Followers

Thursday 19 July 2012

13 September 2012 ??


Pasti ramai yang tertanya-tanya ada apa dengan tarikh 13 September 2012 dan apa yang MMI tahu tetang tarikh tersebut.Mungkin sesetengah daripada anda sudah dapat mengagak bahawa tarikh tersebut merupakan tarikh keramat titik penentuan kepada jatuh bangunnya kerajaan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan.

Hebat !! Tapi tunggu dulu tarikh tersebut tidak ada kena mengena dengan pilihan raya.Apa yang MMI mahu kongsikan adalah 13 September 2012 merupakan tarikh dimana bermulanya tayangan sebuah filem WAJIB TONTON bertajuk "Tanda Putera" yang bakal menjengah para penonton di pawagam.

Melihat kepada "Official Trailer" nya saja sudah cukup membuatkan kita tak sabar-sabar untuk menontonnya.

    

Filem berdasarkan kisah benar ini mengisahkan tentang persahabatan di antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.

Ianya merupakan sebuah filem yang menggabungkan elemen persahabatan, kepimpinan, sejarah, perjuangan dan banyak lagi yang cukup sesuai untuk ditonton terutamanya generasi muda hari ini.

Seperti kata pengarahnya kepada mereka yang bercita-cita mahu menjadi pemimpin dan mereka yang hari ini merupakan pemimpin samada dalam bidang Politik,NGO mahupun inividu filem ini adalah wadah terbaik untuk kita lebih mengenali bagaimana tanggungjawab dan kriteria yang diperlukan untuk menjadi pemimpin dan apa yang perlu dibuat.




Jadi kepada semua sama-sama kita nantikan tayangannya,semoga dengan terhasilnya filem ini dapat kita sekurang-kurangnya memberikan kefahaman kepada generasi muda hari ini bahawa setiap perjuangan itu perlukan pengorbanan yang seharusnya kita hargai.

Pssstt Anwar Ibrahim kena tengok cerita ni..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels