Followers

Thursday 7 June 2012

Isu PTPTN - Akhirnya Rafizi Akui KJ TERBAIK


Seperti semua sedia maklum isu PTPTN sememangnya menjadi isu yang paling hangat masa kini.Di tambah pula dengan siri debat di antara Rafizi dan KJ baru-baru ini yang memperlihatkan masing-masing berhujah mempertahankan pendirian masing-masing.

Pakatan Haprak pula sudah pun mengumumkan mahu memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyat sekiranya PR menang dalam PRU13 dan Anwar Ibrahim pula baru-baru ini telah meminta supaya golongan pelajar jangan membayar semula pinjaman PTPTN mereka.

Apakah sebenarnya yang Anwar dan Pakatan Haprak cuba lakukan ? Jika di amati ianya lebih kepada mencari sokongan politik dan tindakan Anwar pula di lihat cuba untuk mendapatkan sokongan kumpulan pelajar dengan menyeru mereka supaya tidak membayar pinjaman.

Namun yang lebih menarik perhatian MMI adalah berkenaan isu UNISEL apabila Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyekat kemudahan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) kepada penuntut-penuntut Universiti Selangor (Unisel).

"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bukankah sebelum ini Rafizi sendiri sebenarnya yang mahukan pendidikan di berikan percuma kepada rakyat ? Jadi apa masalahnya apabila PTPTN tidak di sediakan kepada penuntut-penuntut UNISEL ? Sepatutnya inilah masanya Rafizi dan seluruh jentera Pakatan Haprak untuk membuktikan kepada seluruh warga Malaysia bahawa Pakatan Haprak mampu menyediakan pendidikan percuma.

Malah UNISEL sendiri sepatutnya dijadian sebagai medan untuk kerajaan negeri Selangor yang di pimpin oleh kepimpinan Pakatan Haprak membuktikan kepada dunia bahawa pendidikan percuma bermula di sini.

Soalnya kenapa perlu mempertikaikan tindakan menghentikan PTPTN kepada pelajar UNISEL ? Nampak sangat Rafizi hanya sekadar bercakap dan sebagai pengarah strategik PKR beliaulah yang sepatutnya di pertanggungjawabkan untuk menyelesaikan perkara ini dan sekiranya gagal maka beliaulah yang sepatutnya meletakkan jawatan bukannya Datuk Seri Khaled Nordin.Klik Sini untuk berita selanjutnya.


Yang paling menarik sekali adalah pengakuan yang di buat sendiri oleh Rafizi terhadap KJ apabila dalam soal PTPTN ini beliau memuji Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang jelas lebih profesional menghadapi isu itu.

"Saya harus puji Khairy yang lebih profesional dan beliau sepatutnya dilantik menjadi Menteri Pelajaran Tinggi Malaysia yang baru," katanya yang menyertai Debat Sinar mengenai isu PTPTN bulan lalu.

Kata-kata di atas lahir dari kenyataan Rafizi sendiri dan ianya sudah cukup jelas membuktikan bahawa beliau sebenarnya mengiktiraf keupayaan dan kemampuan KJ yang hanya menjawat jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan bukannya Pengarah Strategik UMNO mahupun BN.

Hehe malu la weh .. Apa pun KJ tetap terbaik !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels