggota polis itu amat jelas sekali tidak melakukan pemeriksaan dengan betul di tambah pula kehilangan wang tunai sebanyak RM5000.00 membuatkan beliau lantas kembali ke hotel penginapan dan memendekkan percutianya dan pulang ke Malaysia.

Di akhir perbualannya dengan MMI beliau menyatakan tindakan anggota polis tersebut amatlah tidak boleh diterima malah menyatakan pihak polis di Malaysia adalah lebih baik dalam soal menangani kejadian seumpama ini tanpa membezakan sama ada si mangsa adalah rakyat atau pun sekadar pelancong.


MMI lantas teringatkan peribahasa orang-orang dulu mengatakan "Hujan Emas Di Negeri Orang,Hujan Batu Di Negeri Sendiri,Lebih Baik Di Negeri Sendiri" sememangnya benar.

Namun kita sebagai rakyat Malaysia kadang-kadang tidak bersyukur dengan nikmat yang telah di berikan oleh Allah SWT malah ada yang sanggup pula bertindak memukul dan mencederakan anggota polis hanya kerana emosi dan sentimen politik.

Lihat video di bawah kita patut bersyukur sekurang-kurangnya ianya tidak berlaku di negara kita.


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels