Followers

Wednesday 6 June 2012

Lagi Kegagalan DApigs Di Penang


Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur hari ini mengadakan demontrasi bagi membantah tindakan sebuah syarikat pemaju swasta yang 'menceroboh' jalan masuk utama ke kampung mereka bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah pangsapuri dan pusat komersial.

Pengerusinya, Zarul Yusof berkata, lebih 26 keluarga di Kampung Pokok Asam itu kini menghadapi masalah kerana jalan harian yang digunakan mereka turut digunakan oleh pemaju sehingga menyebabkan jalan mengalami kerosakan.

“Pemaju tidak pernah berbincang dengan kami tentang laluan lori keluar masuk sebaliknya merancang pelan jalan yang melibatkan lot-lot tanah bersebelahan dan kemudiannya terus mengedarkan surat pemberitahuan peguam mereka kepada penduduk.

“Projek itu dijalankan tanpa memikirkan keselamatan penduduk dan apabila timbul masalah, pemaju mahu menggunakan lot-lot tanah bersebelahan pula," katanya selepas mengetuai kira-kira 50 penduduk berdemonstrasi secara aman di hadapan tapak projek itu di sini.

Zarul berkata, apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) boleh meluluskan projek itu kerana terdapat beberapa kriteria yang tidak dipenuhi oleh pemaju.

“Antaranya kami meragui sistem perparitan yang akan dibina oleh pemaju kerana tiada jalan keluar manakala laluan yang dibina pula terlalu sempit dan jika berlaku kecemasan, kenderaan bomba dan ambulans sukar untuk masuk.

“Melalui pertemuan dengan MPPP sebelum ini, kami dimaklumkan kelulusan projek terpaksa diberi kerana ia sudah lama tertangguh," katanya.

Sejak projek itu bermula awal tahun ini katanya, lebih 20 buah lori milik pemaju akan menggunakan laluan yang digunakan penduduk kampung tersebut setiap hari kecuali Ahad bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

“Bayangkan penderitaan kami. Timbul juga beberapa masalah lain seperti laluan yang dibina terlalu hampir dengan rumah penduduk yang boleh menimbulkan bahaya dan mengancam keselamatan mereka," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Marina Ismail, 47, berkata, masalah banjir kilat yang dikhuatiri berlaku akibat projek tersebut boleh menyebabkan berlaku kerosakan harta benda kepada penduduk di sini.

“Saya hanya seorang suri rumah dan tiada pendapatan bulanan. Ia sangat membebankan jika terpaksa membelanjakan wang untuk menggantikan perabot yang rosak jika berlaku banjir kilat.

“Saya berharap pihak berwajib turun padang dan lihat sendiri masalah yang dihadapi penduduk di sini," katanya.


Sementara itu, Hazlina Md. Ibrahim berkata, penduduk turut kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Oii yang bersikap lepas tangan dalam hal itu.

“Dia sebelum ini berjanji akan memastikan penduduk kampung tidak diganggu dengan projek itu dan akan jumpa kami bagi mengatasi masalah tersebut tetapi dia langsung tidak berbuat demikian," katanya.Sumber Utusan Malaysia.

Baguih ka puak-puak DAPigs ni ? Ampa pakat-pakat pikiaq lah ....

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels