Followers

Saturday 30 June 2012

Suara Anak Muda GPMS Bergema Di Terengganu


Hari ini bermulalah Persidangan Agung Tahunan GPMS Kali Ke 58 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu dengan 594 perwakilan dari seluruh negara berkumpul menunaikan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Sidang 1 pada petang tadi cukup mengujakan dengan semua perwakilan memulakan rentak dengan nyanyian lagu Negaraku,lagu GPMS dan Ikrar GPMS dengan penuh bersemangat.

  


Malah semua perwakilan hari ini menunjukkan kematangan mereka apabila persidangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan lebih dilihat kepada sikap kekeluargaan yang menjadi amalan dalam perjuangan GPMS selama ini.


MMI amat tertarik dengan satu sajak yang disampaikan oleh Sdr Jais Abdul Karim Presiden GPMS Kebangsaan dalam ucapan dasar beliau apabila memetik sebuah puisi bertajuk "Bersatulah Melayu" hasil karya Prof. Lim Swee Tin seorang berbangsa Cina berkenaan Melayu.



Sdr Jais Abdul Karim dalam ucapan dasarnya turut mengumumkan tema persidangan pada tahun ini adalah "Transformasi : Perjuangan GPMS Esok Perlu Lebih Baik Dari Hari Ini" satu idealisma yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri semasa Hari Belia 2012 yang dipandang serius oleh GPMS dan dijadikan tema persidangan tahun ini.

Belia perlu tahu menilai "yang mana kaca dan yang mana permata" dalam aspek memilih kerajaan.Belia juga perlu belajar menggunakan kuasa memilih dengan penuh kematangan dan bijaksana.

Beliau dilihat turut menyentuh berkenaan isu PTPTN dengan berkata PTPTN adalah satu-satunya pemberi pinjaman pendidikan di negara ini.Tanpa PTPTN,hampir 2 juta peminjam tidak akan mampu melanjutkan pelajaran terutamanya pelajar Melayu.

Sebelum meminjam,para pelajar akan sentiasa bersetuju dengan syarat yang dikenakan PTPTN.Maka inilah tanggungjawab pertama yang perlu diselesaikan apabila bergraduan.

Kita juga mengakui fakta bahawa terdapat segelintir kecil yang mampu melanjutkan pelajaran tanpa PTPTN.Tepuklah dada,tanyalah taraf kemampuan kita! 

Pujian harus diberikan kepada Sdr Jais Abdul Karim selaku Presiden GPMS Kebangsaan kerana ucapan dasar beliau turut merangkumi segala aspek yang menyentuh berkenaan pendidikan,peranan belia,hala tuju perjuangan GPMS dan perjuangan mengangkat martabat bangsa Melayu supaya dilihat sebagai gedung melahirkan barisan kepimpinan negara.

Beliau dalam ucapannya turut mengecam pihak-pihak tertentu khususnya parti-parti politik yang mempergunakan mahasiswa untuk mencetuskan huru hara dalam negara.Malah tidak sesekali menyokong gerakan parti politik yang mempergunakan mahasiswa demi agenda tersembunyi mereka khususnya dalam kempen politik sempit.

"Mahasiswa merupakan bakal pemimpin yang turut akan memimpin anak bangsa,mereka perlu sentiasa berfikiran matang dan lebih bijak menangani sebarang isu yang mampu menjadikan mereka terjebak dalam hal-hal yang boleh menjahanamkan masa depan mereka sendiri".

MMI yang turut bersama dalam persidangan kali ini cukup kagum melihat semangat dan kematangan barisan pimpinan dan seluruh perwakilan GPMS yang bersidang.

Beringatlah payung jangan carik !

Teruskan perjuangan demi anak bangsa.

Singa Perjuangan Bangsa.

Belajar Terus Belajar.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels