Followers

Monday 29 October 2012

Gempar Alien Di Jambatan Pulau Pinang !!


Apakah yang berlaku sebenarnya di jambatan Pulau Pinang ? Apakah ianya melibatkan makhluk asing yang menjadi misteri kepada seluruh penduduk dunia ? Apakah ini merupakan penemuan paling bersejarah bagi merungkai misteri makhluk asing yang selama ini menghantui penduduk dunia ? 

Untuk makluman anda semua apa yang dimaksudkan makhluk asing itu adalah berkenaan satu kejadian kemalangan yang berlaku di jambatan Pulau Pinang melibatkan individu yang mempunyai nama dan kad pengenalan yang sama.

Polis sedang mengenal pasti identiti pemandu kereta yang dilaporkan maut dalam satu kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, dekat sini awal pagi semalam selepas seorang lelaki di Selangor mendakwa kad pengenalan yang digunakan mangsa adalah miliknya.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pihaknya telah menghantar pegawainya ke rumah lelaki yang mendakwa kad pengenalannya digunakan pemandu kereta berkenaan di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, Selangor bagi menyiasat dakwaan terbabit.

Katanya pengecaman mayat pemandu kereta itu dibuat berdasarkan dokumen pengenalan diri yang terdapat bersama mangsa semasa berlaku kemalangan berkenaan.

"Sehingga hari ini kita belum tahu identiti sebenar pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan terbabit dan saya difahamkan mayatnya telah dituntut isteri ketiganya semalam di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini.

"Polis juga akan memanggil anggota keluarga mangsa termasuk isteri-isterinya bagi merekodkan keterangan untuk kita mendapatkan maklumat terperinci tentang mangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Komuniti Kepolisan Majlis Korban Perdana Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara bersama kariah Masjid Padang Menora, di sini hari ini.


Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang lelaki Sadisafizan Saad, 36, di Kampung Selayang Baru, Selangor terkejut selepas dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam.

Beliau mendakwa kekeliruan identiti si mati yang menggunakan namanya berlaku mungkin ada kaitan dengan kehilangan kad pengenalannya pada 28 Sept tahun lepas.

Dalam kemalangan itu, pemandu yang menggunakan nama Sadisafizan bersama rakannya, Muslim Idwar, 38, dari Batu 6, Gombak, Kuala Lumpur dan seorang wanita Indonesia Mai Linda, 18, terbunuh selepas kereta jenis Proton Perdana yang dipandu laju terbabas melanggar tembok Jambatan Pulau Pinang.

Abdul Rahim berkata seorang lagi penumpang kereta berkenaan iaitu wanita warga Indonesia yang berusia lingkungan 20-an dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dan masih dalam keadaan kritikal berikutan cedera parah.

"Identiti wanita itu juga belum dikenal pasti kerana kita tidak dapat merekodkan keterangannya berikutan keadaan dia yang masih belum sedar," katanya. - BERNAMA

Apa yang MMI boleh simpulkan barangkali inilah sebahagian daripada kerja-kerja sindiket memalsukan pengenalan rakyat Malaysia yang pasti mewujudkan dua manusia dengan satu nama.Mungkin juga mereka-mereka ini boleh kita gelarkan sebagai makhluk asing !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels